UA-56349233-1
Showing posts with label Set Hamil. Show all posts
Showing posts with label Set Hamil. Show all posts

Ibu Hamil : Kepercayaan Keliru Yang Wajib Diperbetulkan

Jom saya kongsikan beberapa kepercayaan masakini yang sebenarnya tanpa rujukan dan fakta yang jelas, jadi sebaiknya ianya perlu diperbetulkan.

1. Ibu hamil perlu makan untuk dua orang.
Tahukah anda, amalan ini sebenarnya hanya akan menyumbang kepada kenaikan mendadak pada tubuh si ibu.

Ibu hamil sepatutnya mengenalpasti dan menitikberatkan pemakanan yang seimbang agar tubuh si ibu dan janinnya mendapat kesemua zat dan vitamin daripada makanan tersebut, bukannya menggandakan amaun makanan yang diambil.



2. Bahaya ibu hamil tidur mengiring.
Ada yang berpendapat jika ibu hamil tidur mengiring, akan mengakibatkan janin terlilit tali pusat dan dibimbangi janin akan tercekik.

Sebenarnya keadaan ini tiada kaitan dengan cara si ibu tidur. Sesungguhnya Allah telah menciptakan cairan amnion (air ketuban) di dalam rahim ibu untuk melindungi janin. Ciptaan agung cairan amnion ini dijamin dalam keadaan kukuh, selamat dan aman untuk bayi.

3. Ibu melihat pemandangan buruk akan memberi kesan kepada rupa janin yang dikandung.
"Jangan tengok cerita hantu / cerita seram"
"Jangan tengok wajah orang yang buruk"
"Jangan tengok binatang yang buruk"

Ini antara pesan orang-orang tua masyarakat kita, ditakuti pemandangan buruk ini akan mempengaruhi wajah bayi atau lebih senang di panggil 'terkenan'.

Senang cerita, ini adalah khurafat yang tidak jelas asalnya.

4. 'Scan' bayi terlalu kerap boleh membahayakan bayi.
Jangan risau ye ibu, kerana fungsi peralatan 'scan' adalah untuk memastikan dan mengesan keadaan kehamilan yang betul dan kaedah pengawasan (monitoring) terhadap kesihatan ibu dan bayi sahaja.



5. Hubungan suami isteri membahayakan janin yang dikandung.
Sesungguhnya hubungan intim tiada peringatan untuk dihindari ketika si isteri sedang hamil dan ianya tidak bahaya jika dilakukan dengan profesional.

6. Menyusukan ketika hamil membahayakan bayi didalam perut.
Memang ramai ibu yang sedang menyusukan anak terdahulu mula mengambil keputusan untuk menghentikan penyusuan serta merta apabila mereka mendapat tahu mereka hamil lagi. Sesungguhnya si ibu wajar meneruskan penyusuan anaknya sekalipun sedang hamil kecuali setelah mendapat pengesahan dari Doktor.


Jika anda sedang mencari vitamin untuk tempoh kehamilan, ini adalah antara yang saya cadangkan.

Set Hamil Shaklee


Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Facebook
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head
Latest post: Jika anda seorang perokok, Jika anda isteri kepada seorang perokok, Jika anda anak kepada seorang perokok, Jika anda seorang ibu bapa kepada seorang perokok, Jika anda se...
  Like · Comment · Share

Vitamin buat bayi dalam kandungan besar?

Biasa dengar tak, kakak-kakak kita yang hamil dulu cakap;

"Tak nak lah makan vitamin doktor bagi ni, nanti baby saya besar. Susah nak beranak!"

Dulu saya tak faham pun. Mungkinla sebab tak tau macamman asal kejadian dan apa didalam kandungan tu kan. Dan waktu saya memasuki fasa kehamilan, tahun 2007 dulu, memang saya mula buat info searching tentang vitamin dan kehamilan. Apa yang saya jumpa waktu tu adalah, vitamin membantu pembentukan janin dengan lebih baik dan sempurna. Tak ada pulak saya jumpa fakta bayi akan besar bila makan vitamin.

