Prosedur Open Appendectomy Keatas Ibu Hamil 5 Bulan. Selamatkah? Ini Pengalaman Saya


Menjawab persoalan diatas, jawapannya YA, SELAMAT.

Saya berani bagi jawapan macamni sebab saya baru saja menjalani prosedur ini semalam. Alhamdulillah, sekarang pada hari kedua keadaan saya semakin pulih dan berkesempatan berkongsi tentang serangan apendiks yang berlaku pada saya pada hari Sabtu lepas.

Seminggu sebelum kejadian.
Saya hilang selera makan. Untuk sarapan, biasanya saya suka memilih meal yang berat seperti mihun goreng atau nasi lemak, tapi sepanjang 1minggu lepas memang saya tiada keinginan langsung nak makan.

Jadi setiap pagi saya cuma bancuh 2sudu ESP dan 1sudu Mealshake atau Cinch Shake. Lebihkurang jam 11 pagi, jika saya lapar saya cuma akan ambil 2 keeping roti sapu peanut butter, dan menunggu waktu lunch. Itu pun tak banyak mana, separuh pinggan saja mampu habis.

Saya tak hiraukan sangat sebab terdetik dalam hati, oklah kalau kurang selera makan, jadi berat saya tidak lah naik mendadak untuk sesi checkup seterusnya nanti. Check up terbaru saya naik 3kg berbanding bulan sebelumnya.

SABTU (23 Mei 2015)
Saya sarapan diluar bersama keluarga, kemudian tengaharinya kami berjalan-jalan sekejap berhampiran Plaza GM KL untuk mencari hadiah birthday anak anak kami. Kemudian, saya cadangakan suami untuk lunch di sebuah kedai asam pedas kegemaran suami di Ampang.

Sebenarnya sepanjang berjalan-jalan di kedai-kedai toys lagi, saya dah mula rasa tak selesa. Pada bahagian perut bahagian kanan. Terasa senak sepanjang berjalan, dan kerapkali terasa nak buang air kecil. Saya anggap ianya perkara biasa sebab memang kandungan saya pun semakin besar.

Kami menikmati lauk asam pedas ikan pari. Saya tak mampu pun nak menghabiskan semua hidangan kerana perut terasa semakin berangin dan senak. Sepanjang perjalanan pulang, saya hanya tidur didalam kereta. Setiap kali suami terlanggar lubang atau sedang melalui bumper, memang terasa kesakitan terutama sekali di abdomen kanan.

Sampai dirumah, keadaan menjadi semakin teruk. Senaknya tak mampu saya tahan. Saya minta suami sapukan minyak panas, bergilir-gilir dengan anak anak bila saya rasa kesan panas hilang. Setiap kali disapu minyak, saya akan sendawa dan muntah. Rasa lega lah juga.

Saya ambil masa yang lama mandi air panas bagi melegakan perut dan dada yang terasa berangin.
Ingatkan dah ok, rupanya sakitnya masih menjadi-jadi. Saya ajak suami ke klinik selepas dia habis menonton perlawanan bola Gomo lawan Lions.

DEMC, Shah Alam.

Kami keluar rumah pada jam 11pm. Lebihkurang pukul 11.45pm sampai giliran saya berjumpa Doktor. Doktor macam biasalah, soal siasat macam mana bermula sakit. Ditanya ada rasa demam atau tidak dan sebagainya. Dan akhirnya Doktor minta saya berbaring sebab beliau nak cek perut saya.

Dia tekan-tekan perut dan bertanya beberapa soalan.

Selesai memeriksa perut, Doktor minta saya proceed ke makmal untuk buat ujian darah dan urin. Beliau suspect saya mungkin mengalami UTI atau pun apendiks berdasarkan symptom yang saya alami.

Lebih 30minit menunggu, baru lah dipanggil lagi sekali untuk berjumpa Doktor dan beliau explain tentang keputusan ujian darah dan urin.

