UA-56349233-1
Showing posts with label Part time business. Show all posts
Showing posts with label Part time business. Show all posts

3 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Buat Duit Dengan Shaklee

Jika anda dah excited sangat nak join jadi ahli Shaklee, dan excited nak mula berbisnes Shaklee bila tengok para SID dok canang betapa bestnya bisnes ni.. anda wajib baca dulu entry saya kali ni. Tidak dinafikan disebalik semua kegembiraan mereka (SID) berkongsi tentang empayar bisnes masing-masing, ada juga sebahagian ahli baru yang mula kecewa apabila apa yang mereka harapkan, tidak tercapai. Dimanakah silapnya, kenapa mereka kecewa ketika SID lain sedang gembira?

Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Buat Duit Dengan Shaklee

1. Over-expectation.
Tahukah anda mereka yang kecewa adalah tergolong dari mereka yang 'over-expect' tentang bisnes Shaklee. Sebaik mendengar Shaklee adalah MLM, mereka mula expect ia adalah skim cepat kaya.
Wow, kalau dah nama skim cepat kaya, boleh la jadi kaya cepat.

Oh tidak. Bisnes Shaklee adalah umpama kita membuka sebuah ladang. Prosesnya panjang, kerjanya banyak dan kadangkala letihnya menguruskan ladang ni. Perlukan kudrat, perlukan semangat, perlukan modal hati, perlukan modal masa, perlukan pengorbanan dan kesungguhan. Kalau tak cukup satu elemen, mungkin bisnes anda akan kandas ditengah jalan, tak pun terkandas sebaik sahaja ia bermula.

Bayangkan anda menanam benih buah anggur diladang anda. Bermula dari proses memilih benih, membuat batas, menanam benih, menyiram, membaja, memastikan tiada ulat makan pucuk-pucuk yang baru tumbuh dan apabila buah mula berbuah, anda perlu juga pastikan tiada serangga datang merosakkannya. Kebun yang dijaga dengan baik, barulah mula menghasilkan buah anggur yang banyak dan lazat.

Jadi, adakah anda expect bisnes Shaklee, bisnes yang membuatkan anda cepat kaya dalam masa 2 bulan?
Saya kaya dalam masa 2 tahun, alhamdulillah just nice ikut expectation saya )


2. Tak Sanggup Berkorban.
Jika anda suka menghabiskan masa  menonton sinetron, menonton rancangan nyanyian realiti, ataupun suka tidur lebih 9jam sehari dan tidak bersedia meninggalkan habit ini walaupun untuk sejam, mungkin anda juga tergolong dalam kategori tak boleh buat duit dengan Shaklee.

Antara pengorbanan besar yang para jutawan Shaklee telah lakukan adalah pengorbanan masa. Mereka sanggup tidak menonton tv, sanggup mengurangkan masa tidur, sanggup mengurangkan masa melayan Newsfeed Facebook demi melebihkan masa membuat sesuatu berkaitan Shaklee. Waktu-waktu inilah mereka gunakan untuk menggali informasi tersedia di business secret group masing-masing, belajar tentang produk dan vitamin, belajar membuat blog, belajar membuat softselling dan sebagainya. Mereka menganggap aktiviti-aktiviti ini sebagai pembunuh masa kerana masa akan berlalu sia-sia tanpa ada sebarang hasil.



3. Suka Menunggu.
Jika anda sukakan kesempurnaan, dan mahu semuanya sempurna baru mahu bermula.
Tunggu anak besar, tunggu pandai bawak kereta, tunggu ada modal, tunggu projek besar di tempat kerja selesai, tunggu ada MacBook Pro, tunggu ada iPhone atau smartphone canggih yang lain, tunggu pindah rumah yang dekat dengan cawangan Shaklee, tunggu itu dan ini, maka anda juga boleh teruskan menunggu sedangkan orang lain dah mula mengecap hasil dan bonus melalui Shaklee sejak lama dulu.

