UA-56349233-1
Showing posts with label stok EBM. Show all posts
Showing posts with label stok EBM. Show all posts

Set Triple M sebagai persediaan EBM dibulan Ramadhan

Entry ini khas untuk para ibu yang sedang gigih breastfeed anak masing-masing. Saya faham, ramai ibu yang mula risau tentang perjalanan penyusuan ketika bulan Ramadhan. Macam-macam perkata muncul dalam kotak fikiran  mereka. Antara perkara-perkara yang kerapkali diRISAUkan oleh mereka adalah:

1. Stok EBM dalam peti semakin susut.
2. Anak tiba-tiba demand tinggi
3. Risau stok yang ada tak dapat tampung keperluan anak.
4. Risau SUSU DROP semasa puasa
5. Risau TAK TAHAN LAPAR sebab mengepam susu
6. Risau KEPENATAN MELAMPAU
7. Risau GASTRIK
8. Risau DEHYDRATE
Tahun ini tahun kedua saya bakal berpuasa sambil breastfeed Hilda. Dari tahun lepas saya dh mula amalkan set lengkap Breastfeeding ini. Tapi dulu bukan isu sebab Hilda masih kecil, dan production susu memang stabil. Peti ais tu sampai tak muat-muat nak letak EBM.
Bagaimana pula dengan puasa tahun ini. Hilda sudah pon berumur hampir setahun 4 bulan sekarang, coming Ramadhan umurnya 1 tahun 5bulan pula. Dan saya masih lagi mengamalkan amalan vitamin Triple M macam dulu. Cumanya kuantiti perahan dah berkurang berbanding tahun lepas seiring dgn pembesaran anak saya. Saya tak risau sebab saya memang ambil nutrisi yang sepatutnya badan saya dapat untuk penghasilan optimum susu ibu.

Anda bagaimana! Buangkan segala kerisauan dan keresahan anda. Bertindak sekarang, ambil Set Triple M, mari mengepam dan mari mengumpul stok EBM!!! Jika kerisauan benar-benar terjadi ATLEAST memang stok EBM tersedia dalam peti ais.

Susu Formula bukan alternatif ye! Kerana kita masih sempat berusaha dalam masa sebulan ini sebelum masukkan Ramadhan. Sebulan untuk mula mengambil Set Triple M dan mula mengepam untuk membuat stok.
Set Triple M

Kenapa Set Triple M Sangat SESUAI untuk ibu menyusukan yang Berpuasa?

**Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
**Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.

1. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

2. Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak. Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat.

3. Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced
.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman,
Mobile: 0123103787
lydzar@gmail.com
http://semuasihatselalu.blogspot.com
https://www.facebook.com/KedaiTripleS
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

Persediaan Stok Susu Beku

Semalam kakak saya sms : "Orang dalam pantang nk pam susu berapa kali sehari?"

Untuk makluman, kakak saya baru saja melahirkan anak ketiganya pada 5 Mac 2012 yang lepas. So hari ni, baby dia baru berusia 4 hari.

Saya reply sms dia : "Time awal pantang ni, pam time baby tidur je. Nanti dah sebulan boleh pam 3 kali waktu siang"

Ye, kakak saya memang bersemangat nk fully-breastfeed anak ketiganya ni. Yang berdua dahulu mix milk. Siang formula, malam menyusu badan.

Kenapa saya advise dia just pam waktu baby tidur je? 


Kerana di awal kelahiran baby, adalah sebaiknya jika para ibu fokus pada penyusuan terus (direct feeding) berbanding fokus untuk membuat stok beku. Fahami dan utamakan rentak penyusuan bayi supaya keperluan bayi sentiasa dipenuhi. Ada bayi yang minum sekejap-sekejap tapi kerap, 1-2jam sekali dia nak menyusu. Ada juga yang bergayut lama sampai 30minit-1jam per feeding session. Jika ibu dah berfikir nak mengepam dan buat stok susu pada waktu ini, dan dapati hasil pumping hanya 1-2oz sahaja, mula lah si ibu panik fikirkan dia tak banyak susu.

Keadaan ini memang normal. Mengepam dapat hasil yang sedikit, sebab bayi sentiasa menyusu. Jadi susu belum terhasil dan memenuhi payudara. Tapi jika si ibu mengepam dgn tujuan untuk meningkatkan stimulasi, ini adalah sangat digalakkan, Memberi banyak stimulasi kepada payudara akan memberikan signal kepada otak, bahawa tubuh badan dan payudara perlu kerap menghasilkan susu demi memenuhi keperluan bayi.

Jadi bila pula waktu terbaik untuk mengepam??

Waktu terbaik untuk mengepam ketika dalam pantang adalah waktu malam 12am-6am kerana pada waktu ini, hormon prolaktin (hormon untuk menghasilkan susu) berada diparas tertinggi. Tapi boleh juga mengepam pada waktu selepas Subuh ketika bayi selesai menyusu.

Saya kongsikan jadual menyusu saya sewaktu berpantangkan Hilda dulu.

30 hari pertama : Bila-bila waktu saya free dan sesudah Hilda menyusu dan tidur. Selalunya saya pam waktu pagi 7am-8am, sebab waktu ni kakak dan abang Hilda belum bangun lagi.


30hari kemudian : berjadual 3 kali sehari mengikut jadual mengepam di opis nanti. Walaupon berselang seli dengan penyusuan terus dari Hilda, saya tetap patuh dengan jadual ini.

Sesi 1 : 8am
Sesi 2 : 11am-12pm
Sesi 3 : 3pm-4pm

Alhamdulillah, start kerja stok EBM dah memenuhi peti ais saya.

Jadi pada semua ibu-ibu baru, fokuskan kepada penyusuan terus bayi dulu ye!

Untuk tempahan, sila isikan BORANG PESANAN di sini. * Sila klik LIKE fanpage kami di facebook "Kedai TripleS FanPage" untuk ikuti pelbagai promosi terkini!!! Salam Sihat, ~ Lydzar Rusman @Kedai TripleS ~ Website : http://semuasihatselalu.blogspot.com FaceBook : Lydzar Rusman Fan Page : Kedai TripleS FanPage Phone : +6012-3103787