Katanya bacaan sel darah putih agak tinggi menandakan ada jangkitan. Dan berdasarkan pemeriksaan perut tadi, beliau sangat yakin saya diserang apendiks. Jadi beliau terus syorkan saya agar admit ke ward untuk pemeriksaan lanjut oleh Doktor Pakar pada keesokan harinya.

Memandangkan insurans yang saya guna memang cover servis medical di DEMC, maka saya diminta menunggu di Observation 1 sementara segala urusan dan prosedur masuk ward diuruskan.



Kesian anak-anak yang dah tertidur dan mengantuk. Suami bawa mereka tidur di kereta sebentar sementara saya pula berehat di Observation1. Hampir jam 3pagi, baru lah nurse dating meminta suami uruskan admission saya ke ward.

Selesai urusan, terus saya di drip dengan sebotol air dan ditolak ke ward 303. Anak-anak pun dah selamat tidur dalam ward masa saya sampai.



Saya turut diberikan antibiotic dan ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan dan membolehkan saya tidur. Alhamdulillah, walaupun kurang selesa sebab tangan rasa terikat oleh wire drip, saya mampu tidur dengan lena.

AHAD (24 MEI 2015)

Jam 9pagi, Doktor Jamal datang membuat pemeriksaan. Sama juga caranya. Perut saya ditekan dan dilepaskan. 'Sakit tak?' Tanya Doktor.

Ya, walaupun saya rasa lebih sihat pagi itu, tapi dibahagian yang ditekan oleh Doktor memang masih sakit. Dan Doktor sahkan, saya memang kena apendiks. Namun beliau masih mahu memantau keadaan saya, jadi untuk seharian ini saya terus diberikan antibiotic dan ubat tahan sakit dahulu.

Appendicitis berlaku apabila appendix, "worm-shaped pouch" attached kepada usus besar membengkak akibat jangkitan.

Biasanya kesakitan dirasakan pada bahagian abdomen bawah sebelah kanan. Sesiapa saja boleh terkena termasuklah ibu hamil macam saya.

Simptom seperti kembung dan cirit birit, sakit pada perut ketika nak angkat kaki, sakit apabila abdomen ditekan dan dilepaskan, juga tidak selesa ketika berada dalam kereta yang melalui bumper atau lubang dijalankan

Yang ini semua saya rasakan pada petang Sabtu.



ISNIN (25 MEI 2015)

Saya diminta berpuasa bermula jam 6pagi hari ini. Tapi sebenarnya dah mula berpuasa sejak jam 11malam lagi sebab tak terjaga untuk makan atau minum sebelum jam 6pagi tu.

Lebih kurang jam 10 pagi, Doktor Jamal dan nurse dating lagi memeriksa keadaan saya di ward.

Apa khabar liza? Nampak sihat je ni.. Sapa Doktor

Iya memang Nampak sihat. Sebab walaupun sakit kenalah senyum selalu untuk lebih cepat sembuh kan?

Setelah pemeriksaan yang sama dilakukan, Doktor decide untuk lakukan prosedur Open Appendectomy kepada saya. Katanya mungkin tengahari atau petang nanti saya akan di bawa turun ke bilik pembedahan.

Saya tenang je bila Doktor bagitahu macam tu, dan saya redha jika itu yag terbaik. Saya pun tak mahu kesakitan ini berulang seiring kandungan saya yang semakin membesar. Mungkin pada masa itu, kesakitannya akan berganda. Siapa tahu kan?

Jadi saya setuju dan menandatangani satu surat consent menandakan saya setuju dengan perancangan Doktor untuk melakukan pembedahan membuang apendiks saya. Saya terus diminta berpuasa sehingga prosedur pembedahan selesai nanti.

Jam 1petang, nurse datang dan hulurkan baju khas untuk masuk ke bilik pembedahan. Saya agak nervous juga.



'Puan ready lah sekarang, mungkin dalam pukul 1.30 nanti saya datang.'

Beberapa minit kemudian, kedengaran suara azan berkumandang dari TV yang saya pasang. Tak tunggu lama, saya terus ke toilet untuk berwudu dan solat Zohor.

