Lama juga saya mencari-cari supplement apakah yang dapat mengurangkan penyakit di atas. Sebabnya anak sulung saya pernah di admit ke hospital, diagnose sebagai Bronchitis. Doktor bagitahu yang penyakit ni memang biasa berlaku pada baby terutamanya jika ada sejarah asma dalam keluarga.
Jom kita baca pasal asma.
Credit to
Kak N
Buat pesakit asma mengambil beberapa supplement yang dapat membantu pesakit daripada melalui fasa kritikal asma. Antara supplement tersebut ialah asas,
protien,multivitamin, b complex, vitamin C, beta carotene dan juga zinc. Sekali pandang pastinya anda merasakan banyak namun pada mereka yang ingin mengambil yang khusus sahaja, mereka digalakkan mengambil
vitamin C, vitamin A (Beta Carotene) dan zinc.
Ketiga-tiga supplement ini telah membantu ramai teman saya yang mempunyai asma menjadi lebih sihat dan serangan asma telah berkurang. Apa yang saya pasti antara kesan nyata setelah mengambil supplement ini, pesakit asma akan mengeluarkan lendir yang terperangkap dalam paru-paru pada awal pagi.
Andai diberi pilihan untuk menentukan keseriusan antara dua jenis penyakit, iaitu serangan jantung dan serangan asma, saya pasti ramai yang memilih serangan penyakit jantung. Banyak orang berpendapat, serangan jantung yang tidak dirawat boleh mengakibatkan kematian jika dibandingkan dengan serangan asma yang akut.
Pendapat anda memang tepat, tetapi anda mungkin silap. Hakikatnya, membiarkan penghidap asma mendapat serangan akut tanpa rawatan sebenarnya boleh mengundang maut.
Ini adalah sedikit info yang saya perolehi tentang penyakit asma.
Pakar Perunding Pulmonari dan Penjagaan Kritikal, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia/Global Initiave For Asthma (WHO/GINA), Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai berkata, pandangan yang mengatakan asma adalah penyakit kronik yang tidak mengakibatkan kematian menyebabkan sebahagian besar pesakit asma tidak mengawal penyakit mereka dengan baik. Menurut beliau, kebanyakan penghidap asma hanya mendapatkan rawatan apabila terkena serangan atau menghadapi gejala seperti nafas berbunyi atau sesak nafas. “Biasanya pesakit yang mendapat serangan asma akut akan dirujuk ke Jabatan Kecemasan di mana mereka akan dirawat. Rawatan ini akan mengurangkan gejala sesak nafas tetapi ia tidak dapat merawat masalah asma sepenuhnya,” ujarnya. Amalan rawatan seperti itu menyebabkan ramai di kalangan penghidap asma tidak dapat mengawal penyakit yang mereka hidapi.
Asma atau juga dikenali sebagai penyakit lelah merupakan sejenis penyakit saluran pernafasan yang kronik. Ia dicirikan dengan masalah pada sistem pernafasan yang berulang. Semasa bernafas, udara bebas keluar masuk ke dalam paru-paru. Bagaimanapun, semasa serangan asma berlaku, pernafasan menjadi sukar kerana berlaku pengecutan otot di sekeliling saluran pernafasan.Pada masa yang sama, selaput saluran pernafasan akan mengalami radang di mana kedua-dua unsur ini menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas.
Pada hari ini dianggarkan 200 juta orang di seluruh dunia menghidap asma. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan penyakit diabetes iaitu sebanyak 145 juta orang.
Di kebanyakan negara, asma adalah penyakit kronik yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Menurut Dr. Jeyaindran, dianggarkan 40 hingga 50 kes serangan asma akut dirawat di Jabatan Kecemasan HKL setiap hari. Berbanding dengan serangan jantung, hanya satu atau dua kes sahaja penghidap penyakit itu dirawat di jabatan berkenaan setiap hari.“Oleh kerana jumlah pesakit asma yang terlalu banyak dan risiko kematian rendah, serangan asma akut kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan penyakit jantung.
“Memandangkan serangan jantung boleh meningkatkan risiko kematian sebanyak 80 peratus, maka ia dianggap lebih serius dan mendapat perhatian lebih rapi berbanding asma,” katanya.
Mengikut kajian, seperti juga serangan penyakit jantung, serangan asma akut merupakan masalah perubatan yang perlu diberi keutamaan. Dr. Jeyaindran memberitahu, berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Global Initiave For Asthma (GINA) rawatan asma bergantung pada tahap keseriusannya.
