UA-56349233-1
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts

Suplemen untuk pesakit darah tinggi

Hampir habis training semalam, sempat saya ditanya oleh trainer tentang suplemen yg sesuai untuk orang yg mempunya high blood pressure.

High blood pressure atau tekanan darah tinggi atau juga hipertension adalah berkaitan dengan peningkatan kolestrol dalam badan, dan juga pengoksidaan yang berlaku pada kolestrol dalam dinding arteri yg menyebabkan darah menjadi semakin pekat. Apabila darah menjadi semakin pekat, keadaan ini akan menghalang peredaran darah yang lancar lantas memaksa jantung untuk bekerja lebih keras berbanding biasa.

Kesan dan komplikasi biasa terhadap pesakit darah tinggi:

  • Strok- yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
  • Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
  • Kegagalan jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
  • Kerosakan ginjal
  • Kerosakan mata

 Jenis-jenis darah tinggi :

Hipertensi Primer

Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:
  • Sejarah hipertensi dalam keluarga
  • Kegemukan
  • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
  • Merokok
  • Tekanan yang melampau.

Hipertensi Sekunder

Ia adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:
  • Penyakit-penyakit ginjal
  • Penyakit-penyakit endokrin
  • Disebabkan ubat
  • Kecacatan kelahiran
  • Punca-punca lain.
Cadangan suplemen Shaklee yang sesuai untuk hipertension:

Omega Guard : berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan menghalang pembekuan

Vitamin E: membekalkan selenium yang cukup untuk menghalang kekurangan selenium yg seringkali dikaitkan kepada penyakit jantung.

Lecithin : mengemulsi lemak yang menyumbang pada pembentukan kolestrol.

Garlic Complex: merendahkan tekanan dan mencairkan darah.

Vitamin C : mengekalkan kolestrol sihat. Vitamin C mampu mengurangkan  kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat.

Hubungi saya untuk sesi konsultasi dan order!
----------------------------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


  Lydzar Rusman,
Mobile: 013 3583424
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Darah tinggi dan Fiber Plan Unflavoured


Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer. Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.

TANDA-TANDA
Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal, sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.

KOMPLIKASI
Angin ahmar ( stroke ).
Serangan jantung.
Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
Kegagalan buah pinggang.

SEBAB
Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui. Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:

Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.

Keturunan.
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
Merokok.
Pengambilan berlebihan alkohol, garam.
Kegemukan, kurang senaman.
Stres yang berlebihan.
Diabetes.
Penyakit buah pinggang.
Penyakit adrenal.
Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
Berhenti merokok.
Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol.
Kurangkan pengambilan garam.
Bersenamlah selalu.
Kurangkan stres atau tekanan.
Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
Jika anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi selalulah berjumpa doktor. Mengawal tekanan darah anda akan dapat mencegah terjadinya komplikasi.

PETUA MENCEGAH
Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia anda melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
Jangan merokok
Jauhi alkohol.
Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang basikal dan berjoging.
Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya.
Mengekalkan berat badan yang normal lagi sihat.
 
Apa yang saya boleh syorkan sebagai langkah pencegahan dari awal ialah mengambil supplemen/makanan tambahan iaitu Fiber Unflavored.
 

Menyokong Kesihatan Jantung dan Fungsi Usus yang sihat
Serbuk serat semulajadi yang tidak berperisa sangat kaya dengan Vitamin C dan sesuai dibancuh dengan jus buah-buahan, susu dan minuman yang lain.
  • Setiap hidangan mengandungi 4 g serat larut air
  • Memperbaiki kesihatan jantung*

Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FB Page Kedai Triple-S. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS/CALL 0123103787 atau email ke lydzar@gmail.com.

