Tips Turunkan Jaundis Bayi Tanpa Perlu Sesi Fototerapi di Hospital



Sebelum ini, antara cara yang saya sarankan ibu ibu yang ada masalah baby kuning selepas kelahiran.. adalah KERAPKAN MENYUSU BAYI.

Namun keadaan ini dianggap sukar terutama sekali ibu pertama kali (first time mom) yang belum arif tentang bagaimana susu ibu terhasil. 

Antara kesukaran yang mereka hadapi;

- susu tidak keluar lagi walaupun sudah 2-3 hari melahirkan.
Ramai ibu baru yang tidak faham konsep penghasilan susu selepas kelahiran. Susu kolostrum yang dihasilkan oleh payudara dikatakan sebagai susu basi. Kandungan susu yang kuning, likat dan pekat dianggap tidak cukup untuk mengenyangkan bayi.

- anak di tahan di ward
Apabila disarankan mengurut dengan bidan untuk mempercepatkan penghasilan susu, mereka beri alasan mereka sedang berada di hospital dan takut untuk meninggalkan bayi seorang di sana

-stress akibat kesedihan melihat bayi dalam treatment.
Memang luluh hati seorang ibu apabila terpaksa melihat proses jururawat mengambil sampel darah. Tumit kaki bayi yang kecik dicucuk sedikit untuk mengeluarkan beberapa amaun darah secukupnya untuk dibuat ujian.

Okeylah, ini petuanya;
LUMURKAN BADAN BAYI DENGAN BEDAK SEJUK.

Gambar hiasan
Bedak sejuk dibuat daripada beras yang dikatakan mampu membantu menyejukkan badan bayi ketika terkena kuning.  Ini tips yang saya dapat dari salah satu kumpulan ibu hamil.
Mungkin cara ini lebih mudah untuk dipraktikkan. Dan ia dikatakan benar benar berkesan sehingga bayi tak perlu ditahan di wad langsung.

Pastikan hanya melumur bedak sejuk di badan bayi, bukan dimukanya. Ditakuti serbuk-serbuk bedak sejuk yang kering masuk ke mulut bayi pula
Selamat mencuba!
Apapun, penyusuan susu ibu tetap perlu diteruskan ya..


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head