Bisnes Shaklee adalah berkenaan kebolehan kita merebut peluang yang sampai depan mata, dan kebolehan kita beradaptasi dengan segala kekurangan yang kita ada untuk terus maju. Kalau mahu tunggu anak besar, anak umur 1 tahun, tiba-tiba tak sengaja kita mengandung lagi.. nanti anak kedua baru pandai berjalan, termengandung lagi. Jadi, bila pulak anak kita tu nak besar kan? Kecik sokmo la.

Saya sendiri bermula sejak umur anak ketiga saya 3bulan. Dalam masa yang saya saya mempunyai anak berumur 4tahun dan 2tahun. Semuanya masih kecil ketika itu. Tapi saya tak mahu menunggu sebab Allah telah ilhamkan saya untuk mencari seorang mentor Shaklee, maka saya terus mengambil kesempatan ini untuk belajar bersungguh-sungguh tentang bisnes Shaklee.



Ok cukup 3 points sahaja.
Jika anda tergolong dalam 3 jenis yang saya senaraikan ni, terus terang saya katakan, jika anda join jugak untuk berbisnes, peratus kejayaan anda adalah rendah! Jadi, saya nasihatkan anda untuk motivate diri, cari push factor dan buat istikharah sebelum anda approach mana-mana mentor Shaklee, dan sebelum anda diistilahkan menipu upline! hehe

Tapi kalau anda sedang mencari mentor untuk membimbing anda cara makan vitamin dengan baik, anda boleh cari saya. Saya sudi mendaftarkan anda masuk ke empayar RichFamily dan saya akan guide pengambilan vitamin untuk anda dan keluarga.



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424

Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head


Jadi Ahli Shaklee Dengan Group Terhebat Kami

Assalamualaikum semua.

Tahniah kerana anda yang memang sedang tercari-cari group Shaklee terhebat, of course la sebab nak sign up sebagai ahli Shaklee, telah pun terjumpa post saya ini. Sama ada anda mahu jadi ahli sebab nak makan sendiri, atau tengah mencari peluang bisnes secara part time ataupun mencari peluang membuat bisnes dari rumah. Apa juga niat anda, ia telah membawa anda ke blog saya supaya anda dapat apa yg anda cari. Sila baca entry menarik saya ni sampai habis ye.

Insya allah, saya akan ceritakan kenapa anda PATUT jadi ahli Shaklee dengan group hebat kami. Terlalu banyak kelebihan menjadi ahli Shaklee dengan group kami.

BERAPA SEBAB ANDA MAHU?

Mungkin anda mahu 100 sebab kenapa patut sertai group kami untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Tapi sebelum tu, saya nak bawakan anda semua menonton sedikit keratan video sepanjang seminar JomHebat Mega dan pelancaran group iReach yang telah pun diadakan pada 15 Mac 2014 yang lepas. Tentunya salah satu seminar yang anda tak akan lupakan setelah anda keluar dari dewan.




So itu baru sedikit overview ringkas tentang betapa bestnya menjadi ahli Shaklee dengan group kami. Sebenarnya, group saya sendiri iaitu RichFamily adalah salah satu group yang bernaung dibawah group iReach ini. Kami sangat bertuah kerana mendapat bimbingan yang tak pernah putus, tak pernah lapuk dan kami sentiasa diberikan panduan yang up to date tentang selok belok perniagaan Shaklee.

Sebab itu lah kalau anda nk jadi ahli Shaklee, WAJIB pilih kumpulan dan mentor / upline yang benar-benar mampu membantu anda untuk berjaya.

OK, ada lagi gambar yang saya nak tunjuk dekat anda, supaya anda lebih tertarik untuk menjadikan kami sebagai pembimbing anda dalam bisnes Shaklee ini.

Berikut adalah antara aktiviti yang menjadi rutin bulanan kami.

1) Kelas offline pelbagai topik.

jadi ahli Shaklee

Gambar disebelah adalah selepas kelas Gila Gila Blog ini dianjurkan oleh group ASB, salah satu group yang terdiri daripada para suami SID dari group kami sebagai salah satu cara menyokong perniagaan Shaklee para isteri. Ternyata kaum suami lebih advance bila bercakap tentang perkara-perkara teknikal contohnya seperti blog. Dan ternyata perkongsian dari kaum suami ini memberikan banyak input dan impak pada perniagaan Shaklee si isteri. Kerjasama erat setiap pasangan suami isteri tentunya menjadi titik mula bagi setiap kejayaan empayar perniagaan Shaklee mereka.

Suami tak sokong? Tak apa, kerana dalam group kami juga ramai yang bermasalah seperti ini, tetapi akhirnya dengan adanya men-to-men talk seperti ini, lebih ramai suami yang mula membuka mata terhadap bisnes Shaklee.

mentor Shaklee

2) Aktiviti santai Get Together

Ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang telah pun kami adakan bersama group kami. Tak lain tak bukan, tujuannya hanya untuk beramah mesra dan menjalinkan ukhuwah yang lebih erat sesama ahli group kami.

Sambil seronok bermain bowling, dapat juga berkenalan dan menambah kawan baru. Dan yang pasti mereka ini terdiri daripada mereka yang punya sikap positif, mahu maju, suka belajar dan suka explore perkara baru. Apabila berada didalam circle yang positif, saya pasti setiap dari mereka mula membina keyakinan sesama mereka bahawa mereka juga akan berjaya dalam bisnes Shaklee suatu hari nanti.


Ok, teruja tak tengok gambar aktiviti group kami?

Jom kita baca pula senarai panjang, KENAPA ANDA PATUT JADI AHLI SHAKLEE DENGAN KAMI.


  1. Naugan dari beberapa Masters Coordinator : Presidential Master Shareeza, Presidential Master Lyna Noh, Master Lydzar yang penuh informasi, panduan, tips-tips hebat dan sokongan moral secara berterusan. 
  2. Akan dimasukkan kedalam group-group FB, Whatsap tertentu untuk 'coaching online' secara intensif tak mengira masa dan hari. 'Bilik gerakan' kami beroperasi 24jam/7hari seminggu.
  3. Akan didedahkan dengan pelbagai rahsia 'marketing success', informasi tentang produk dan cara pengambilan produk dengan betul agar menjadi seorang Shaklee Independent Distributor yang berwibawa.
  4. Pelbagai aktiviti offline seperti kelas-kelas dengan topik tertentu, seminar motivasi, dan juga gathering santai. 
  5. Selain tu, anda akan dapat pelbagai manfaat sebagai ahli Shaklee secara general seperti
    • Pembelian produk dengan harga ahli
    • Menikmati tawaran promosi bulanan dari pihak Shaklee, apalagi kalau bukan promosi Beli 6 Percuma 1 mana mana produk yang telah pihak Shaklee pilih.
    • Berpeluang mengumpul mata ganjaran (point / uv) dan berpeluang mendapatkan cash back apabila layak. Beli produk dapat balik duit, ofcourse la best.. siapa tak mahu kan?
  6. Dan antara perkara yang anda tak dapat dari group lain adalah access ke iReachWeb, dimana ia adalah salah satu 'pusat sumber' yang memuatkan pelbagai info, ebook, video, entry, panduan makan, panduan memulakan bisnes, motivasi, dan sebagainya.. hanya dengan menyertai kami, anda akan dapat kuncinya. :)
OK, mungkin tak sampai 100 pun sebab yang saya nyatakan dekat sini tapi saya rasa, dengan point-point yang saya dh bagitahu di atas tadi, dah cukup mengujakan anda. Tak perlu 100 pon, tengok video dan gambar pun dah buat hati anda dah melonjak-lonjak riang nak Whatsap no 
013 3583424 ni nak bagi details info untuk sign up, kan? :)



Jangan tunggu lama-lama ye. Kami juga tak sabar untuk menjadi pembimbing dan mentor anda dalam bisnes Shaklee ini. Jika bukan sebab nak bisnes pon, konsultasi produk yang anda ambil, akan tetap berpanjangan. 

Kalau nak tahu apakah step-step nak menjadi ahli Shaklee, sila klik SINI.

Saya adalah pengedar Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari



 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head







Kenangan manis di Shaklee National Conference 2013

Alhamdulillah, selesai dah event yg saya dan SID lain nanti-nantikan. Hari dimana pencapaian kami semua sebagai distributor Shaklee diiktiraf dan diraikan dalam satu majlis.

Bertempat di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel and Spa. Besar sungguh dewan ni dan ianya mampu memuatkan 2500 orang pada satu satu majlis. Alhamdulillah, kami bergerak dari rumah selepas sarapan, dan tiba disana pada pukul 9.30pagi. Terus mendaftar dan dapatkan goodie bag istimewa yang Shaklee sediakan.

Sambil menunggu pintu dewan dibuka, sempatlah saya pegi buat order produk baru Shaklee iaitu CoQHealth. Promosi beli 6 percuma 1 hanya pada hari pelancarannya. Insya allah sedikit masa lagi stok CoQHealth sampai dan anda boleh mula menikmatinya.

Kelihatan sangat ramai tetamu yang hadir. Dan hampir memenuhi dewan adalah golongan wanita Melayu dari group Jutawan. Bangga sangat melihat semangat semua yang mahu meraikan kejayaan masing-masing. Begitu juga dengan saya.

Majlis dimulakan dengan inspiring speech dari orang-orang besar Shaklee iaitu Mr Victor Lim dan Mr Bradford. Diikukit dengan majlis penyampaian hadiah ikut kategori. Dan bersambung pula dengan pelancaran vitamin CoQHealth.

Lunch break pada jam 1. Terima kasih pada semua para Masters geng Jutawan sebab sudi belanja kami makan lunch di Atrium Cafe & Lounge. Pada awalnya memang terpikir-pikir kt mana nak lunch nanti, tiba-tiba waktu bersalam dengan Master Farihah, Master Norita yang berdiri disebelahnya hulurkan saya 2 voucher lunch dan cenderahati.. seronok sangat!


Sesi petang kami dihidangkan dengan perkongsian dari Presidential Master Cery dan Master Law. Sangat-sangat menusuk ke hati dan sangat berbangga melihat kejayaan yang mereka cipta. Insya allah saya akan cuba sehabis baik untuk mencipta sejarah saya juga.

psstt : jom tengok sharing mereka melalui link youtube ini. Dirakam oleh salah seorang member Jutawan :)

Master Cery ->http://goo.gl/6cYCM

Master Law -> http://goo.gl/GPbha

Yang paling menarik dalam majlis gilang gemilang hari tu adalah, dewan dipenuhi dengan keluarga. Anak anak kecil juga memeriahkan suasana dewan, bukan itu sahaja malah mereka pon berpeluang naik pentas bersama ibu bapa. Jarang kita nampak majlis MLM macamni, kan? Yeah, anak-anak adalah inspirasi kami. Mereka lah tunjang dan punca ramai ibu menceburi bidang Shaklee untuk mencari pendapatan sampingan. Maka sebab itu, mereka juga layak naik ke pentas bersama-sama.


Saya selitkan sedikit gambar kenang-kenangan sepanjang majlis berlangsung.

Team Semua.Sihat.Selalu & Richladies, suami dan anak-anak pendokong bisnes Shaklee







Dengan 'anak-cucu; RichLadies & Mr Victor Lim.
Regional General Manager Shaklee South East Asia

Team Starladies
Nadiah
Dengan anak cucu RichLadies & Mr Victor, GM Shaklee
Dengan Mr Bradford, President Shaklee International

My adorable mommy Shaklee, Master Lyna Noh


Beautiful Master Azrin
Nak naik pentas amek kunci besar :)

Atas pentas pulak dengan mommy Shaklee saya :)
Car Bonus Achiever & Senior Coordinator
Alhamdulillah, total of 6 award untuk NC 2013.
Dan Insya allah saya akan usaha sehabis baik untuk letakkan gambar saya dan suami di Hall of Fame ini di National Conference tahun depan.


Sekian kenangan manis buat tahun ini. Kita cipta memori indah untuk tahun depan pulak.

Berminat nak tahu rahsia kejayaan saya bersama Shaklee, boleh hubungi saya untuk more stories dan info ye.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head








Master Celebration : Master Lyna Noh & Master Zainul.

Almost beberapa minggu dah event ni berlangsung. Maaf sangat sebab tak sempat nak update dalam blog Semua.Sihat.Selalu ni.

Alhamdulillah hari ni saya luangkan juga masa untuk type entry pasal ni. First thing, anda semua dijemput untuk menyaksikan vlog disepanjang event ni berlangsung. Special thanks pada Master Hadha dan suaminya yang telah berjaya menghasilkan vlog yang kami nanti-nantikan ni.


Master Lyna Noh dan suaminya adalah upline saya sendiri. Saya kenal beliau melalui blog sejak tahun 2009 lagi. Bermula dengan penulisan beliau tentang penjagaan anak-anak dan penyusuan menjadikan saya tertarik untuk mengikuti blog beliau Mysuperkids.net. Setiap entry blog beliau pasti akan saya baca dan tinggalkan komen disana.

Mula berhubung dengan beliau sewaktu saya teringin nak cuba dan beli set penyusuan Shaklee. Dan bermula tahun 2011, menyerah diri untuk jadi anak didik beliau dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, ternyata inilah jodoh yang Allah telah aturkan untuk kami.

Sepanjang menjadi mentor, beliau memang sangat berdedikasi dan komited terhadap tanggungjawabnya kepada anak-anak didiknya. Dan beliau adalah salah satu ikon peniaga part time yang berjaya sambil bekerja. Walaupun menjadikan Shaklee sebagai business part-time beliau, beliau melakukannya dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya mencapai rank tertinggi dalam bisnes Shaklee iaitu Master Coordinator. Dan semenjak menjalankan beliau dicide untuk menjalankan bisnes Shaklee secara fulltime, lebih banyak aktiviti dan medium coaching yang beliau sediakan walaupun beliau sedang mengembara. Saya tak tau lah mentor orang lain buat macam mana, tapi yang pasti mentor saya memang sangat berusaha untuk bawa anak didiknya berjaya bersama-sama. Online coaching 24/7, Webinar, Mega se

minar, kelas-kelas dalam group Facebook dan Whatsapp..dan sebagainya lagi. Walaupun jarang bersua muka, tetapi semangat dan aura beliau sangat dirasai. Yang pasti, kami anak-didik beliau memang sangat bertuah berada dibawah bimbingan mereka berdua.

TIADA ALASAN, sinonim dengan beliau. Dan kerana TIADA ALASAN inilah yang membawa Master Lyna Noh berada dipuncak kejayaan sekarang. Alhamdulillah. Syukur. Dan semoga satu hari nanti, saya juga akan jadi seperti beliau. Insya Allah

Family Oriented Business : Shaklee di Hati

Yang bertudung hijau, tengah pegang microphone tu, yours truly tau.
Sambil dikelilingi anak-anak riang, saya tengah bersharing tentang Facebook Marketing.

Ye, beginilah cara kami. Walaupun tekun mengerjakan bisnes, anak-anak dan suami akan turut serta tanda sokongan padu mereka. Orang putih kata, family oriented.
Pernah ke tengok mana-mana seminar lain berkaitan bisnes mcm ni?


Ini adalah salah satu keistimewaan kami.
Selain berjuang memperkenalkan produk Shaklee yang memang GAH dan DIPERCAYAI RAMAI, kami juga memperjuangkan hak anak-anak dan keluarga yang memerlukan perhatian kami sebagai wanita terpenting dalam hidup mereka. Bisnes dan family berjalan seiring.

Kerana mereka lah kami semakin bersemangat nak jadi lebih maju dan berjaya dengan bisnes Shaklee. Memikirkan nasib dan keadaan anak-anak yang entah bagaimana bila ditinggalkan pergi kerja. Lagi-lagi dengan pelbagai isu berkaitan anak-anak dengan maid/taska sekarang. Risau nya lah hati ini. Dupdapdup berdebar tak henti


Jadi dalam setiap perjumpaan, kami akan bawa mereka bersama. Biarlah hiruk pikuk dengan jeritan mereka, itulah lagu tema perjumpaan kami. Banyak juga dengar alasan, ibu/wanita berbisnes berat hati nak tinggalkan anak bila kena pergi seminar kan? Jadi, bila dikhabarkan boleh bawak anak dan suami, laju je masing-masing hantar nama untuk pendaftaran. Lagipun seminar macam ni hanya sekali sekala sahaja, selebihnya kami banyak berkomunikasi melalui medium Facebook dan Whatsapp sahaja.

Mudah kan, inilah bisnes yg sangat dekat dihati kami.

Nak jugak bisnes macamni? Part-time boleh, home-based boleh, full-time pon boleh je. Hubungi saya ye..PM/Whatsap/emel semuanya akan dilayan dengan baik sekali.



Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Double Master Celebration!!

Alhamdulillah, semalam berkesempatan kami sekeluarga hadir ke Majlis Gilang Gemilang Double Master Celebration di Hotel Impiana KLCC.

Semangat sangat dapat berkumpul dan menyaksikan penghargaan atas kejayaan mereka yang bersungguh sungguh dalam bisnes Shaklee ni.

Majlis meraikan Master Shareeza dan Master Zuraifah..

Sebak terharu gembira..perasaan bercampur baur apabila MC announce nama Master berdua naik kepentas. Unexplained feeling gitu. Rasa nak menangis pon ada.

Sharing tentang perjalanan mereka dalam bisnes Shaklee turut mengujakan saya. Dalam masa hanya 16bulan mereka dh dapat jejak tangga teratas dalam perniagaan Shaklee dan kekal efektif dengan rank mereka sehingga kini.

Insya allah saya juga akan ambil teladan dari kisah mereka, dan mungkin tak lama lagi saya pula akan di celebrate seperti ini..INSYA ALLAH, permudahkan lah jalan ku Ya Allah. :)


Master Zuraifah (berpurdah) dan suami, Victor Lee (bos besar Shaklee), Master Shareeza dan anaknya.
Bakal Master Lydzar dan bakal Master Noriah with Master Shareeza.
So ada sesiapa yang mahu berjaya macam mereka?? Nak join the bisnes dan mendaki tangga kejayaan dgn saya? JOM SEMUA!!

Hubungi saya untuk tips FREE MEMBERSHIP dan bisnes dari saya..

Kenapa saya pilih Shaklee??

Saje saya nk share pasal ni hari ni.
Rupanya dah masuk bulan ke-9 saya ber-parttimebisnes dengan Shaklee dan bergelar Managing Director of Kedai TripleS.

Alhamdulillah, sejak join saya tak pernah rasa 'kekeringan' duit poket sebab set-set vitamin saya sentiasa ada permintaan. Tambah lagi, tiap 15hb saya akan dapat cash bonus dari Shaklee. 25hb dah pay day :)



Mula-mula sekali saya nak cerita pasal apa saya pilih Shaklee sebagai sumber dan punca pendapatan sampingan saya. Saya tersedar yang saya perlu ada pendapatan sampingan sejak deliverkan Hilda. Sebelum tu, tak pernah kisah pon pasal side income ni. Ye la kan, anak dah bertambah, maknanya yuran taska pon dah bertambah. Begitu juga dengan keperluan lain. Memang kami suami isteri bekerja, tapi jika kami ada extra income, kan lebih bagus.


Saya memang agak takut nk mula berniaga. Macam biasa, tak yakin boleh jual sesuatu. Boleh ke? Laku ke? Skeptikal juga dengan bisnes-bisnes MLM nih, tp boleh pulak terjebak dengan Shaklee. Kenapa ye???

Sebab-sebabnya :


1- Saya yakin dengan keberkesanan vitamin semulajadi Shaklee sejak dari pek pertama saya makan. Badan rasa sihat, segar, tidak letih walaupon bekerja dan berulang alik jauh dari tempat kerja waktu itu. Production susu pon sangat meriah. Saya suka vitamin Shaklee. Ia adalah yang terbaik dari segi kualiti, harga, natural vitamin tanpa kesan sampingan. Paling penting tiada silika gel menunjukkan bahawa ia adalah semulajadi.


2- Upline saya tidak menetapkan target headhunting - tak perlu sibuk sibuk carik downline. Tidak dipush oleh upline utk capai target sales tertentu. Ini bisnes saya, dan saya letakkan target sendiri. But still, upline saya memang bagi banyak sangat guidances, kata-kata semangat dan aura positif untuk saya terus bertahan dalam bisnes ni.


3. Berniaga secara santai dengan medium Internet (blog, FB, emel) sebagai perantaraan. Saya tak perlu potpetpotpet secara live sebab saya sendiri pon bukannya suka bercakap sangat.

4. Banyak bersharing. Sharing kebaikan yang telah saya rasa dari pengambilan vitamin. Bermula dengan vitamin asas untuk breastfeeding, kini saya dh start share lebih banyak produk yang lain.


5. Masa yang flexible. Sambil-sambil buat kerja rumah, saya boleh jawab PM, reply sms, update sharing di FB dan blog dan sebagainya. Tentunya dibantu oleh teknologi Internet dan smart phone.


6. Tak perlu attend class tertentu. Ye lah, kebanyakan MLM kena attend class, buat target tertentu (upline paksa), kadang kelas jauh, waktu tak sesuai, malam dan lain-lain. Kami ada juga buat kelas untuk tambah ilmu marketing, ilmu produk tapi sangat santai dan dalam suasana di rumah aje.

7. Tak perlu beli stok ala-ala stokis. Shaklee ada delivery system yang efficient. Bila ada customer order barang, saya hanya hantarkan emel order tersebut dan buat bayaran ke akaun Shaklee. The next day customer dah terima barang yang dipesan.


8. Saya suka konsep trial pack yang disediakan oleh kumpulan kami. Ini adalah utk memenuhi permintaan rakan-rakan yang mempunyai kekangan wang. Ye lah kan, memang ada orang yg teringin sangat nak beli vitamin, tp nak beli set lengkap fullpack memerlukan kos yang agak besar. Kos besar tapi berbaloi sebab tahan lama. Jadi dgn adanya konsep macam ni, memang dh banyak bantu kawan-kawan yang punya pendapatan kecil.


9. Beli vitamin utk makan sendiri bersama ahli keluarga, Mealshake dan Omega Guard untuk anak-anak, dapat point dan tengah bulan nnt dapat cash bonus. Best kan?

10. Saya berada di dalam kumpulan yang sangat positif auranya. Terasa juga diri sentiasa dekat dgn Yang Maha Memberi kerana kami sentiasa diingatkan supaya berdoa, berusaha, bertawakal dan berserah kepadaNya agar perniagaan kami sentiasa berjaya dan maju.

Haaa panjang lebarnya saya huraikan KENAPA saya suka SHAKLEE.

Ada yang berminat nak sertai kumpulan saya? Hubungi saya untuk maklumat lanjut ye.




Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787

Kelebihan Mendaftar Keahlian SHAKLEE

Since dah ada yang bertanya kepada saya, bagaimana nk jadi ahli dan apakah kelebihannya menjadi ahli, maka saya up kan entry khas ini utk tatapan semua.


Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 859948 sebagai sponsor/upline.


Yuran keahlian Shaklee


Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch).

Keahlian Percuma Shaklee.
Anda boleh mendapatkan keahlian percuma Shaklee, melalui pembelian mana-mana option berikut:
-2 botol Vivix
-3 kotak Collagen Powder
-Mana-mana produk Shaklee bernilai RM650 keatas.

Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee

Sekiranya cuma nak makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian.

Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya 859948 sekiranya anda berhasrat untuk bersama dengan saya (satu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee sendiri.

Apa kelebihan jadi ahli Shaklee

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli (boleh email ke lydzar@gmail.com untuk mengetahui Pricelist Shaklee). Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan.

Dengan menjadi ahli di bawah (menggunakan ID saya 859948 sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head