Kepentingan GLA Complex

 gla complex
Asid lemak Omega-6 adalah dianggap sebagai asid lemak perlu (EFA), yang bererti bahawa mereka adalah penting untuk kesihatan. EFA tidak boleh dibuat di dalam badan dan oleh itu mesti diperolehi dari makanan yang kita makan atau suplemen. Asid gamma-linolenik (GLA) adalah asid lemak yang penting dalam keluarga Omega-6.
EFA yang diperlukan untuk:
  • fungsi otak
  • pertumbuhan
  • kesihatan tulang
  • merangsang pertumbuhan kulit dan rambut
  • metabolisme
  • proses pembiakan
Kekurangan dalam EFA boleh membawa kepada:
  • masalah pertumbuhan
  • ruam bersisik yang dikenali sebagai dermatitis
  • kemandulan
  • kekurangan keupayaan untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan luka
Apakah Omega-6 dan Omega-3?
Kekurangan asid lemak omega-6 amat jarang didapati. Walau bagaimanapun, biasanya diet kita mengandungi omega-6 yang terlalu banyak berbanding dengan asid lemak omega-3. Nisbah omega-3 (EPA) omega-6 adalah kritikal. Omega-6 EFA bertindak sebagai blok binaan bagi prostaglandin, kumpulan bahan-bahan seperti hormon yang mengawal banyak fungsi yang sangat penting badan. Jika ketidakseimbangan ini berterusan sepanjang tempoh masa yang panjang, ia menyumbang kepada penyakit seperti:
  • penyakit jantung
  • kanser
  • asma
  • arthritis
  • kemurungan
Untuk kesihatan optimum dan mencegah penyakit, asid lemak omega-6 harus 1-4 kali lebih banyak asid lemak omega-3. Tapi dalam diet kita biasanya mengandungi 11 hingga 30 kali lebih banyak omega-6 berbanding omega-3!
Asid lemak Omega-6 adalah minyak utama yang terdapat dalam produk minyak murah dan ditambah kepada kebanyakan makanan yang diproses. Untuk membantu memulihkan nisbah yang sihat daripada omega-6 untuk omega-3 , kita harus cuba untuk mengelakkan minyak omega-6 dalam diet dan mengambil  GLA.
Bagaimana mencapai keseimbangan Omega-6 dan Omgea-3?
Diet Mediterranean adalah sangat bagus kerana ia mempunyai nisbah Omega-6 dan Omega-3 yang sangat baik . Diet Mediterranean termasuk:
  • bijirin penuh
  • buah-buahan segar dan sayur-sayuran
  • ikan
  • minyak zaitun
  • bawang putih
  • lean meat, yang tinggi dalam asid lemak omega-6
Terdapat beberapa jenis asid lemak omega-6. Kebanyakan asid lemak  omega-6 dalam makanan kita didapati dalam minyak sayuran sebagai asid linoleic (LA; berhati-hati untuk tidak terkelioru dengan asid alfa-linolenik [ALA] yang merupakan asid lemak omega-3). Asid linoleik ditukar kepada asid gamma-linolenik (GLA) di dalam badan dan kemudian terus dipecahkan kepada asid arakidonik (AA). AA juga boleh dimakan terus dari daging.
LA dan AA yang berlebihan adalah tidak bagus kerana mereka mencetuskan inflamasi yang membawa kepada penyakit yang diterangkan di atas. Walau bagaimanapun, GLA boleh mengurangkan keradangan ini. Kerana GLA yang diambil sebagai tambahan tidak ditukar kepada AA, tetapi sebaliknya kepada bahan yang dipanggil asid dihomogamma-linolenik (DGLA). DGLA bersaing dengan AA dan menghalang kesan-kesan negatif radang daripada AA. Di samping itu, DGLA juga adalah sebahagian dari prostaglandin yang mengurangkan keradangan.
Nutrien tertentu dalam badan (termasuk magnesium, zink, dan vitamin C, B3, dan B6) membantu mempromosikan penukaran GLA kepada DGLA dan tidak kepada AA. Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa semua nutrisi adalah penting.
Fungsi prostaglandin:
  • Pengeluaran steroid
  • Sintesis hormon
  • Keradangan, sakit dan bengkak
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membantu mengawal keseimbangan cecair badan dengan membantu fungsi buah pinggang
  • Mengawal selia pengagregatan pembekuan darah dan platelet
  • Melawan alahan kepada alergen
  • Penghantaran signal ke sistem saraf
Sumber GLA
  • Minyak Primrose
  • Blackcurrent
  • Minyak Borage
Siapa Tidak Perlu Supplement GLA
  • GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.
  • Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.
Siapakah yang memerlukan GLA?
  • Kencing Manis
    • Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis
  • Arthritis
    • GLA boleh menghilangkan sakit sendi, bengkak, dan kekejangan pada waktu pagi.Kajian menunjukkan bahawa menggunakan GLA dan EPA (asid lemak omega-3 daripada ikan dan minyak ikan) bersama-sama akan membantu untuk artritis reumatoid.
  • Payudara fibrocystic
  • Osteoporosis
    • Kekurangan asid lemak perlu (termasuk GLA dan EPA, asid lemak omega-3) boleh menyebabkan osteoporosis. Kajian telah menunjukkan bahawa tambahan GLA dan EPA bersama-sama membantu mengekalkan atau meningkatkan jisim tulang. Asid lemak juga boleh meningkatkan penyerapan kalsium, meningkatkan deposit kalsium dalam tulang, mengurangkan kehilangan kalsium dalam air kencing, meningkatkan kekuatan tulang dan meningkatkan pertumbuhan tulang, semua yang boleh menyumbang kepada jisim tulang yang lebih baik.
  • PMS
    • Sesetengah wanita mendapati gejala-gejala PMS mereka menjadi lega apabila menggunakan GLA. Gejala ini seperti sakit  payu dara dan perasaan kemurungan serta kerengsaan dan pembengkakan rahim.
  • Alahan.
    • Orang yang terdedah kepada alahan mungkin memerlukan lebih banyak EFA dan sering menghadapi kesukaran menukar LA untuk GLA. Malah, wanita dan bayi yang terdedah kepada alahan kelihatan mempunyai tahap yang lebih rendah GLA di dalam susu ibu dan darah.
  • Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD).
  • Ketagihan lkohol.
    • GLA boleh membantu mengurangkan keinginan untuk meminum arak dan mencegah kerosakan hati.
  • Kanser.
  • Tekanan Darah Tinggi dan Penyakit Jantung.
    • Kajian menunjukkan bahawa GLA, sama ada bersendirian atau dalam gabungan dengan dua omega-3 asid lemak yang penting, EPA dan DHA kedua-dua yang ditemui dalam ikan dan minyak ikan, boleh merendahkan tekanan darah dan hipertensi. Bersama dengan EPA dan DHA, GLA membantu untuk mencegah perkembangan penyakit jantung.
  • Ulser.
credit to : Vitaminsemulajadi.com


Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FB Page Kedai Triple-S. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS/CALL 0133583424 atau email ke lydzar@gmail.com.