• Pengedar By Negeri
  • Senarai Saluran Bantuan Untuk Mangsa Banjir

    Cuti sempena Hari Krismas, saya berkesempatan pulang ke kampung dekat Felda Chini untuk menziarah mak dan abah serta family.
    Dalam perjalanan pulang, banyak sangat updates dan cerita tentang banjir yang sedang berlaku di Kelantan. Dan kami juga dengan perasaan berhati-hati berdoa agar tiada jalan yang terpaksa ditutup untuk sampai ke kampung saya. Alhamdulillah, kami sampai dalam keadaan selamat.
    Sepanjang 3hari dikampung juga pelbagai cerita tentang banjir yang saya dapat melalui updates kawan-kawan di group Whatsapp dan juga di Facebook.
    Yang menarik perhatian saya, selain keadaan kritikal mangsa banjir adalah, penubuhan tabung-tabung dan dana untuk mangsa banjir. Ada beberapa inisiatif yang telah diambil oleh rakan-rakan bisnes Shaklee kami.
    Jadi jika anda berminat untuk sama-sama menyumbang, saya senaraikan di sini beberapa tabung yang dipercayai dan akan terus disampaikan kepada pihak mangsa banjir melalui beberapa pertubuhan NGO.

    SENARAI TABUNG KUTIPAN UNTUK MANGSA BANJIR KELOLAAN WARGA SID SHAKLEE

    FAWA Enterprise

    Bantuan Kemaman Sarah
    Derma Brahims
    Bantuan Air Bersih WOL1
    Jom sahabat-sahabat sekalian. Kita bantu mereka dari segi material, kewangan dan kudrat selagi mampu.
    Ujian dan dugaan banjir ini bukanlah ujian buat mereka sahaja sebenarnya, malah ia adalah ujian buat seluruh rakyat Malaysia. Bagaimana kita melihat saudara-saudara kita ketika dalam kesusahan, semoga terbit perasaan belas dan ehsan dari kita semua yang tidak dibanjiri.
    Ini antara bukti bantuan yang telah disampaikan kepada mangsa banjir daripada tabung kutipan melalui Fawa Enterprise.
    bantuan banjir
    Antara bantuan makanan yang telah ready untuk dihantar ke pusat banjir.


    1 comment:

    1. ALHAMDULILLAH! SATU USAHA YANG POSITIF! =)

      http://syahmizaludin.blogspot.com/2015/01/segmen-back-to-school-2015-project-for.html?m=1

      ReplyDelete