5 Cara Mencegah Masalah Tumit Kaki Pecah

Ada seorang kawan suami saya bergurau;

"aku terpikat dengan bini aku ni sebab tengok tumit pecah kat kaki dia lah.."

Saya yakin itu hanya gurauan beliau sahaja.

Tapi tahukah anda, masalah tumit kaki pecah (merekah) juga boleh menjadi serius. Apabila bahagian yang pecah / merekah telah sampai ke bahagian dermis (bahagian dalam kulit), ia akan menyebabkan kesakitan dan menyukarkan seseorang untuk berjalan dengan selesa selain agak tidak 'cantik' dipandang.

masalah tumit kaki pecah

Antara punca kepada masalah tumit pecah ini adalah:

-Masalah kulit kering disekeliling tumit kaki.
-Berdiri terlalu lama diatas permukaan lantai yang keras.
-Masalah terlebih berat badan yang menyebabkan tekanan pada bahagian kaki dan kulit kaki.
-Mempunyai penyakit tertentu seperti Psoriasis, Ec\kzema, Tiroid, Diabetes
-Terdedah pada keadaan air bertakung untuk tempoh yang lama, ia boleh menghilangkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kaki dan meninggalkan kesan kulit kering dan kasar,
- Umur ; kulit orang yang berusia semakin hilang kadar keanjalannya, dan risiko mereka yang lebih berusia untuk mengalami masalah tumit pecah adalah lebih besar,
-Masalah cuaca
-Kekurangan beberapa vitamin dan mineral seperti asid lemak Omega3 dan zink

Saya juga kini mengalami masalah ni. Ianya masih ditahap permulaan tapi memang agak tidak menyenangkan pemandangan mata sendiri.

Jom kita teruskan membaca 5 cara mencegah masalah tumit kaki pecah;

1) Gunakan kasut yang tertutup apabila diluar dan mengenakan selipar ketika berada dirumah.
 Ia adalah cara terbaik untuk mencegah masalah ini. Memakai kasut tertutup membantu menjaga kelembapan kaki

2) Bersihkan kaki.
Penjagaan kaki dengan baik adalah penting. Bersihkan kaki dengan air suam, dan gosokkan bahagian tumit kaki setiap kali mandi untuk menghilangkan kotoran dan set kulit mati

3) Lembapkan kaki
Sapukan losyen yang sesuai selepas mandi ataupun sebelum tidur.

4)Susu dan madu
Campurkan susu dengan madu. Rendam kaki di dalamnya selama 15-20 minit. Gosok dan kemudian bilas dengan air suam. Ini adalah salah satu carasemulajadi untuk mencegah tumit pecah-pecah. Lakukan sekali  seminggu untuk mendapatkan hasil terbaik.



5) Penuhi keperluan vitamin dan mineral yang tubuh perlukan untuk kesihatan kulit secara keseluruhan.
Antara faktor yang kita dah baca tadi ialah kekurangan beberapa vitamin dan mineral seperti asid lemak Omega3 dan zink. Lengkapkan nutrisi dan keperluan tubuh anda melalui makanan berkhasiat atau suplemen.

Kalau kulit kaki licin macamni kan best :)

tumit kaki pecah
 Antara cadangan dari segi suplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah tumit kaki pecah:

-Sapuan krim Herbal Blend
-Pengambilan Omega Guard dan Zinc

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head