Dan waktu anak pertama dulu, doktor berikan saya pil kalsium sebesar peluru, itu pun sanggup saya telan demi kebaikannya untuk anak saya. Yang kecik-kecik dari klinik kerajaan tu, seteguk air je saya telan semua sekaligus.



Faktor yang mempengaruhi 'bayi besar'

Menurut thread perbincangan kebidanan, antara faktor utama yang menyebabkan saiz bayi menjadi besar adalah keturunan. Sama ada ibu atau ayahnya mempunyai saiz yang besar, berkemungkinan, anaknya juga bersaiz besar.

Gestational Diabetes atau diabetes ketika hamil juga merupakan salah satu faktor utama bayi besar.

Dan kenaikan badan ibu ketika mengandung juga boleh mempengaruhi saiz badan bayi

Kenapa sebenarnya makan suplemen ketika mengandung?

Fungsi vitamin secara asasnya dapat menampung ruang kekosongan dan lompong vitamin yang tak dapat tubuh kita serap daripada makanan sebenar. Penjagaan makanan dan pengambilan suplemen perlu dititikberatkan kerana kita dikatakan 'berkongsi' segalanya dengan bayi kita di dalam kandungan.

Kalau bayi dah ambil nutrisi untuk ibu, apa pula yang tinggal untuk dirinya?

Bila dh tak cukup 'zat', ibu akan dapati tubuh badannya mula keletihan, lesu dan tak bermaya, sakit-sakit pinggang, tidak ceria dan pelbagai lagi masalah lain.
Sebab itu lah doktor sendiri pun menyarankan kita ambil suplemen ketika mengandung.
Jangan risau, ia bukan punca utama bayi anda besar.

So jangan lah takut untuk ambil vitamin atau suplemen ye. Jangan risau, ia bukan punca utama bayi anda besar. Ini adalah demi kebaikan, bukannya nak memudaratkan.

Saya akan advise kawan-kawan atau saudara mara ambil Set Hamil Shaklee. Set yang lengkap untuk keperluan ibu dan bayi sepanjang proses kehamilan. Hasilnya, mereka dapat merasa pengalaman indah hamil dengan sihat.

Set Lengkap Ibu Hamil

Jom kita berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga anak dalam kandungan.
Jangan terpedaya dengan mitos dan sangkaan tidak berasas tentang keperluan vitamin ketika hamil.
 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

ESP : Sumber protein terbaik bagi ibu mengandung dan menyusu.

Wanita yang mengandung dan wanita yang menyusukan anak memerlukan pengambilan protin yang tinggi berbanding wanita yang tidak mengandung dan menyusukan. Pengambilan sarapan high-protein dapat membantu ibu-ibu ini memenuhi keperluan harian mereka, yang mana ianya membantu meningkatkan pengeluaran susu.

 

FAKTA ESP : SUMBER PROTEIN DARIPADA KACANG SOYA


Ye ini adalah kenyataan. Jom lihat apa kata ibu ini.


Sebab itu lah ESP menjadi produk 'wajib ambil' bagi ibu menyusu. Untuk ibu mengandung, khasiat protein ESP mampu membantu ibu mendapatkan kembali berat badan sebelum mengandung dan pastinya kulit anak nnt putih dan gebu tanpa alahan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



Pemakanan Ibu Hamil.

Sebaik mendapat berita, anda disahkan hamil naluri keibuan pasti meningkat,pastinya anda berusaha untuk memberikan terbaik kepada bayi didalam kandungan. Agar hidupnya bermula dgn baik dan potensinya berkembang secara menyeluruh.

