• Pengedar By Negeri
  • Amalan Untuk Memperolehi Zuriat

    Jika anda adalah pasangan yang sedang berusaha mendapatkan anak tapi masih belum berjaya, bersabarlah. Jangan putus asa dan teruskan berusaha.

    Kebergantungan kepada Allah swt (bagi orang Islam) adalah sangat penting dalam apa jua usaha yang kita lakukan terutama sekali dari segi usaha mendapatkan anak. Ada pasangan yang mudah stress, mudah marah dan mudah menyalahkan orang lain apabila usaha mereka belum menampakkan hasil. Ketahuilah keadaan tersebut hanya mengganggu diri anda berdua dan semakin menyukarkan peluang untuk anda memperolehi zuriat.


    Umat Islam disarankan untuk meletakkan kebergantungan seratus peratus kepada Allah dan yakin  bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut.
    Antara Amalan Untuk Memperolehi Zuriat

    Amalan pertama.

     Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
     - Baca Bismillah 1 kali
     - Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
     - Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
     - Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.  (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak  yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
     - Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

    Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan  jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah  tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

     Amalan kedua.

     -Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
     -Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
     -Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11  kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
     -Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

    Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan  zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

    credit : tasik-puteri


    Klik SINI jika anda ingin baca tentang Set Kesuburan Shaklee


    ----------------------------------------------------------------
    Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
    Facebook
    Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head