Master Coordinator : Akhirnya Kini Dalam Genggaman Lydzar

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas rahmat dan kurniaannya. Dia izinkan saya mengecap kejayaan yang menjadi impian sejak setahun lalu.

Closing November 2013 yang begitu mengujakan apabila akhirnya gelaran Master Coordinator berjaya disandang.

Jutaan terima kasih buat mentor saya Master Lyna dan Master Zainul, Master Cery, anakcucu RichFamily dan semua rakan-rakan Shaklee yang tak putus-putus memberi galakan dan sokongan sepanjang perjuangan saya meraih Master.

Detikan rasa pertama untuk aktif dengan Shaklee bermula pada tahun 2011 dahulu. Dikala anak bertambah dan keluarga semakin ramai saya mula rasakan saya perlu lakukan sesuatu demi anak-anak dan keluarga saya. Dengan restu dan izin suami, akhirnya saya yang memang dah terbiasa ambil Set Breasteeding sebelum ini, kini register menjadi ahli bersama Master Lyna.

Tidak saya sangka, rupanya Shaklee menyediakan peluang yang sangat cerah bagi mereka yang sedang mencari Financial Freedom, Time Freedom dan pelbagai lagi manfaat lain. Dengan tunjuk ajar semua mentor dalam kumpulan, jelas dan nampaklah apa yang saya inginkan, bakal saya dapat dengan Shaklee.

Sepanjang lebih dua tahun berShaklee, dan sebelum saya berjaya mendaki tangga Master Coordinator, saya sudah pon berjaya mendapatkan 'Time Freedom" dan bergelar Work At Home Mama apabila saya resign daripada kerja di sebuah syarikat swasta pada Feb 2013.  Memang inilah matlamat utama saya sejak 2007 kerana saya mahu menjaga dan membesarkan anak-anak saya didepan mata saya sendiri.

Saya juga berjaya mendapatkan pendapatan tidak tetap melalui Shaklee. Mana taknya, dari awal pembabitan dengan Shaklee, income saya bermula dengan 3angka, kemudian 4angka..dan kini selesa di tangga 5angka pula. Semua permintaan anak-anak yang tidak keterlaluan seperti minta dibelikan almari bergambar kartun berjaya saya penuhi dengan bayaran cash. Sebelum  ni, memang tak terlintas nak membayar hampir rm700 untuk almari kanak-kanak sahaja. :P

Road to Master never been easy. Perit jerih berdepan pelbagai kerenah, dugaan dan cabaran yang perlu saya depani. Tapi semangat dan keinginan saya juga tak pernah padam. Ada banyak sangat lagi matlamat belum tertunai saya sebelum ni. Dan saya ingin kongsikan sedikit kenapa saya perlu jadi Master Coordinator Shaklee.

Sebab apa Lydzar Rusman nak jadi Master Coordinator?

1- Saya nak income sekurang-kurangnya RM30k sebelum cycle 2013/2014 berakhir. Memang
sangat possible untuk seorang Master Coordinator bergaji sebanyak ini..

2- Saya nak groom seramai mungkin leader di bawah payung RichFamily  dan membimbing mereka
 menguruskan empayar mereka.

3- Saya nak bantu lebih ramai kawan / rakan / saudara diluar sana yang benar-benar memerlukan
 pendapatan tambahan utk menampung keperluan keluarga.

4- Saya nak buktikan bisnes Shaklee bukan bisnes tenggelam timbul dan bermusim seperti pendapat
sesetengah orang.

5- Saya mahu menjadikan bisnes Shaklee sebagai medium untuk saya memperbanyakkan saham
akhirat saya.

6- Saya mahu menjadikan Shaklee sebagai pusat training saya sebelum saya mulakan bisnes yang
lain nnt

Apa yang saya lakukan dan mahu capai bukan semata-mata untuk saya, tapi juga untuk mereka yang berada di sekeliling saya. Kerana saya mengenali ibu yang ditinggalkan suami, saya mengenali ibu yang sangat struggle mahu membantu suaminya menambah pendapatan, saya mengenali ibu yang mempunyai anak yang tidak sihat dan perlukan perhatian dirumah yang tidak memungkinkan beliau keluar bekerja diluar. Apa lagi yang saya boleh bantu mereka selain dari tunjuk ajar.
Bukankah kata orang, lebih baik kita beri pancing daripada beri mereka ikan. Agar mereka boleh terus survive dengan skill dan pengetahuan yang mereka ada untuk mencari rezeki Allah.


Ucapan khas diatas diberikan oleh mentor kesayangan saya, master Lyna Noh.

Semoga sedikit kejayaan yang saya kecapi hari ini, memberi inspirasi kepada anak didik saya dibawah payung RichFamily.

Saya petik lagi kata-kata mentor saya buat pedoman anak didik saya semua.

Semoga menjadi pencetus semangat warga RichFamily utk terus mencipta kejayaan dan membina diri menjadi insan yang lebih cemerlang dari sehari ke sehari.

Kita diciptakan Allah dengan akal dan emosi serta pelbagai potensi; syukurilah nikmat-nikmat Allah itu dengan menggunakan sehabis baik potensi yang  Allah kurniakan, dengan memberi manfaat kepada masyarakat & orang lain.

Berani kaya, berani taqwa.

Terima kasih atas doa semua.

3 comments: