Tips Kesihatan & kecantikan utk wanita 30-an

Tahun 2011 dah semakin ke penghujungnya. Ada lagi lebih kurang 8hari saja. So bagaimana perjalanan tahun 2011 anda. Semua azam awal tahun dah resolve? Tercapai atau hanya sekadar azam. Heheh harapnya jangan la begitu.

Tahun 2012, umur saya bakal menginjak ke angka 30an. Wahhh! Macam tak caya je! Percaya atau tak, angka memang akan bertambah setiap tahun. Cuma dari sepatutnya saya selarikan angka itu dengan kematangan diri saya juga. Cakap pasal 30an ni, saya nk share Tips berkaitan kesihatan dan kecantikan utk wanita 30an. Wanita ni, even umur 70 pon  masih mahu kelihatan cantik kot!

Jom baca tips ini. Saya ambil dari blog Kak Cery.

1 KAWAL pemakanan. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

2 Guna Pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan.

 
3 Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan. 

 
4 Sentiasa bersenam.Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 

 
5 Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan. 


6 Makanan tambahan. Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

 
7. Elakkan bermekap tebal. Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang. 

 
8. Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang.
source:here

Wahh saya pon perlu mula ikut tips nih sekarang. Umur dah nak masuk 30!!


Malu malu tuan kedai nk tepek gambar dia kt sini hihihi! Ermm at 30 YO, saya dh ada 3 anak, not bad achievment kot. :)


Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FB Page Kedai Triple-S. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS/CALL 0123103787 atau email ke lydzar@gmail.com.