Kepentingan dan kelebihan bersahur biarpun hanya segelas air

Alhamdulillah, sejak saya kecil lagi, kami adik beradik telah dididik untuk bangun bersahur setiap kali berniat untuk berpuasa. Memasuki asrama selama 5 tahun turut membiasakan saya dengan amalan sahur. Dan sehinggalah berkahwin, mendapat suami yang suka bersahur juga. Alhamdulillah, amalan yang mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang ni ada banyak manfaatnya.Syukur, sehingga kini amalan bersahur saya teruskan bersama anak-anak saya pula.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Antara kepentingan dan kelebihan bersahur adalah seperti berikut:
  • Bersahur adalah amalan sunat dan telahpun menjadi amalan Rasulullah. Mengerjakan sahur akan mendapat pahala sepertimana amalan sunat yang lain. 
  • Bersahur umpama mengambil 'breakfast' yang terkenal sebagai 'kick-start' semua aktiviti siang kita. Jadi apabila kita bersahur, ia dapat menjana tenaga dan memberi kekuatan pada orang yang berpuasa pada siang hari nanti.
  • Amalan bersahur membezakan puasa seorang Muslim daripada puasa dalam agama lain contohnya Yahudi
  • Apabila kita perlu bangun awal untuk bersahur, kita juga digalakkan untuk melakukan pelbagai ibadat sunat. Bersahur membuka peluang kepada umat Islam untuk melakukan ibadat lebih banyak ibadat sunat yang lain, contohnya solat sunat Tahajud dan membaca Al Quran.
Menu sahur yang baik
Orang kata, bersahurlah walaupun hanya dengan segelas air suam dan kurma. Tapi bagi saya, saya menggariskan beberapa panduan menu sahur agar ia tetap memenuhi keperluan harian tubuh kami sekeluarga. Ini kerana jika menu yang kurang sihat diambil, ia akan memberi impak yang kurang baik pada taraf kesihatan kami.

Menu utama sahur kami terdiri daripada karbohidrat, serat dan mengurangkan pengambilan lemak. Biasanya kami mengambil hanya sedikit nasi, disertai sup ayam dan sayur-sayuran.

Saya mengutamakan vitamin, mineral dan elektrolit. Jadi sebab itulah saya 'top-up' keperluan saya melalui pengambilan Vitalea, Bcomplex dan Vitamin C setiap hari. Begitu juga dengan pengambilan Performance drink sebagai elektrolit untuk menjadikan tubuh kami kekal terhidrat.

Pengambilan air masak yang secukupnya juga saya titikberatkan kepada anak-anak agar tubuh mereka tidak terasa 'kering' dan mudah haus.


Bersahur bersama TRIPLE GEM.

Yang menambah seronoknya pada amalan sahur kami adalah apabila kami mula berkenalan dengan beberapa produk Shaklee yang mampu membuat kami berpuasa dengan penuh tenaga.

Iya, memang terbukti benar apabila puasa hari pertama kami berjalan lancar tanpa rasa letih dan kelaparan yang melampau. Semua aktiviti siang kami berjalan dengan baik seperti biasa. Gabungan 3 produk hebat iaitu Mealshake, ESP dan Performance benar-benar mampu memberikan saya tenaga untuk aktiviti harian.
Baca manfaat TRIPLE GEM

So rakan-rakan pembaca sekalian, bagaimana sahur anda?
Jom kongsikan dengan saya dengan memberikan komen kepada entry saya ini.

----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, SeksyenU5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head