Tahap keseriusan penyakit asma yang dihidapi boleh dikenal pasti melalui gejala- gejala yang dialami pesakit. Ia diukur dengan menggunakan alat aliran puncak. “Setelah mengetahui tahap penyakit itu, jenis ubat dan dos yang perlu diambil dapat ditentukan oleh doktor,” katanya. “Apabila serangan berlaku, pesakit perlu mengambil ubat sedutan biru bronchodilator yang dapat membantu mengembangkan semula otot-otot yang mengecut. “Ubat ini dapat membantu menghilangkan gejala sesak nafas dan nafas berbunyi,” jelasnya. Bagaimanapun, walaupun ubat itu diberi pembengkakan pada saluran pernafasan masih ada. Jika masalah ini tidak ditangani dengan baik, serangan akan berulang.
Sehubungan itu, pesakit memerlukan ubat sedutan steroid berwarna coklat untuk mengurangkan pembengkakan pada otot paru-paru.
Menurut Dr. Jeyaindran, banyak pesakit hanya mengambil ubat-ubatan apabila mereka mengalami gejala asma sedangkan penghidap asma memerlukan rawatan sepanjang hayat dan bukan cuma ketika berlaku serangan asma akut.
Dalam rawatan, jika keadaan pesakit kurang serius, dos ubat-ubatan boleh dikurangkan atas nasihat doktor.
Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua di Malaysia pada 1996 mendapati 4.2 peratus penduduk negara ini menghidap asma.
Kajian itu juga mendedahkan penyakit asma lebih tinggi di kalangan penduduk bandar (4.5 peratus) berbanding penduduk luar bandar (4.0 peratus). “Daripada jumlah itu, 89.1 peratus menghidap asma yang ringan, 8.8 peratus asma yang sederhana, manakala 2.1 peratus asma yang serius. “Jika dibandingkan dengan gejala di Eropah, penyakit asma di sana agak tinggi serius,” jelas Dr. Jeyaindran. Walaupun hanya 2.1 peratus pesakit asma dikategorikan pada tahap yang serius, secara purata pesakit asma mendapat serangan sebanyak 14 kali dalam setahun.
Setiap serangan berterusan selama empat hari. Dalam tempoh itu, pesakit tidak akan bekerja atau ke sekolah selama dua hari. Ini menunjukkan kawalan asma tidak begitu memuaskan. Berdasarkan garis panduan GINA, asma dianggap terkawal apabila:
Pesakit tidak menghadapi gejala-gejala kronik
Pesakit tidak mendapat serangan akut
Tidak memerlukan bronchodilator
Dapat melakukan sebarang aktiviti tanpa masalah.
Gejala
Selama ini gejala asma hanya dikaitkan dengan nafas berbunyi atau jika seseorang mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari.
Sebaliknya, jika pesakit asma kerap batuk sama ada ketika bercakap atau ketawa itu adalah gejala pertama keadaan asma mereka sudah tidak terkawal. Biasanya, batuk itu adalah jenis tanpa kahak.
Punca Asma
Faktor keturunan. Ia merupakan sejenis penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi begitu sensitif dengan alahan-alahan tertentu. Ini termasuklah habuk, debu bunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya.
Dianggarkan 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.
Komplikasi
Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan fungsinya.
Salah faham mengenai Asma
Penggunaan istilah semput yang dikonotasikan dengan asma adalah tidak tepat. Semput tidak semestinya bermakna penghidapnya mengalami asma. Semput boleh berpunca daripada penyakit paru-paru seperti pneumonia, kronik bronkitis, fibrosis atau penyakit jantung seperti lemah jantung dan kekurangan darah (anemia)
Asma bukan penyakit berjangkit
Asma sukar dirawat
Penyakit ini boleh dirawat dengan rawatan tradisional
Gejala asma hanya boleh ditangani dengan alat semburan bronchodilator.
Menguji tahap asma
Anda boleh mengesan sama ada asma anda terkawal atau sebaliknya dalam tempoh 30 saat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada kerana asma selama empat hari atau lebih dalam seminggu?
Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit dada ketika anda terjaga pada waktu malam?
Adakah anda berhenti melakukan senaman kerana asma dalam tempoh tiga bulan lalu?
Adakah anda menggunakan ubat sedutan empat kali atau lebih dalam masa seminggu?
Jika jawapan anda `Ya’ pada salah satu soalan atau lebih yang dinyatakan, penyakit asma anda adalah tidak terkawal. Namun jika anda adalah seorang yang terlalu bergantung dengan ubat maka hidup anda sangat terhad. Secara peribadi dapat saya katakan supplement yang baik dapat membantu anda dari terus bergantung dengan ubat.
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata
Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang
Bestari, Seksyen U5.
Contact me: lydzar humble_head