Jadi, seperti tajuk enty hari ini, Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari?
Rutinnya kita mengambil 3 hidangan besar setiap hari, sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Dan kebanyakan kita memang akan mengambil hidangan yang berat seperti nasi (dah memang makanan ruji rakyat Malaysia). Dan ada orang, akan ambil nasi bagi ketiga-tiga hidangan dengan banyaknya. Kenyang lebih lama kata mereka.
Okey, adakah tidak elok dengan amalan sebegini. Sebelum saya terangkan adakah ia elok atau tidak, saya nak ajak anda baca dulu tentang info Kenapa Perlukan 5 Hidangan Kecil Setiap Hari.
1) Mengelak Obesiti.
Ambil hidangan kecil untuk mengelakkan terlebih berat badan atau obes. Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan hanya dua atau tiga kali makan besar sepanjang hari cenderung untuk makan lebih banyak kalori daripada orang-orang yang memecahkan kalori mereka kepada lima atau enam hidangan kecil.
Contohnya, apabila anda makan sarapan pagi pada jam 7 pagi, dan kemudian tidak makan sebanrang makanan sehingga jam 1:00 petang, anda akan berasa begitu lapar. Dan ini akan mendorong anda makan lebih banyak kalori hanya untuk membantu memuaskan kelaparan anda. Makan berlebihan ini membawa kepada peningkatan pengambilan kalori, dan seterusnya penambahan berat badan.
2) Mengekalkan Paras Gula Dalam Darah
Satu lagi sebab pentingnya makan dalam hidangan yang lebih kecil dengan lebih kerap adalah disebabkan berkaitan dengan paras gula dalam darah anda. Walaupun gula dalam darah biasanya paling kerap digunakan dalam perbincangan tentang orang-orang yang ada penyakit Diabetes, ia juga penting bagi orang-orang yang sihat yang tidak mengalami keadaan ini.
Gula dalam darah membantu memberikan anda tenaga dan stamina sepanjang hari. Apabila anda makan, tubuh anda akan 'memecahkannya', dan gula yang dilepaskan dari makanan memasuki aliran darah anda dan menjadi gula dalam darah. Apabila anda makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari , anda mendapat bekalan gula dalam darah yang stabil.
Sebaliknya, jika anda hanya makan dua atau tiga kali makan besar, anda akan terus dapat 'dos besar' gula darah, dan kemudian terhenti enam jam. Ketidakstabilan bekalan gula dalam darah boleh menyebabkan anda berasa selalu letih dan ia juga akan mengganggu proses semulajadi tubuh anda.
3) Penurunan Kadar Nutrisi Dalam Tubuh
Makan 5 kali sehari sebenarnya boleh membantu untuk memastikan anda mendapat semua vitamin dan mineral yang anda perlukan untuk menjaga tubuh anda dalam keadaan yang betul. Kajian telah mendapati bahawa orang yang makan beberapa makanan sepanjang hari cenderung untuk mengubah diet mereka lebih daripada mereka yang hanya makan dua atau tiga kali makan besar. Mendapat vitamin, mineral dan nutrien lain dalam jumlah yang betul adalah penting untuk kesihatan yang baik bagi semua peringkat umur dan jantina.
So itu lah dia antara sebabnya kita digalakkan makan dalam 5 small meal.
Jadi, apa yang saya pilih untuk lengkapkan small meal ini sepanjang hari?
1) Untuk sarapan awal pagi, biasanya saya akan ambil bancuhan Cinch Shake bersama ESP. Sumber protein yang senang disediakan dan mudah diambil. Kenapa ye protein ni bagus sangat untuk orang yang berdiet?
Protein meningkatkan pembakaran lemak dalam badan:
- Ia meningkatkan rasa kenyang (rasa menjadi "penuh" atau "puas" selepas makan)
- Ia mengurangkan pengambilan tenaga (kalori) oleh badan
- Ia membawa kepada penurunan berat badan oleh 2 sebab diatas.
![]() |
Feveret saya dan suami |