Pagi-pagi selepas bersahur, sambil tunggu azan Subuh, mari kita berkongsi tentang topik Breastpump atau pam payudara pulak.
Semalam saya ber'Whatsapp' dengan salah seorang ex-officemate saya yang sedang menyusukan anaknya yang hampir sampai 3bulan usianya. Bayinya mungkin sedang mengalami growth spurt. Menurut rakan saya tadi, anaknya menolak penyusuan terus (direct feeding) dan memilih menyusu melalui botol. Memandangkan stok susu yang tidak banyak, dan setiap kali pam rakan saya perlu terus berikan kepada bayi, timbul kerunsingan di hati ibu ini. Risau tentang peel bayinya yang berubah, risau tentang stok susu yang tak mencukupi. Kata beliau lagi, berastpump yang sedang digunakan ketika ini seperti tak 'suck' dengan baik lalu timbul persoalan, adakah jenama 'breastpump' mempengaruhi kuantiti susu perahan.
Teringat semula kenangan waktu saya menyusukan anak saya dahulu. Pam pertama yang saya beli sebagai persediaan menyusukan anak ialah Spectra3. Dan seterusnya setiap kali datang waktu-waktu tak terduga saya juga seolah-olah menyalahkan pam yang saya gunakan. Sedangkan terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keadaan susu merudum. Lalu terjadilah 'kegilaan' membeli breastpump. :)
Saya akan aim breastpump yang mendapat good feedback dan review yang baik dari blog-blog rakan ibu menyusu. Sepanjang tempoh penyusuan saya, saya telah pun membeli
-Spectra3 (electric double breastpump)
-Avent (manual)
-Medela Harmony (manual)
-Unimom Allegro (electric and battery pump operated)
-Medela FreeStyle (electric and battery pump operated)
Haaaa..punyalah banyak breastpump yang saya dah ada sekarang. Tapi hanya Medela Freestyle sahaja yang masih ada bersama saya.
Jadi, adakah jenama breastpump benar-benar mempengaruhi kuantiti susu perahan?
Melalui pengalaman saya sendiri, TIDAK.
Faktor pemilihan breastpump sepatutnya berdasarkan cici-cirinya seperti pilihan manual, bateri atau elektrik, single atau double pump, kekuatan hisapan, hisapan boleh laras atau tidak dan juga 'lifetime' pam itu sendiri.
Orang kata breastpump paling BEST adalah Medela Freestyle. Mungkin kerana ia memudahkan proses mengepam kerana 'mobility', ringan, boleh lakukan double pumping serentak dan tak memerlukan soket elektrik kerana ianya battery-operated. Tapi jangan tak tau, ada juga pemilik Medela Freestyle tak suka gunakan FS yang dia ada tu.
Kembali pada pengalaman saya, dalam banyak-banyak breastpump yang saya pernah guna, Medela FreeStyle dan Unimom Allegro adalah yang paling mudah digunakan. Mudah dibawa dan memudahkan ibu mengepam dimana-mana hatta didalam kereta sekali pun. Begitu juga dengan Spectra3 juga pernah saya gunakan untuk mengepam ketika sedang memandu cuma saya memerlukan car adapter.
Dan memang mustahil nak mengepam sambil memandu dengan pam manual, bukan?
Pam manual pula sangat berguna disaat-saat kecemasan. Contohnya ketika perlu outstation yang kita tak pasti ada atau tidak soket untuk kita plug-in breastpump tu. Di saat-saat 'black out' dan disaat breast sudah terlalu bengkak. Suction dari manual breastpump berada dalam kawalan kita, jadi ianya sangat efektif ketika kita sedang mengepam untuk mengurangkan bengkak.
Breastpump yang baik tanpa mengira jenama juga bakal membantu dan mempengaruhi semangat ibu ketika sedang berusaha untuk membuat Power Pumping. Adakala ibu tertidur sambil mengepam ketika membuat power pumping yang mengambil masa sejam lamanya. Ibu yang melakukan power pumping dengan pam manual selalu mengalami masalah letih tangan. Motivasi beginilah yang sebenarnya mempengaruhi perasaan siibu.
Kadangkala apabila kita buat sesuatu yang kita rasa susah, ia akan menyebabkan mood down dan apabila down, susu memang segan nak keluar.
Jadi si ibu perlu benar-benar mengawal emosi dan memastikan dirinya sihat sepanjang tempoh penyusuan agar dia dapat terus berjuang dengan cabaran dunia penyusuan.
Dan yang pasti kuantiti susu perahan benar-benar bergantung kepada kekerapan sesi perahan yang anda lakukan, tanpa mengira jenama breastpump anda.
Jika anda telah pun mempunyai breastpump, tanpa mengira jenama, pastikan ia memberikan khidmat yang terbaik untuk anda. Servis mengikut tempoh yang ditetapkan dan segeralah hantar ke pusat servis jika anda dapati performance breastpump anda mulai menurun. Biar yang pakar advise tentang produk yang mereka jual.
Happy breastfeeding to all gorgeous mama! You are the best!
----------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata
Malaysia. Pengedar Shaklee dan pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang
Bestari, SeksyenU5.