Maklumlah bergelar ibu hamil yang memasuki usia kandungan 5bulan, beban yang dibawa semakin berat, walaupun sebenarnya tidak lah besar mana.
Mungkin ibu hamil yang lain akan faham bagaimana perasaannya sakit pinggang ni, kan? Saya tahu saya tidak sendirian dengan kesakitan pinggang ini.
APAKAH PUNCA MENYEBABKAN SAKIT PINGGANG PADA IBU HAMIL?
- Pembesaran rahim mempengaruhi pusat gravity. Ia menyebabkan otot-otot perut menjadi lemah, mengubah postur tubuh dan memberi tekanan kepada punggung dan bahagian belakang ibu hamil.
- Kenaikan berat badan mendadak menyebabkan beban berlebihan terpaksa ditanggung oleh pinggang
- Perubahan hormon mengakibatkan pelonggaran sendi dan ligamen pada tulang pinggul ke tulang belakang. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil rasa tidak stabil ketika berdiri serta menyebabkan rasa sakit apabila sedang berjalan, duduk lama atau berbaring di tempat tidur apatah lagi ketika cuba mengangkat barang berat.
Mungkin kadar masanya berbeza apatah lagi jika ibu tidak tahu apa hendak dibuat untuk mengurangkan kesakitan pada pinggang mereka. Nak tunggu sehingga 9bulan dan melahirkan anak, aduh lamanya!
Di sini saya nak kongsikan antara cara untuk mengurangkan sakit pinggang bagi ibu hamil.
Tips ini juga boleh digunakan oleh golongan lain yang mempunyai masalah yang sama walaupun penyebabnya bukan kerana kehamilan.
Punca dan Cara Atasi Sakit Pinggang Bagi Ibu Hamil
Saya percaya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan langkah itu perlulah kita cari serta cuba agar kesakitan boleh dikurangkan.
Melalui banyak pembacaan saya, salah satu cara yang penting untuk rasa lega adalah dengan melakukan senaman atau regangan.
Di sini saya kongsikan satu video senaman mudah untuk para ibu buat bagi mengurangkan kesakitan yang ditanggung. Jangan sampai tak boleh berjalan langsung nanti ye.