Mendidik Anak Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadhan

Hari ni saya nak share sedikit simple tips mendidik anak berpuasa.
Tips ini saya test dekat anak saya sendiri yang berusia 6tahun sekarang.

Seawal umurnya 4 tahun dulu, saya dah mula menggalakkan anak saya untuk sama-sama bangun sahur dan cuba berpuasa. Dulu waktu umurnya 4 tahun, dia hanya mampu bertahan sehingga waktu tengahari saja. Tak apalah, kecik lagi. Sekurang-kurangnya dia tahu apa erti puasa dan berpeluang untuk cuba berpuasa.
Umurnya 5 tahun, dia berjaya puasa sehingga jam 5 setiap hari. Pulang dari taska, dengan bibir yang kering terus dia minta susu. Kata dia, dah sampai waktu berbuka apabila terdengar suara azan berkumandang. Saya turutkan juga permintaannya lalu saya buatkan susu.

Dan kini umurnya 6 tahun. Alhamdulillah, dia berjaya berpuasa dengan baik dan hanya berbuka apabila kami berbuka juga. Syukur. Dah 3 Ramadhan berlalu, dia dapat berpuasa dengan baik tanpa kelihatan lemah dan kepenatan. Malah menjelang waktu berbuka, dia semakin aktif. Gembira sebab waktu berbuka dah semakin hampir.

Antara tips yang saya amalkan untuk menggalakkan anak berpuasa:

1. Pengenalan kepada puasa
Antara yang selalu saya cerita dengan dia adalah tentang kelebihan berpuasa. Bercerita tentang sahur, bercerita tentang tak boleh makan dan minum dan bercerita tentang nasib kanak-kanak di negara miskin yang tak mampu makan dan sebagainya.

2. Galakkan anak bersahur
Berpuasa tanpa sahur bagi kanak-kanak mungkin satu cabaran yang sangat berat. Sedangkan kita golongan dewasa pon ramai yang lembik dan tidak cergas tanpa sahur, inikan pula anak kecil yang beru bertatih berpuasa.

Walaupun agak sukar untuk mengejutkan dia bangun bersahur, tapi dengan kata-kata lembut dan pujukan seorang mama akhirnya dia akur untuk sama-sama bangun dan ke meja makan.

3. Bersahur dengan makanan berkhasiat.
Saya utamakan lauk dan makanan serta minuman kegemaran dia apabila berbuka. Dan dengan lauk yang sama jugalah dia akan bersahur. Saya memilih menu begini supaya ia kena dengan selera anak saya dan memudahkan dia untuk makan di awal pagi.

Dan sebelum dia kembali tidur, saya pasti akan membancuhkan susu yang diperkaya dengan Mealshake agar dia dapat kenyang lebih lama dan bertenaga sepanjang siang.

4. Kurangkan aktiviti lasak.
Lumrah bagi kanak-kanak, walaupun letih tapi keinginan mereka untuk bermain bersama kawan-kawan tetap ada. Jadi saya sentiasa mengingatkan dia untuk tidak berlari-lari sehingga kepenatan. Saya juga menggalakkan dia tidur sebentar diwaktu tengahari bagi 'memendekkan' tempoh berpuasanya :)

5. Berbuka dengan menu pilihan sendiri
Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, saya memberi kebebasan pada dia untuk memilih menu berbuka setiap hari. Adakala dia minta jagung rebus, adakala dia minta kuih muih melayu dan yang paling kerap dia minta saya masakkan ayam sambal dan sup. Sesekali saya bawa juga anak saya ke Pasar Ramadhan untuk merasai 'feel' bulan puasa.

6. Kerap minum air masak diwaktu malam
Sama seperti hari-hari biasa. Air sangat penting untuk tujuan kesihatan keseluruhan kita. Jadi saya memang menggalakkan anak saya minum sedikit demi sedikit sebelum waktu tidur. Alhamdulillah, dia memang tiada masalah untuk minum air masak.

Semoga dia mampu berpuasa penuh di bulan Ramadhan ini. Saya tidak pernah memaksa dia meneruskan puasa jika nampak dia kelihatan tak mampu nak meneruskan puasa. Cuma saya menggalakkan dia cuba untuk bersabar dan mengambil iktibar dari rasa lapar yang dia rasa ketika itu. Alhamdulillah, nampaknya amalan berpuasa bagi anak saya sedang berjalan dengan baik.


Inilah wajah ceria seorang kanak-kanak yang berjaya menghabiskan puasa di hari pertama. Air Performance Drink jadi menu wajib di meja hidangan.

Jika anda ada tips lain untuk mendidik anak berpuasa, jom kongsikan dengan saya :)


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head