Pada siapa lagi saya nak mengadu menyerahkan rasa berdebar dalam hati kan? Selepas solat, Alhamdulillah perasaan saya terkawal dan tenang. Dan sabar menunggu kehadiran nurse.

3 Petang, 25 hb 5, 2015

Lama juga saya tunggu, dari pukul 1.30pm sehinggalah jam 3pm baru nurse datang sambil membawa wheelchair. Rupanya bilik OT baru saja kosong. Ada banyak operation pada hari ini rupanya.

Suami dan anak sulung diminta menunggu di ruang menunggu, saya pulak di alihkan dari wheelchair keatas katil dan terus ditolak masuk bilik pembedahan.

Asing sekali rasanya. Ini pertama kali saya masuk bilik pembedahan. Dengan lampu bulat-bulat di siling, dengan bunyi beberapa mesin monitor. Saya hanya mampu berzikir banyak-banyak

Kemudian, seorang pakar bius datang memberikan ubat, dan saya diminta menarik nafas yang dalam beberapa kali sambil disarungkan mask pelali. Kali ke3 sedutan, terus saya tak sedar apa-apa.

Mungkin dalam masa 1jam, selesai pembedahan saya dibawa ke ruang recovery. Diselimutkan dengan selimut panas dan salah seorang nurse memanggil saya 'Puan, kita dah siap.. sekejap lagi saya bawa puan naik ward semula ye..'

Wahhhhh.. dah siap rupanya :)



Dan saya masih tidak dibenarkan makan dan minum sehingga 6jam selepas pembedahan. Maksudnya saya perlu menunggu jam 9malam nanti baru lah boleh makan. Tapi saya curi-curi juga minum air mineral sebab terlalu haus.

Episod Recovery

Memang tersangat lega selepas prosedur membuang apendiks dijalankan. Kesakitan yang saya rasa sekarang hanya kesakitan dikawasan luka pembedahan sahaja. Yang di dalam saya rasa dah selesai.

Alhamdulillah. Saya diminta tinggal 1hari lagi di ward, hari Rabu baru discaj keluar.
Mak pesan suruh berpantang makan. Kawan-kawan juga bagi tips-tips berguna untuk saya amalkan apabila balik rumah nanti.

Memang saya rasakan pergerakan saya agak terbatas dan sukar. Berjalan pun kena perlahan-lahan bagi mengelakkan tekanan berlebihan pada kawasan luka. Nak berbaring juga perlu cari posisi yang benar-benar selesa. Nak mengiring ke kanan, terasa tekanan pada bahagian luka. Nak mengiring ke kiri terasa regangan pula. Nak menelentang, terasa baby menekan-nekan perut saya.

Macam itu lah bila dah sakit, kan? Banyak nikmat terasa ditarik. Dan atas sebab inilah saya semakin merasakan bahawa mahalkan sebuah harga kesihatan diri. Bersyukurlah bagi mereka yang tidak diuji, dan berbanggalah jika anda meman seorang yang menjaga kesihatan sejak awal.

Berpantang dengan Set Berpantang Terbaik Sepanjang Masa

Saya terus amalkan Set Berpantang Shaklee sejak saya dibenarkan mengambil makanan. Saya anggarkan jarak selama 2jam dari ubat-ubat yang Doktor minta saya makan.

Saya memang tidak menolak untuk ambil painkiller dan antibiotic ketika sedang sakit kerana saya tahu Doktor tentulah prescribe ubat-ubatan yang selamat untuk ibu hamil seperti saya ambil.
Dan rawatan alternative agar segera segar dan sembuh saya teruskan dengan Zinc Complex, Vivix, Vitamin C, BComplex, Vitalea dan juga ESP.



Terima kasih pada semua yang mendoakan saya, yang private message dan yang datang melawat, terutama sekali yang menjaga saya ketika saya sakit iaitu suami dan anak-anak.
Terima kasih kerana memberikan saya semangat.

Semoga selepas ini kembali sihat seperti biasa.

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424