Dan dalam masa 2 hari ini, saya berpeluang berjumpa dengan anak cucu saya dari payung RichFamily.
Santai personal coaching bersama Ieda Adheena, seorang fighter baru yang sedang bersemangat mahu menyebarkan kebaikan vitamin dan menambah pendapatan bersama kami. Dalam ruang SoHo saya yang agak sempit ni lah kami berdiskusi dan adakan sesi 'menurun ilmu', sementara anak-anak bermain di hall.
Sesekali saya keluar menjenguk mereka, rumah hampir penuh ditaburi toys. Tak apalah, asalkan mereka happy dan boleh bagi sedikit ruang kepada mama masing-masing untuk belajar.
Bermula jam 11am, masa berlalu kami tak sedar. 2 jam berlalu dengan penuh pengisian. Cara dan medium marketing yang berkesan, cara kira bonus, cara naik rank dalam Shaklee dan sedikit sebanyak panduan yang sempat saya sampaikan. Semoga Ieda terus memulakan langkah pertamanya sebaik sahaja pulang dari rumah kami. Alhamdulillah, pagi tadi dia dah whatsap saya cadangan url blog khas untuk bisnes Shakleenya.
Ieda adalah pengguna Shape Up set. Begitu happynya beliau dapat turunkan berat sebanyak 2kg setelah mengamalkan set Shape Up. Jom kita doakan beliau dapat mencapai target idamannya.
Dan pada hari Ahad pulak, seawal jam 7pagi suami menghantar saya ke Putrajaya untuk event ini.
Shaklee adalah 'main sponsor' bagi event ini. Setiap peserta yang mendaftar untuk menyertai konvoi berbasikal ini menerima sehelai tshirt Shaklee seperti yang kami pakai, dan yang bertuah pula akan mendapati produk Shaklee seperti ESP, Performance, BComplex di dalam goodie bag mereka. Memang best sangat.
Dan pihak Shaklee juga menyediakan 1 booth khas untuk kami para Independent Distributor untuk membuat jualan di event ini. Saya diberi kesempatan bersama anakdidik RichFamily saya untuk sama-sama turun padang memperkenalkan produk Shaklee kepada orang ramai.
Sebenarnya, produk Shaklee memang dah diketahui ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi mudah jugalah kerja kami apabila menerangkan tentang produk Shaklee kepada mereka yang singgah di booth.
Cuaca sangat baik dan agak panas semalam. Balik rumah, masing-masing sibuk bermasker ESP lah gamaknya demi nak hilangkan sunburn :)
Tetapi ada berita tidak gembira juga berlaku di penghujung acara, katanya ada seorang peserta meninggal dunia setelah terjatuh apabila menghampiri garisan penamat. Dengarnya, beliau meninggal didalam ambulan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke hospital. Mari kita sedekahkan Al Fatihah buat beliau, dan sekalung takziah diucapkan buat keluarganya .
Pukul 1pm, suami datang ambil saya, dan kami bergerak ke Hotel Marriot pula untuk majlis Double Master Coordinator Celebration. Kali ini meraikan Master Azlin dan Master Puteri pula.
Gambar saya bersama Master Azlin dan Master Farihah. Tak sempat bergambar dengan Master Puteri. Master Puteri adalah anak kepada Master Azlin. Pastinya celebration master mama-anak ini meriah sebagaimana master celebration Master Cery-Master Iffah tahun lepas. Insya allah celebration Master Farihah pada minggu ini pula.
Antara 4 perkara yang Master Azlin dapat daripada Shaklee adalah; kareer, keluarga, kewangan dan juga komuniti. Katanya dahulu ketika berkerja, beliau terpaksa memilih antara keluarga dengan kareer. Tapi sekarang dengan Shaklee, beliau tidak perlu MEMILIH kerana beliau memang dapat kesemuanya apabila bersama Shaklee.
Macam biasa juga, sesi bergambar kenangan bersama anakcucu saya yang berkesempatan hadir. Gambar diatas, saya bersama Nad Zaim (rank Senior Coordinator dalam masa setahun). Anak yang kuat semangat, gigih dan sentiasa mencari jalan untuk berjaya. Saya memang sangat kagum dengan cikgu Fizik yang tidak pernah memberi alasan dalam usahanya memburu kejayaan bersama Shaklee.
Sekian untuk aktiviti 2 hari. Hari ini saya agak kepenatan, tapi memang rasa tak sah selagi belum upkan post tentang aktiviti weekend saya.
Sebelum saya akhiri entry saya, saya nak sharekan link blog beberapa orang anak saya. Jika anda mahu mendapatkan konsultasi dan order vitamin melalui mereka, teruslah berhubung dengan mereka ye.
Ain Rusli : COD: Puncak Perdana, Saujana Utama, Puncak Alam
http://myvitashop.blogspot.com
Adeleen Adnan : COD Seremban, Tampin, Putrajaya
Dayre.me/adeleen
Nad Zaim : COD Kuala Pilah
http://sayangvitamin.blogspot.com
Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara