Perkongsian Pengalaman : Kehamilan dan Penyusuan Semasa Ramadhan.

Sekadar berkongsi pengalaman tentang penyusuan anak-anak sepanjang Ramadhan.

Kalau diikutkan pengalaman sejak mula berkahwin sehingga kini, memang banyak pengalaman manis yang berkaitan dengan pengalaman menjadi seorang mama.
2 kali Ramadhan saya bergelar ibu hamil (tahun 2008 & 2010).
1 kali Ramadhan saya bertandem nursing, menyusukan anak sulung 1 tahun 8 bulan dan anak kedua 3bulan (tahun 2009)
2 kali Ramadhan menyusukan anak ketiga (2011-2012)

Dan sekarang saya sedang 'bebas' dari komitmen penyusuan dan kehamilan :)

Apa yang saya nak ceritakan adalah betapa Ramadhan bukan penghalang fungsi dan tugas kita sebagai seorang ibu. Samada ibu yang sedang 'bebas', ibu hamil atau juga ibu yang sedang menyusukan. Tugas dan rutin kita tetap sama. Yang membezakan mungkin adalah kita ibu yang cergas, atau kita ibu yang lesu.

Tahun 2009, saya bertandem nursing. Tanpa Shaklee. Sebab saya masih belum kenal apa itu Shaklee.
Tapi sebagai seorang ibu yang memang sangat mementingkan kesihatan diri, dan sangat mengambil tahu apa yang saya perlukan untuk tubuh saya ketika menyusukan.. saya ambil suplemen yang di beli di farmasi.
Pil kalsium & multivitamin adalah pilihan saya. Ini semua saya dapat hasil dari bacaan saya di website-website kesihatan. Tahun 2009, blog Shaklee belum banyak macam sekarang. So saranan dari blog tersebut hanyalah general sahaja.

Alhamdulillah, perjalanan penyusuan saya lancar. Memandangkan ketika itu bayi saya masih kecil, saya memang akan sentiasa memenuhi permintaan penyusuan mereka. Ketika saya terasa letih dan dahaga, saya akan berbaring bersama. Reserve my energy gitu, so tak perlulah saya berbuka walaupun ibu menyusu ada rukhsah puasa.

Tahun 2010 pula, saya mendapat berita kehamilan ketiga beberapa hari sebelum Ramadhan tiba. Alhamdulillah. Kali ni saya memang dah berkenalan dengan Shaklee. Saya ambil Set Penyusuan Set B semasa masih menyusukan anak-anak saya yag berdua tu. Berita disambut dengan gembira dan saya meneruskan vitamin yang ada kecuali Afalfa untuk kehamilan saya.

Syukur sangat kerana setiap kali hamil, saya diberi rezeki kesihatan yang sangat baik oleh Allah Taala.
Tanpa morning sickness, tanpa loya dan muntah-muntah. Kecuali keletihan kadar biasa. Puasa penuh saya tahun 2010 tu. Seronok!

KLIK di SINI kalau nak oder Set Penyusuan Set B

Tahun 2012, saya dah pun bergelar Shaklee Independent Distributor. Maka perasaan membuak-buak nak cuba semua vitamin Shaklee memang ada. Jadi untuk Ramadhan 2012, saya mula consume Set Ramadhan
disamping Set Penyusuan Triple M.

Apa yang ada dalam Set Ramadhan?
ESP, Mealshake, Performance

Apa yang ada dalam Set Penyusuan Triple M?
Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Afalfa, Ostematrix dan ESP

Dan sejak tahun 2012 lah saya terus jatuh cinta berkali-kali dengan produk Shaklee ni.

Sesi penyusuan berjalan lancar. Sesi mengepam stok susu di opis berjalan seperti biasa. Anak saya mendapat cukup susu sebagaimana hari-hari biasa. Dan saya juga masih aktif dan bertenaga seperti bukan di bulan Ramadhan.

Dan saya sangat percaya tubuh yang mendapat nutrisi lengkap adalah tubuh yang sihat dan dapat berfungsi secara optima. Saya tak mahu menidakkan keperluan tubuh saya dan memaksa ia bekerja diluar kemampuan. Kerana kesan dan side effectnya nanti, saya jugalah yang akan tanggung.

So ini adalah antara vitamin yang menjadi pemangkin tubuh saya sejak lebih 3 tahun lalu. Ini hanyalah sekadar pengalaman peribadi saya. Dan saya dapati memang semakin ramai ibu-ibu yang memilih produk Shaklee dengan sebab seperti saya.

Jika anda berminat nak cuba mana mana satu pemangkin dan jadi bertenaga seperti saya, anda boleh terus klik pada banner-banner di bawah. 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d516b13671a4179d9b7b458a6ebdeb92

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=98d6f58ab0dafbb86b083a001561bb34


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=67d16d00201083a2b118dd5128dd6f59





 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head