UA-56349233-1
Showing posts with label Mealshake. pregnant. Show all posts
Showing posts with label Mealshake. pregnant. Show all posts

Pemakanan yang sihat ketika hamil

Keputusan double-line UPT memang menggembirakan setiap pasangan yang 'expecting' kehadiran seorang bayi dalam rumahtangga mereka. Begitu juga dengan saya dan suami setiap kali melihat hasil positif bagi setiap ujian UPT yang saya buat.

ALHAMDULILLAH, syukur Ya Allah saya telah diberi peluang untuk mengandung sebanyak 3 kali.

Malahan rezeki saya juga, setiap kali mengandung, saya tidak berdepan dengan kerenah morning sickness yang menyiksakan.


Rasa letih dan penat adalah perkara biasa bagi setiap wanita yang mengandung lebih-lebih lagi bila sudah memasuki fasa trimester terakhir. Nak angkat kaki pon rasa malas je. Maklumlah dah berat :)

Saya nak kongsikan panduan pemakanan yang sihat semasa mengandung dalam entry ini. Ianya juga berdasarkan pengalaman saya ketika mengandung dahulu.


1) Segera ke klinik untuk pengesahan kehamilan dan mengambil bekalan asid folik.
Asid folik sangat penting ketika di awal kehamilan kerana ia berfungsi membantu kita dalam mengurangkan risiko  kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang. Pembentukan tiub nueral anak anda berlaku dalam minggu awal kehamilan.Tiub neural ini membentuk otak dan saraf tunjang. Kecacatan pembentukkan tiub neural ini dipanggil spina bifida dan anencephaly.

Tahukah anda B-Complex dan Vitalea membekalkan asid folic yang cukup bagi wanita mengandung sepanjang kehamilannya.

2) Makan sedikit tapi kerap.
Cara ini sesuai digunakan oleh wanita yang mengalami morning sickness. Supaya perut sentiasa terisi dan mengelakkan rasa mual dan pedih ulu hati.

3) Amalkan pemakanan yang seimbang.
Lengkap dengan karbohidrat, protin, lemak dan fiber.  Ini kerana pemakanan kita berkait rapat dengan kesihatan bayi. Jika pemakanan dijaga, ia boleh menjadikan kita sebagai individu yang sihat, malahan bayi yang dikandung juga bakal menjadi seorang individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

 4) Elakkan beberapa kategori makanan yang boleh memudaratkan bayi:
  • Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan “bercendawan” seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.  
  • Alkohol dan kafein
  • Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur

5) Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai. 

Vitamin dan mineral tambahan adalah satu jaminan untuk membantu memenuhi keperluan nutrien seorang ibu mengandung. Tanya pada Doktor tentang keperluan vitamin dan mineral antenatal anda.

 

Beberapa jenis vitamin dan mineral yang perlu dititikberatkan ketika sedang hamil adalah

Vitamin D : Terdapat kajian dari seorang ahli Ginekologi Jerman bahawa Vitamin D pada ibu hamil berguna sebagai antibodi untuk melawan penyakit tertentu. Manfaat ini turun akan dirasakan oleh bayinya nanti.

Zat Besi : Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan mengelakkan masalah Anemia dikalangan ibu hamil.

Kalsium Magnesium : membantu sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem muskular berjalan dengn lancar. Kalsium magnesium sangat penting semasa berada di trimester ketiga dimana pertumbuhan sistem skeletal bayi berada di waktu kemuncaknya.

Vitamin yang sesuai bagi wanita hamil yang berdepan dengan masalah diabetes, diabetis kehamilan, anemia.

Jadi kepada semua ibu hamil, perhatikan apa yang anda ada dipinggan anda. Pastikan ianya adalah berkhasiat bagi memenuhi keperluan nutrisi badan ibu sendiri, dan jangan dilupa anak didalam kandungan bergantung sepenuhnya pada apa yang ibu makan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Shaklee MealShake - untuk yang sukar menelan pil

Kakak sulung saya sedang mengandung anak ketiganya. Kesian dia setiap kali pregnant, dia akan mengalami alahan yang agak teruk. Pregnant kali kedua dulu, terpaksa ambil unpaid leave sebulan sebab dia memang tak larat nak bangun. So balik kampung duduk dibawah jagaan emak.

Dia ada bertanya saya, apa yang boleh kembalikan tenaga dia dalam fasa alahan ni. Saya cadangkan dia ambil set J1, set untuk ibu mengandung. Tapi malangnya dia tak boleh langsung nk menelan pil-pil tu semua. Jadinya walaupon dah lebih 2 minggu set J1 sampai ketangan, set itu masih elok tak berusik. 

Saya cadangkan pula Mealshake. Nak tau apa dia Mealshake?

credit

1. Kalori

Ada 120 kalori dalam Meal Shake Shaklee. Jika anda membuat 'shake' dengan susu rendah lemak, kalorinya sekitar 240 kalori. Jika anda mencampurkan mealshake dengan 'whole milk' anda akan mendapatkan kalori sekitar 330 kalori.

2.Lemak

Mealshake Shaklee hanya mengandungi 0.5 g lemak , sebelum ditambah susu. 

3.Karbohidrat

Ada 23gm karbohidrat  dalam 1 / 4 cawan Mealshake. Untuk satu bahagian mengandungi 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Mealshake. Apabila susu ditambah, tahap karbohidrat dan gula akan meningkat.

4.Protein

Untuk 1 / 4 cawan,  campuran Mealshake mengandungi 7gm protein. Selepas anda mencampurkannya dengan susu, kandungan protein akan meningkat secara signifikan. Dalam beberapa kes, akan berlipat ganda, bergantung pada jenis susu anda tambah.


5.Vitamin

 Mealshake mengandungi 12 vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, anda akan mendapatkan ,  25 peratus vitamin A, 30 peratus vitamin B6, 20 peratus vitamin B12, 30 peratus vitamin C, 10 peratus vitamin D, 35 peratus vitamin E, 30 peratus daripada thiamin, 10 peratus riboflavin, 35 peratus niacin, 35 peratus folat, biotin 35 peratus dan 30 peratus asid pantotenat.


6.Mineral

Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake. Untuk satu hidangan, anda akan mendapat  20 peratus kalsium, 35 peratus daripada besi, 15 peratus daripada fosforus, 25 peratus daripada magnesium, 30 peratus zinc, 35 peratus daripada selenium, 35 peratus copper, 35 peratus manganese dan 35 peratus molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.

Read more: http://www.livestrong.com/article/278984-shaklee-shakes-nutrition-information/#ixzz1MIGRlAzf


Mealshake Shaklee bukan hanya boleh di ambil oleh org dewasa, malah boleh di minum oleh kanak-kanak. Saya juga bercadang nak belikan anak-anak saya Mealshake ni utk bantu mereka meningkatkan selera makan.

Campurkan sahaja Mealshake di dalam minuman or makanan yang anak-anak  gemari..

Ibu yang menyusu pon boleh ambil MealShake. 

Ingin dapatkan Mealshake? Hubungi saya sms/call 012-3103787 atau emel saje di lydzar@gmail.com untuk dapatkan harga istimewa :)