• Pengedar By Negeri
  • REVIEW : Set Bersalin Paling Bagus Sehingga Mak Bidan Ingat Dah Habis Pantang

    Saya memang faham perasaan bila dipuji oleh mak bidan atau jururawat desa yang datang melawat buat home visit. Sebab saya memang pernah alaminya. Kembang setaman juga lah hati ini. Membuktikan apa yang saya amalkan ketika tempoh berpantang tu menunjukkan kesan terbaik.



    Kata pujian pertama dari jururawat desa.

    'Eh baru 6hari rupanya, saya tengok muka berseri je macam bukan orang dalam pantang. Ingatkan bukan emak baby ni..'

    Pelik juga mulanya, orang berpantang perlu kelihatan pucat dan tak bermaya ke? Ini persoalan saya dahulu.

    Rupanya, memang keadaan ibu-ibu berpantang yang tidak 'proper' terutama dari segi pemakanan akan menyebabkan wajah kelihatan lesu, tak bermaya dan seumpama orang sakit kronik.

    Rahsia saya ketika itu adalah, saya telah bersedia dengan 1 set bersalin yang boleh saya kata PALING BAGUS pernah saya gunakan. Saya gunakannya secara konsisten dan disiplin, dan tidak pernah tertinggal satu hari pun.

    Berbeza dengan set bersalin sebelum ini, banyak kali saya skip sebab risau akan kandungan herba dan rempahnya. Takut beri kesan pada bayi yang menyusu. Bila tak konsisten, maka kesannya tidak dapat dirasai secara optimum.

    Tapi sayangnya, saya tak sempat ambil gambar masa dalam tempoh berpantang 4tahun lepas. Insya allah, bulan September nanti, saya akan simpan koleksi gambar.

    SET BERSALIN PALING BAGUS.


    Inilah barisan produk yang saya ceritakan diatas. Mari saya ceritakan pula kelebihan satu persatu produk dalam set ini.

    ESP :
    Protin adalah sumber utama untuk proses penggantian dan pemulihan sel tubuh kita.
    Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.

    Membantu perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

    ALFALFA :
    Afalfa adalah sejenis herba yang digunakan sebagai 'milk booster' sejak turun temurun lagi. Selain itu ia berfungsi dan bertindak sama seperti 'kacip fatimah' untuk membantu sistem peranakan ibu pulih seperti sediakala.
    Selain itu membantu memulihkan sembelit dan mengecutkan urat ibu bersalin

    OSTEMATRIX :
    Pil kalsium yang lengkap dengan magnesium dan gabungan beberapa mineral seperti boron dan manganese sangat membantu ibu rasa bertenaga dan segar walaupun kadangkala terpaksa berjaga malam kerana bayi tak mahu tidur.

    Pil kalsium ini juga secara tidak langsng membantu melancarkan proses pembuangan air besar maka ibu takkan mengalami sembelit ketika berpantang.


    OMEGA GUARD :
    Minyak ikan gred terbaik ini membantu ibu mengatasi masalah lenguh-lenguh dan kesejukan sendi. Ia juga membantu ibu yang mengalami masalah darah tinggi ketika hamil mendapatkan paras bacaan yang normal selepas bersalin.

    Omega3 juga akan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu untuk terus membantu perkembangan otaknya.

    VITAMIN C :
    Penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
    Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan.

    VITALEA :
    Penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan.
    Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan.

    Tambahan produk yang sesuai untuk ibu yang baru lepas bersalin.

    B-Complex:
    Membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan dan sebagai penenang (anti stress).

    Perlu bagi urat saraf. Orang yang baru sahaja bersalin atau menjalani pembedahan tentunya merasa letih dan lesu akibat dari ubat bius dan pain killer yang diberikan. Jadi mereka memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan.

    Zinc Complex :
    Zink membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman, bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan kerana tujuan sebenar makan ikan haruan adalah untuk mendapatkan khasiat zinc.

    Setiap vitamin yang kami sarankan ini terbukti sangat berkesan untuk wanita.  Jadi kalau nak nampak wajah berseri seri walaupun tengaj  berpantang, jangan lupa masukkan Set Berpantang Shaklee dalam list sambut baby ya.


    Saya boleh COD Set Berpantang ini dengan segera bagi area Shah Alam dan pengeposan ke selurug negara melalui poslaju juga

    Hubungi Lydzar Rusman 0133583424 ya.
    Nak terus daftar keahlian pun best juga. Lepas ni boleh terus nikmati macam.macam benefit menjadi ahli bersama ka