Pihak Shaklee akan menganjurkan satu majlis gilang-gemilang untuk para distributor yang telah mencapai rank tertinggi dalam Shaklee iaitu Master Coordinator. Dalam majlis ni, biasanya seseorang Master boleh memilih tempat/dewan yang mereka inginkan. U just name it, and Shaklee akan follow.
So far, saya dah pergi ke 4 Master Coordinator Celebration. Kenapa suka sangat pergi ke majlis ini?
Bagi saya majlis sebegini juga adalah majlis ilmu. Tempat untuk berkumpul dan mendengar sesuatu yang bermanfaat. Setiap master mempunyai kisah kejayaan masing-masing, mempunyai kisah sakit pedih sukar tersendiri, kisah gembira, excited mereka. Mungkin di kisah mereka ada persamaan dengan kita. Jadi dari situ kita boleh bandingkan, mengapa mereka berjaya dan mengapa kita disini.
Ramai di kalangan Masters Shaklee ni adalah orang biasa-biasa yang berusaha menjadi luar biasa. Dan kebanyakan dari mereka adalah ibu yang mahukan segalanya yang terbaik utk keluarga dan anak-anak.
Kita tahu, IBU adalah segalanya bagi sesebuah keluarga, maka dengan sebab itulah golongan ibu ini berusaha habis daya untuk menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Bukan sekadar anak kandung, tetapi juga anak-anak bisnes.
Saya juga suka mengajak anak didik saya di Empayar RichFamily untuk turut hadir ke majlis sebegini. Amek aura gitu. Sebab setiap kali berada di dalam majlis ini, memang terasa meremang bulu roma bersemangat.
Sedikit perkongsian gambar bersama rakan-rakan perjuangan.
| |
Bersama anak cucu Empayar RichFamily saya |
Sedang mencari-cari tarikh juga untuk Master Coordinator Celebration kami. Insya allah mungkin selepas bulan Ogos nanti. bagi peluang pada rakan-rakan Masters yang lain dahulu meraikannya.
Jemput datang nnt yer :)