Cerita Dapur : Merancang Menu Menjimatkan Masa Mama

Adakah anda antara mama yang selalu termenung depan peti sejuk setiap kali sebelum mula memasak?

Adakah anda selalu membelek buku resepi sebelum pergi keluar ke kedai?

Nak rancang menu untuk keluarga ni kadangkala jadi tugas berat kan? Dilema betul nak masak apa.


Saya salah seorang mama yang selalu pening bila memikirkan apa yang nak di masak dekat dapur setiap hari. Lagi-lagi lah di bulan Ramadhan macam sekarang ini, memang berazam nak sediakan sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga.

Sebelum ini, mungkin akan ambil masa hampir satu jam untuk browse menu untuk dimasak. Kemudian pergi ke kedai membeli bahan-bahan yang perlu dan balik dengan segera untuk siapkan juadah. Mengah juga bila hari-hari buat macam ini. Memang time consuming!

Walaupun memang tak layak digelar MasterChef lagi, tapi saya yakin saya memang masterchef dalam rumah ini. Siapa lagi kan?

Dan alangkah bahagia bila anak-anak puji masakan mama sedap walaupun mama hanya menggoreng cucur bilis. Terharu betul hati ini. Dan ia menjadi salah satu sebab saya mesti masak setiap hari untuk suami dan anak-anak

Saya kerapkali melihat rakan-rakan di Facebook berkongsi tentang cara mereka merancang menu dan menjimatkan masa. Kali ini giliran saya pula buat perkara yang sama.

Maka siaplah jadual menu-menu yang saya kira simple ini sehari sebelum bermulanya bulan Ramadhan.

Jom saya kongsikan.

 
Kelebihan Merancang Menu
 
Merancang menu akan memudahkan mama sekalian merancang pembelian bahan-bahan mentah serta lauk pauk di pasar / pasaraya. Ia juga menjimatkan masa kita apabila berada di pasaraya kerana tak perlu berpusing-pusing dari satu rak ke satu rak kerana kita boleh terus menuju ke rak-rak yang berkaitan, capai barang, masuk troli dan bayar.
 
Minggu lepas saya berkesempatan ke pasar malam berdekatan, seronok juga bershopping bahan mentah seperti ayam, daging, ikan pari dan ikan siakap, sayur-sayuran dan bahan lain.
Bahan mentah dibeli mengikut kuantiti yang secukupnya mengikut jadual yang sudah disiapkan.
 
Balik dari pasar, terus bersihkan bahan-bahan mentah dan ianya disimpan mengikut sukatan yang perlu untuk dimasak. Memang nampak lebih teratur dan tersusun.
 
Alhamdulillah, setakat semalam, saya berjaya menjimatkan masa saya untuk berada di dapur dengan adanya menu berjadual seperti ini, walaupun ada hari yang saya masak mengikut selera anak.
 
Menu sempena Father's Day
 
Bagaimana mama sekalian pula merancang kerja dapur anda? Jom kongsi dengan saya :)
 
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424