Sumbangan Dana Untuk Bekalan Air Bersih Kepada Mangsa Banjir

Assalamualaikum.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Keadaan banjir terkini di Pantai Timur benar-benar mendesak. Ramai mangsa terperangkap dan masih berjuang untuk menyelamatkan diri.

Salah satu cabaran mangsa mangsa banjir ialah mendapatkan bekalan air bersih untuk diminum. Malah kita sudah mendengar mangsa terpaksa masak air lumpur untuk diminum akibat tiada pilihan.

Air yang kotor apatah lagi digunakan sebagai minuman akan meningkatkan risiko mereka dijangkiti penyakit dan dengan mudah diserang cirit birit.

Maka dengan ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana kita boleh membantu mangsa banjir ini mendapat air bersih melalui penggunaan Water Pitcher, sejenis penapis air mudah alih.

Penggunaan water pitcher ini sangat praktikal di dalam keadaan emergency seperti sekarang.

Air yang ditapis boleh digunakan untuk membancuh susu anak anak dan diminum oleh semua golongan.

Saya ingin memohon sumbangan dana dari sesiapa sahaja yang membaca post ini agar pihak kami dapat membelikan Water Pitcher ini dan diberikan pada mangsa mangsa banjir di Pantai Timur.

Sumbangan boleh disalurkan ke dalam no akaun didalam gambar. Kami mensasarkan pembelian 100 (atau lebih) water pitcher untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Semoga dengan sedikit sumbangan dan usaha kita bersama memberikan makna yang besar kepada mereka.

Doakan juga keadaan banjir segera pulih.

Sebar sebarkan usaha ini kepada orang lain juga.
Sekian terima kasih.

#prayforPantaiTimur.