Kelas Shaklee a.k.a RICHFAMILY gathering

ALHAMDULILLAH, selesai juga perjumpaan santai saya bersama RichFamily petang semalam. Saya lebih suka namakan perjumpaan macam ni sebagai gathering berbanding memanggilnya dengan nama kelas Shaklee. Tapi apepun, ianya memang BEST!

Untuk pengetahuan semua, RichFamily ni nama baru yang saya beri kepada group dibawah naungan saya. Alhamdulillah, group yg dulunya dikenali sebagai RichLadies kini telah berkembang menjadi RichFamily.

Nak tau tak kenapa? Sebabnya bukan hanya golongan wanita yang berminat nak sertai bisnes kami, tp kini golongan lelaki pon berminat juga. Jadi untuk tak buat golongan Adam ni rasa terpencil dek nama 'lady' tu, kami tukarkan kepada 'family' yang lebih general. So terbitlah nama RICHFAMILY :)

Perjumpaan santai macam ni bukanlah untuk membincangkan perkara-perkara serius dalam bisnes. Ianya lebih kepada sesi perkenalan sesama ahli group. Maklumlah kami kan berbisnes secara online, dan hampir kesemua 'coaching' dijalankan secara maya. Jadi bila buat perjumpaan macam ni, dapatlah kita merapatkan ukhuwah sesama kita.

Yang pastinya tiada paksaan untuk sesiapa datang, dan perjumpaan akan diadakan di tempat yang dipersetujui ramai sambil kita makan-makan.


Sempat saya berkongsi dengan wanita-wanita hebat ini tentang asas bisnes Shaklee dan juga cabaran-cabaran yang bakal dilalui sepanjang perjalanan bisnes kami. Bertukar-tukar cerita tentang pengalaman mengendalikan bisnes dan juga tips-tips untuk menangani customer. Alhamdulillah, setiap orang memberikan input masing-masing yang boleh dijadikan iktibar, panduan dan teladan agar kami semua terus berusaha untuk mengggapai kejayaan dalam bidang Shaklee. Setiap pengalaman adalah sangat berharga.


Dan macam biasa, istimewanya gathering/kelas Shaklee kami ni, anak-anak tetap menjadi penyeri. Inilah kelebihan group kami yang telah menarik ramai sangat golongan ibu untuk menyertai bisnes Shaklee kami. Anak-anak tetap dibawa dan hati para ibu pun tenang je sebab tak risaukan anak yang ditinggalkan bersama pengasuh ketika para ibu sedang menuntut ilmu. Dekat sangat dihati :)

Insya allah gathering macam ni akan terus diadakan setiap bulan selepas ini.

Semoga sedikit ilmu yang disampaikan dan dikongsikan bermanfaat pada setiap yang hadir. Insya Allah.

----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head