Diet sewaktu hamil mempunyai pengaruh yg besar kepada tumbesaran bayi sejak dari dalam.rahim sehinggalah dilahirkan nanti. Apa yg perlu anda lakukan adapah diet yg pelbagai dan seimbang dgn memberi penekanan kpd perkara berikut ;

Protein »» lebih byk sumber protein diperlukan utk.menyokong pertumbuhan dan perkembangan sikecil disamping membina dan memperbaiki tisu-tisu badan seperti uterus dan plasenta anda

Zat penting »» DHA
DHA merupakan asid lemak yg penting utk perkembangan fungsi otak.

Asid folik »» sangat penting pada minggu minggu awal kehamilan. Ia membantu menyokong tumbesaran dan perkembangan si kecil.

Zat besi »» Merupakan komponen hemoglobin dalam sel darah merah yg membawa oksigen ke seluruh bahagian tubuh ibu nuga bayi melalui plasenta. Semasa hamil, darah ibu meningkat sebanyak 50%.

Kalsium »» lebih banyak kalsium diperlukan utk membantu sikecil membina tulang dan gigi yg kuat. Kalsium.akan dipindahkan drpd tulang anda utk membina tulang sikecil sekiranya pengambilan kalsium anda tidak mencukupi.

Vitamin dan mineral lain »» keperluan vitamin A,B,C serta mineral lain seperti selenium dan zinc akan meningkat ketika hamil.

K3S ada menyediakan set vitamin yg lengkap utk ibu hamil. Hubungi saya utk konsultasi dan pesanan.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk masalah kesuburan?

Tak dinafikan kehadiran seorang cahaya mata dalam sebuah perkahwinan akan memberikan lebih seri. Aksi keletah, gelak tawa dan macam-macam ragam seorang bayi lebih merapatkan hubungan suami isteri.

Walaupon begitu, tak semua orang berpeluang untuk hamil dengan segera seperti orang lain. Ada yg telah berkahwin hampir 3tahun pun, rumah mereka masih sunyi dari gelak tawa seorang bayi. Tentunya situasi ini akan memberi tekanan, lebih-lebih lagi pada siisteri..  Ramai yang cuba mengelak daripada bertemu saudara mara sebab takmahu terima soalan "Bila ko nak mengandung ni?"


Memang terdapat pelbagai produk dipasaran yang boleh membantu pasangan bermasalah begini sebagai salah satu usaha. Dan GLA Complex Shaklee jugaboleh diambil kira sebagai salahsatu usaha. Disamping fungsinya yang pelbagai untuk kecantikan dalaman dan luaran seorang wanita, GLA Complex juga mampu membantu dalam aspek kesuburan seorang wanita.

BAGAIMANA GLA COMPLEX MEMBANTU??

Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti --->> Mukus Serviks Putih Telur (Egg White Cervical Mucus)
Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum).

Cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Jika cecair serviks anda tebal, berwarna kecoklatan atau kering, ia boleh menghalang atau mengganggu kesuburan. Ada  sesetengah wanita yang memang sangat kekurangan cairan (kering) dan bermasalah untuk menghasilkan jumlah cecair  serviks yang cukup. Amalan minum banyak air dan pengambilan GLA Complex bakal membantu anda menghasilkan lebih banyak cecair serviks tersebut.

Ini perkongsian dari sahabat kami,


Tujuan utama dia ambil GLA Complex adalah untuk mencantikkan kulit. Tp dia ambil GLA Complex mengikut aturan makan khas yg kami suggestkan untuk mereka yang mahu pregnant. Dan ALHAMDULILLAH, resultnya positif setelah mengamalkannya secara konsisten selama 3bulan.

Jika sudah berjaya mendapat result positif, pengambilan GLA Complex perlu dihentikan kerana ia boleh menyebabkan kontraksi awal yang mungkin merbahaya kepada janin didalam kandungan. 

Apepon, pengambilan ubat, makanan tambahan dan suplement adalah sebagai salah satu usaha. Bagi yang beragama Islam, perlu berbalik kepada fitrah untuk meminta dan berdoa agar dimurahkan rezeki dari pada Allah. Jangan letakkan harapan atau expectation yg terlalu tinggi kerana dikhuatiri anda akan berasa kecewa jika usaha ini tidak berjaya. 


