Tips Mudah Minum Air Semasa Berpuasa

Jadi dilema juga bagi kita yang dah biasa minum banyak air sewaktu bukan di bulan Ramadhan untuk kekal dengan rutin yang sama. Tapi Ramadhan bukan pula alasan untuk badan kita tidak mendapat cukup air. Ada caranya. So pagi ni mari saya kongsikan antara tips yang boleh kita amalkan setiap Ramadhan atau setiap kali membuat puasa sunat/ganti.


Tips mudah utk habiskan 2-3-4 liter air semasa berpuasa Ramadhan.
(Ibu menyusu sila take note :) )

1. Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam.

Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong

2. Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong : 500 ml atau 1 liter dan teguklah antara salam between rakaat.

3. Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda...teguklah apabila terjaga malam.

4. Semasa bangun sahur...jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti anda bertarawih.

5. Minumlah air kosong dengan tertib.

Bagaimana tertib tu? Kenapa perlu tertib?

Ahaaa!! Jika tidak tertib...anda akan ke tandas dengan sangat kerap selepas sahur tau!

*teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula...
Simple bukan?
Oklah, jika ada rakan-rakan anda yang bermasalah nak cukupkan minum 2-3liter air sehari waktu bulan Ramadhan ni, share kan entry ini dengan mereka ye. Sharing is caring, kan?

By the way. kalau anda berminat nak dapatkan Set Budget Ramadhan, promosi tengah berlangsung sehingga satu tarikh yang saya akan tetapkan nanti. Jangan tunggu sehingga harganya naik kembali. Rugiiiii..


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: [RAMADHAN, PENYUSUAN DAN TESTIMONI] Alhamdulillah, rezeki Ramadhan namanya. Rezeki yang Allah bagi dalam pelbagai bentuk. Susu secukupnya untuk anak, badan yang sihat ...
  Like · Comment · Share