• Pengedar By Negeri
  • Majlis Konvokesyen Train The Trainer Training Yang Pertama Seumpamamya Di Malaysia

     
    Alhamdulillah, pada tarikh 19 Mei 2015 bertempat di Shaklee HQ, jam 8malam majlis dimulakan dengan kata kata aluan dan ucapan tahniah dari Presiden Shaklee Malaysia, En Victor Lim.
     
    Program Train The Trainer Training adalah salah satu usaha dan inisiatif dari pihak pengurusan Shaklee untuk melahirkan barisan pelapis pakar nutrisi mereka. Misi program ini adalah untuk melahirkan Certified Product Trainer.
     
    Selain daripada beberapa orang Pakar Nutrisi di Shaklee, mereka memikirkan adalah sangat baik jika mereka mempunyai "Junior Nutritionist" juga bagi menampung keperluan pendidikan kesihatan dan produk Shaklee sendiri.
     
    Ramai rakyat Malaysia dahagakan informasi yang tepat terutama sekali ketika berdepan dengan "kesimpulan ringkas" dan salah anggap dari pihak tertentu yang mengambil jalan mudah menyalahkan produk Shaklee ketika mereka berdepan masalah kesihatan tertentu.
     
    Alhamdulillah, program ini telah dijalankan pada bulan November yang lalu (Sesi 1) dan seterusnya pada bulan Februari (Sesi 2)
     
    Dalam sesi TTT yang berlangsung selama 2hari ini, kami diajar tentang beberapa topik utama seperti sistem tubuh manusia, penyakit common berkaitan sistem tubuh tersebut, cadangan produk dan mengapa ia penting, cara membaca jurnal dan ujian klinikal.
     
    2 sesi pembentangan secara berkumpulan turut diadakan.
     
    Dan tidak ketinggalan, pengetahuan kami diuji dengan 1 ujian bertulis juga 1oral presentation.
    Mereka yang lulus exam inilah yang diraikan pada malam graduasi.
     
    Terima kasih diucapkan kepada semua barisan Nutritionist dan barisan pengurusan  Shaklee yang terlibat dalam misi menjadikan kami pengedar berilmu.
     
    Menjadi Pengedar berilmu sangat penting di masa kini supaya apa yang kami cadangkan.benar benar menepati keperluan pengguna.
     
    Kami tidak.sekadar mengambil untung tetapi kami sangat menitikberatkan informasi berkaitan kesihatan agar.semua pengguna kami terus berusaha untuk mendapatkan "sihat" dengan produk yang betul dan selamat untuk digunakan.

    Jom enjoy beberapa keping gambar ketika majlis berjalan semalam. Enjoy!

    Bersama Canselor University Shaklee, En Victor Lim

     
    Pertama kali diberi peluang berucap ketika Majlis Konvo
    Teman seperjuangan dari iReach yang graduate bersama sama

    Penyokong dan tulang belakang saya dalam hidup dan bisnes Shaklee

    
    
     
    Mencari mentor bisnes yang serious mahukan anda Berjaya, yang berpengetahuan dan berpengalaman, jom sertai kami!

    Lydzar Rusman
    Shaklee ID : 859948
    Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424