3 Perkara Menarik Berbuka Di Kampung Classic KLCC

Alhamdulillah dah masuk hari ke14 kita berada di bulan Ramadhan 2015. Dalam keadaan cuaca yang panas dan kering, ramai umat Islam tetap bersabar menahan lapar dan dahaga.

Menariknya tahun ini, tahun ke3 saya berpuasa di rumah dan bergelar WAHM. Hampir setiap hari saya akan sediakan juadah berbuka untuk keluarga. Kalau di hari-hari biasa, saya akui memang agak muak dan bosan bila kena masak hari-hari (ops!), namun berbeza pula pada bulan Ramadhan ini, boleh jadi tersangat rajin pula.

Mungkin kerana nak kejarkan berkat Ramadhan kan, orang yang menyediakan makanan untuk orang berpuasa turut mendapat ganjaran pahala yang banyak.

TAK TERINGIN KE BERBUKA DILUAR?

Setakat ini memang tiada keinginan yang membuak-buak nak ajak suami dan anak berbuka diluar. Mungkin kerana factor kos makan diluar yang saya rasa semakin mencekik leher, saya lebih rela membelanjakan duit kami untuk membeli lauk dan masak sendiri.

Namun, kalau dapat peluang berbuka di luar secara PERCUMA, memang lah saya takkan tolak. Makan free kan, jangan ditolak rezeki.

BERBUKA DI KAMPUNG CLASSIC, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE.



Alhamdulillah,minggu lepas kami sekeluarga telah mendapat jemputan berbuka berpuasa di hotel. Jemputan khas majlis berbuka puasa untuk SLC leaders oleh mak bisnes Shaklee saya iaitu Masters Lyna Noh.

Majlis berbuka ini diadakan di Kampung Classic' Kuala Lumpur Convention Centre.


Master Lyna dan suami book satu 'private room' yang menempatkan lebihkurang 10 meja untuk para jemputan mereka. Bermula jam 6petang, para jemputan mula tiba dan kami berkumpul di bilik yang telah ditempah oleh Master Lyna.

Perkara Menarik Berbuka Di Kampung Classic KLCC

1. Pelbagai Sajian Enak.

Kampung Classic menyediakan sajian kampong 'buffet style' penuh dengan pelbagai juadah seperti lauk-pauk, nasi beriani, kambing golek, kek dan dessert, kueteow dan mee goreng, keropok lekor, buah buahan, ABC dan pelbagai lagi juadah lain yang sedap sedap semuanya.

Memang melonjak nafsu makan bila melihat semua juadah yang terhidang. Inilah cheat day saya. Saya memilih untuk tidak makan nasi dan lauk-pauk yang disediakan. Sebaliknya saya focus pada dessert dan side dishes serta buah-buahan sahaja.

Dikatakan menu yang ada disini tidak akan sama dalam masa 1-2minggu. Ianya sentiasa bertukar-tukar. Dan Kampung Classic merupakan caterer yang suka mempelbagaikan menu makanan mereka.
Contoh terbaik adalah Popia Nasi Lemak.

Saya ingatkan popia dengan inti biasa, rupanya didalam gulungan popia tersebut diisi dengan nasi lemak dan sambal. Sedap!

Teh tarik pisangnya pula memang mengingatkan saya kepada susu pisang yang kami nikmati setiap hari di Korea. Ya Allah, sedap sangat.


2. Ruang solat dan wudhu yang dekat dan selesa.

Perkara paling menarik berbuka di sini adalah, mereka menyediakan ruang solat lengkap dengan tempat wudhu yang sangat selesa untuk semua pelanggan Muslim yang berpuasa. Sebuah bilik solat dan bilik wudhu lelaki dan perempuan disediakan di tingkat 3.

Para pelanggan tak perlu pergi jauh mencari surau. Dan yang paling mengagumkan saya, bilik wudhu diubahsuai daripada bilik seminar sahaja. Saya memang teruja melihat setup bilik wudhu ini. Biasanya jika orang ramai-ramai ambil wudhu si tandas, akan menyebabkan ruang lantai tandas basah dan mulai kotor. Namun ia tidak berlaku di sini. Yang sedihnya, saya lupa nak ambil gambar.

Malah mereka juga menyediakan imam untuk lead solat terawikh. Selepas solat terawikh juga masih boleh sambung makan jika mahu.

3. Pilihan berbuka secara kumpulan di private room.



Jika anda bertujuan nak buat gathering sambil berbuka, mereka menyediakan private room seperti yang telah di booking oleh Master Lyna. Bagi individu yang datang berdua atau dalam keluarga kecil, mereka boleh memilih untuk duduk dikawasan open air diluar.

Kebiasaannya private room ini ditempah oleh pihak pejabat atau kontraktor/vendor yang ingin meraikan client mereka.

Inilah 3 perkara yang memang saya boleh bagi pujian pada pihak Kampung Classic.

Sedikit info tentang Iftar di Kampung Classic, KLCC

Diadakan setiap hari, dan perlukan booking lebih awal.
Hubungi Lee San Meng 013 23332740 atau Aishah Amelia 03 23332833 untuk info lanjut.
Harga bermula dari RM99++ hingga RM135++ seorang

Selepas makan, sempat kami berkumpul seketika untuk sesi coaching ringkas. Alhamdulillah, banyak pengisian dari Master Lyna dalam tempoh yang sekejap itu.

Terima kasih Master Lyna dan suami, founder kepada iReach!

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424