5 Cara Tingkatkan Keintiman Suami Isteri Walaupun Dah Punya Anak

TIADA GHAIRAH SEKSUAL SETELAH ADA ANAK 


Jangan nak sangkal kalau saya kata masalah kurang ghairah seks adalah antara masalah besar suami isteri yang dah ada anak. Ramai pasangan yang menghadapi masalah ini, tapi tak tahu nak rujuk pada siapa, malah selalunya malu nak mulakan bicara tentang cara penyelesaiannya. Nak jumpa kaunselor apatah lagi.

Menurut satu artikel yang ditulis oleh penasihat keluarga di Colorado, salah satu alasan paling kerap diterima 'kami mempunyai anak'. Anak menjadi punca kesukaran suami isteri ini mencipta keghairahan.

Kebiasaannya isteri akan menjadi terlalu sibuk menguruskan hal ehwal keluarga, terutama sekali jika mereka adalah ibu berkerjaya. Pagi hingga petang sibuk di tempat kerja, pulang ke rumah terus menggalas tanggungjawab menguruskan keluarga.

Memasak, urusan rumah, keperluan anak dan suami sehingga mereka tiada masa untuk diri sendiri. Anak pula, sejak pulang rumah asyik hendak melekat sahaja dengan ibunya. Dek terlalu penat, dapat sahaja bantal, si isteri terus tenggelam dalam dunia sendiri. Hanya ini masa yang ada untuk berehat.

Begitu juga dengan sang suami, adakalanya bebanan kerja yang terlalu berat menghilangkan fokus mereka untuk keintiman seksual. Yang mereka tahu, balik rumah aku mahu tidur sahaja.


KEINTIMAN SEKSUAL PENTING DALAM RUMAHTANGGA


Tidak boleh dinafikan keintiman seksual adalah sangat penting dalam sesebuah pernikahan kerana ia adalah salah satu cara untuk menzahirkan cinta, sayang dan semangat. Ini adalah satu-satunya lesen penting yang suami isteri boleh gunakan bersama, tetapi tidak dengan orang lain. Hanya anda suami dan isteri merasakannya secara eksklusif. 

Namun, apabila hadirnya anak dalam hidup suami isteri ini, hubungan ini tidak dapat dilakukan secara kerap lagi. Ramai yang menganggap mereka tiada masa khas untuk bersama kerana sibuk menjaga dan menguruskan anak. 

Semakin kurang masa bersama, semakin kurang keinginan untuk melakukan hubungan intim. Pasangan yang tidak memiliki kehidupan seks yang baik, biasanya tidak mampu mempunyai hubungan pernikahan yang sihat.

Dan seringkali ini juga menjadi punca pada perpecahan dan kepincangan sesebuah pernikahan. Cegahlah sebelum parah. Anak adalah pengikat kasihsayang, jangan fitnah mereka menjadi punca perpisahan anda pula.


5 Cara Tingkatkan Keintiman Suami Isteri Walaupun Dah Punya Anak


1) Adakan Jadual 'Me-Time' Bersama

Aturkan 'date' bersama pasangan. Mungkin 2 minggu sekali anda boleh hantar anak-anak ke rumah ibu bapa atau pengasuh supaya anda boleh menikmati masa hanya berdua. 

Lakukan apa sahaja yang anda berdua suka bersama. Menonton wayang, meronda-ronda bersama, beriadhah, makan malam bersama. Terpulang.

Hubungan anda, suami dan isteri sama pentingnya. Hargai pasangan dan berbicaralah selalu dengan pasangan supaya mereka tidak rasa dipinggirkan.

2) Yakinkan Pasangan Anda, Cinta Dan Kasih Hanya Untuk Dia

Jangan tak tahu, mungkin terbit perasaan cemburu si suami atau isteri terhadap layanan anda kepada anak. Mungkin pasangan terasa, anda terlalu lebihkan anak. Semuanya anak! Hingga apa yang dia perlukan tidak dilayan.

Rasa tak logik, kan? Kalau tak percaya, cuba tanya pasangan anda. Kalau dia tak mengaku, perhatikan sahaja reaksinya apabila disoal.

Pasangan anda juga prioriti. Sambil melayan anak, tak salah jika anda curi-curi masa untuk memberi perhatian pada pasangan juga. Suami yang cemburu pada anak memang memerlukan layanan seperti anak anda juga. Baby besar gitu :)

3) Beri MesejCinta Supaya Dia Tak Sabar Nak Berjumpa Di Rumah

Dengan keriuhan jerit pekik anak-anak dirumah, waktu privasi untuk anda suami isteri di kamar tidur mungkin hampir ZERO. Jadi jangan sia-siakan waktu berjauhan diwaktu siang untuk saling merangsang rindu. Berikan mesej-mesej cinta anda sepanjang hari,  atau tinggalkan catatan mesra di wallet pasangan supaya mereka tidak sabar-sabar nak balik dan berjumpa di rumah 

Nota cinta yang membuat pasangan semakin rindukan anda

4) Jadilah Kreatif

Sekali lagi, kehadiran anak-anak akan membataskan aktiviti seks spontan anda berdua. Keadaan bukan seperti dahulu lagi anda boleh berpelukan dan bercumbu didepan tv. Adat dan adab orang melayu membataskan kita untuk berbuat demikian. 

Namun, anda dan pasangan boleh jadi kreatif mengenai bila dan dimana untuk menikmati masa peribadi bersama tanpa disedari anak-anak. Be creative!

5) Terlalu Letih Bukan Alasan Untuk Tidak Menikmati Seks

Walaupun hakikatnya benar anda memang letih, tapi sanggupkah anda menolak permintaan pasangan untuk bersama. 
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا دَعَا الرَّجُلُ اِمْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا اَلْمَلآئِكَةُ حَتىَّ تُصْبِحَ
“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri enggan sehingga suami marah pada malam harinya, malaikat melaknat sang isteri sampai waktu subuh.” (HR. Bukhari: 11/14)
Inilah satu perkara yang paling ditakuti. Anda boleh mengatasi masalah letih dengan mengamalkan pemakanan yang baik.

Minum susu atau ambil pil kalsium sebelum tidur untuk rasa bertenaga serta ambil kapsul Vitamin E agar libido sentiasa berada di paras yang baik. Anda boleh pastikan kedua-duanya sekali mengamalkan cara pemakanan yang sama.

Kehidupan lazim pasangan suami isteri memang akan berubah seiring dengan penambahan ahli keluarga, namun kualiti masa intim suami isteri sepatutnya tidak berubah terlalu drastik.

Jangan biarkan kepenatan membelenggu malam anda

Semoga 5 tips ringkas ini membantu anda mengembalikan ghairah seks anda dengan pasangan. Prestasi suami dalam kerjaya juga selalu dikaitkan dengan kepuasannya dalam hubungan cinta bersama isteri.

Kongsikan tips ini jika ianya bermanfaat. :)

Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424