Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Buat Duit Dengan Shaklee
1. Over-expectation.
Tahukah anda mereka yang kecewa adalah tergolong dari mereka yang 'over-expect' tentang bisnes Shaklee. Sebaik mendengar Shaklee adalah MLM, mereka mula expect ia adalah skim cepat kaya.
Wow, kalau dah nama skim cepat kaya, boleh la jadi kaya cepat.
Oh tidak. Bisnes Shaklee adalah umpama kita membuka sebuah ladang. Prosesnya panjang, kerjanya banyak dan kadangkala letihnya menguruskan ladang ni. Perlukan kudrat, perlukan semangat, perlukan modal hati, perlukan modal masa, perlukan pengorbanan dan kesungguhan. Kalau tak cukup satu elemen, mungkin bisnes anda akan kandas ditengah jalan, tak pun terkandas sebaik sahaja ia bermula.
Bayangkan anda menanam benih buah anggur diladang anda. Bermula dari proses memilih benih, membuat batas, menanam benih, menyiram, membaja, memastikan tiada ulat makan pucuk-pucuk yang baru tumbuh dan apabila buah mula berbuah, anda perlu juga pastikan tiada serangga datang merosakkannya. Kebun yang dijaga dengan baik, barulah mula menghasilkan buah anggur yang banyak dan lazat.
Jadi, adakah anda expect bisnes Shaklee, bisnes yang membuatkan anda cepat kaya dalam masa 2 bulan?
Saya kaya dalam masa 2 tahun, alhamdulillah just nice ikut expectation saya )
2. Tak Sanggup Berkorban.
Jika anda suka menghabiskan masa menonton sinetron, menonton rancangan nyanyian realiti, ataupun suka tidur lebih 9jam sehari dan tidak bersedia meninggalkan habit ini walaupun untuk sejam, mungkin anda juga tergolong dalam kategori tak boleh buat duit dengan Shaklee.
Antara pengorbanan besar yang para jutawan Shaklee telah lakukan adalah pengorbanan masa. Mereka sanggup tidak menonton tv, sanggup mengurangkan masa tidur, sanggup mengurangkan masa melayan Newsfeed Facebook demi melebihkan masa membuat sesuatu berkaitan Shaklee. Waktu-waktu inilah mereka gunakan untuk menggali informasi tersedia di business secret group masing-masing, belajar tentang produk dan vitamin, belajar membuat blog, belajar membuat softselling dan sebagainya. Mereka menganggap aktiviti-aktiviti ini sebagai pembunuh masa kerana masa akan berlalu sia-sia tanpa ada sebarang hasil.
3. Suka Menunggu.
Jika anda sukakan kesempurnaan, dan mahu semuanya sempurna baru mahu bermula.
Tunggu anak besar, tunggu pandai bawak kereta, tunggu ada modal, tunggu projek besar di tempat kerja selesai, tunggu ada MacBook Pro, tunggu ada iPhone atau smartphone canggih yang lain, tunggu pindah rumah yang dekat dengan cawangan Shaklee, tunggu itu dan ini, maka anda juga boleh teruskan menunggu sedangkan orang lain dah mula mengecap hasil dan bonus melalui Shaklee sejak lama dulu.
Bisnes Shaklee adalah berkenaan kebolehan kita merebut peluang yang sampai depan mata, dan kebolehan kita beradaptasi dengan segala kekurangan yang kita ada untuk terus maju. Kalau mahu tunggu anak besar, anak umur 1 tahun, tiba-tiba tak sengaja kita mengandung lagi.. nanti anak kedua baru pandai berjalan, termengandung lagi. Jadi, bila pulak anak kita tu nak besar kan? Kecik sokmo la.
Saya sendiri bermula sejak umur anak ketiga saya 3bulan. Dalam masa yang saya saya mempunyai anak berumur 4tahun dan 2tahun. Semuanya masih kecil ketika itu. Tapi saya tak mahu menunggu sebab Allah telah ilhamkan saya untuk mencari seorang mentor Shaklee, maka saya terus mengambil kesempatan ini untuk belajar bersungguh-sungguh tentang bisnes Shaklee.
Ok cukup 3 points sahaja.
Jika anda tergolong dalam 3 jenis yang saya senaraikan ni, terus terang saya katakan, jika anda join jugak untuk berbisnes, peratus kejayaan anda adalah rendah! Jadi, saya nasihatkan anda untuk motivate diri, cari push factor dan buat istikharah sebelum anda approach mana-mana mentor Shaklee, dan sebelum anda diistilahkan menipu upline! hehe
Tapi kalau anda sedang mencari mentor untuk membimbing anda cara makan vitamin dengan baik, anda boleh cari saya. Saya sudi mendaftarkan anda masuk ke empayar RichFamily dan saya akan guide pengambilan vitamin untuk anda dan keluarga.
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S) SMS / WHATSAP : 013 3583424 |
Contact me: lydzar humble_head