Pemakanan yang sihat ketika hamil

Keputusan double-line UPT memang menggembirakan setiap pasangan yang 'expecting' kehadiran seorang bayi dalam rumahtangga mereka. Begitu juga dengan saya dan suami setiap kali melihat hasil positif bagi setiap ujian UPT yang saya buat.

ALHAMDULILLAH, syukur Ya Allah saya telah diberi peluang untuk mengandung sebanyak 3 kali.

Malahan rezeki saya juga, setiap kali mengandung, saya tidak berdepan dengan kerenah morning sickness yang menyiksakan.


Rasa letih dan penat adalah perkara biasa bagi setiap wanita yang mengandung lebih-lebih lagi bila sudah memasuki fasa trimester terakhir. Nak angkat kaki pon rasa malas je. Maklumlah dah berat :)

Saya nak kongsikan panduan pemakanan yang sihat semasa mengandung dalam entry ini. Ianya juga berdasarkan pengalaman saya ketika mengandung dahulu.


1) Segera ke klinik untuk pengesahan kehamilan dan mengambil bekalan asid folik.
Asid folik sangat penting ketika di awal kehamilan kerana ia berfungsi membantu kita dalam mengurangkan risiko  kecacatan janin, iaitu otak dan saraf tunjang. Pembentukan tiub nueral anak anda berlaku dalam minggu awal kehamilan.Tiub neural ini membentuk otak dan saraf tunjang. Kecacatan pembentukkan tiub neural ini dipanggil spina bifida dan anencephaly.

Tahukah anda B-Complex dan Vitalea membekalkan asid folic yang cukup bagi wanita mengandung sepanjang kehamilannya.

2) Makan sedikit tapi kerap.
Cara ini sesuai digunakan oleh wanita yang mengalami morning sickness. Supaya perut sentiasa terisi dan mengelakkan rasa mual dan pedih ulu hati.

3) Amalkan pemakanan yang seimbang.
Lengkap dengan karbohidrat, protin, lemak dan fiber.  Ini kerana pemakanan kita berkait rapat dengan kesihatan bayi. Jika pemakanan dijaga, ia boleh menjadikan kita sebagai individu yang sihat, malahan bayi yang dikandung juga bakal menjadi seorang individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

 4) Elakkan beberapa kategori makanan yang boleh memudaratkan bayi:
  • Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan “bercendawan” seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.  
  • Alkohol dan kafein
  • Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur

5) Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai. 

Vitamin dan mineral tambahan adalah satu jaminan untuk membantu memenuhi keperluan nutrien seorang ibu mengandung. Tanya pada Doktor tentang keperluan vitamin dan mineral antenatal anda.

 

Beberapa jenis vitamin dan mineral yang perlu dititikberatkan ketika sedang hamil adalah

Vitamin D : Terdapat kajian dari seorang ahli Ginekologi Jerman bahawa Vitamin D pada ibu hamil berguna sebagai antibodi untuk melawan penyakit tertentu. Manfaat ini turun akan dirasakan oleh bayinya nanti.

Zat Besi : Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan mengelakkan masalah Anemia dikalangan ibu hamil.

Kalsium Magnesium : membantu sistem peredaran darah, sistem saraf dan sistem muskular berjalan dengn lancar. Kalsium magnesium sangat penting semasa berada di trimester ketiga dimana pertumbuhan sistem skeletal bayi berada di waktu kemuncaknya.

Vitamin yang sesuai bagi wanita hamil yang berdepan dengan masalah diabetes, diabetis kehamilan, anemia.

Jadi kepada semua ibu hamil, perhatikan apa yang anda ada dipinggan anda. Pastikan ianya adalah berkhasiat bagi memenuhi keperluan nutrisi badan ibu sendiri, dan jangan dilupa anak didalam kandungan bergantung sepenuhnya pada apa yang ibu makan.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head