Kenyataan Rasmi Syarikat Tentang Kaitan Afalfa Dengan Kes Kematian Pelajar Kejururawatan

Lebih kurang 2 minggu yang lalu, group diskusi Whatsapp saya agak kecoh dengan sebaran printscreen tentang seorang nursing student yang baru meninggal. Dan yang menggemparkan, status update di Facebook tersebut terang terang menganggap punca kematian adalah Afalfa.
 
Selang beberapa jam kemudian, keadaan menjadi lebih hangat apabila ramai customer dan anak bisnes saya turut bertanyakan hal yang sama.
 
"Betul ke budak tu mati sebab makan Afalfa?"
 
Bagaimanapun, ketika kami cuba cari semula post yang ditulis oleh rakan arwah, nama Facebook terseut sudah pun tiada. Mungkin ditukar nama atau diubah setting kepada "Deactivate"
Sebaran tersebut memberi impak yang agak besar kepada ramai SID baru bila beberapa orang customer yang dah buat oder membatalkan pembelian.

Kesian kan?
 
Beberapa blog yang merasakan isu ini boleh "boom" dan boleh menaikkan rating blog mereka turut mengambil kesempatan dengan menulis entry dengan tajuk yang agak kejam serta seolah olah menyalahkan Alfalfa dengan veto.
 
Shaklee memang kerap menjadi bahan viral di kalangan netizen sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Keadaan dijadikan panic dan keyboard warrior mula menghentam dengan kata kata kasar walaupun mereka tidak tahu cerita hujung pangkal.
 
Apa Pandangan Saya?
 
Saya dengan yakin akan menjawab soalan ini:
"Betul ke budak tu mati sebab makan Afalfa?"
 
TAK BETUL
 
Setelah hampir 4tahun bersama bisnes Shaklee..setelah 4tahun consume hampir semua produk Shaklee.. setelah berpeluang bertemu pakar nutrisi Shaklee ditanah air dan juga bertemu dengan saintis Shaklee di Shaklee Hq, Pleasanton, keyakinan saya memang tidak berbelah bahagi lagi.
 
Sedikit fakta untuk pengetahuan semua.
Pihak Shaklee memperuntukkan 25juta USD setiap bulan untuk tujuan Research&Development bagi barisan produknya
 
Alfalfa telah dijual sejak 50tahun yang lalu dan telah menjalani 80000 ujian sebelum ia sampai ke perut saya dan perut para pengguna yang lain.
 
Kalau ia memudaratkan, pastinya ia telah lama berkubur dan tak boleh masuk pasaran Malaysia. Bukan kah kita ada KKM untuk menapis dan menyaring produk produk berbahaya yang bakal masuk ke negara kita.
 
Dalam havocnya kami meraikan kejayaan dan majlis graduasi Train The Trainer, pihak pengurusan Shaklee telah pun tampil membuat kenyataan bahawa Alfalfa bukan punca kematian arwah.
 
 
Keputusan laporan perubatan juga tidak menyebut tentang Alfalfa sebagai punca kematian arwah. Cerita selanjutnya, saya rasa tak perlu saya ulas disini.
 
Entry ini adalah untuk membersihkan nama Shaklee dan Alfalfa dari tuduhan semberono dari mereka yang dengan sangat mudah membuat kesimpulan tanpa siasatan.
 
Oh ya! Jika anda ada sebarang keraguan terhadap produk dan penggunaan produk Shaklee, anda boleh terus salurkan pertanyaan kepada kami di customerenquiry@shaklee.com.my
 
Kami mempunyai barisan customer service dan barisan pengurusan yang akan membantu anda menyelesaikan kekusutan berkaitan. Malah pihak Pakar Nutrisi di Shaklee Hq Pleasanton juga pernah membantu kami handle satu isu yang dianggap besar di pasaran Malaysia.
 
Sesungguhnya pihak Shaklee memang sangat komited dengan setiap usaha mereka memastikan produk Shaklee yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi dan selamat untuk diambil oleh manusia.
 
Jadi jangan ragu ya!
 
Jika ada yang masih bertanya anda tentang isu ini, tunjukkan saja entry saya dan kenyataan rasmi pihak Shaklee diatas.
 
Gunakan tanpa ragu dan waswas. :)

Semoga bermanfaat!
 
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424