Tips Atasi Bengkak Susu

Bengkak susu sinonim dengan ibu-ibu menyusu yang masih dalam pantang.
Yang sudah habis pantang juga berkemungkinan untuk mengalaminya. Jom kita ambil tahu apa sebenarnya bengkak susu.
Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis. 
credit : Bidan Bersalin

Bagaimana caranya untuk mengatasi bengkak susu?

1) Bersihkan niple dari sebarang punca tersumbat. Pastikan tiada liang/lubang susu yg tertutup. Kita boleh perhatikan mungkin ada sesuatu berwarna putih di liang susu. Gunakan kapas lembut untuk membersihkannya.

2)Tuam breast dengan menggunakan towel panas. Lebih elok jika gunakan botol panas yg dibalut dengan kain nipis kerana suhu panasnya bertahan lebih lama.

3) Urut secara perlahan breast terutama sekali jika anda perasan ada benjolan dimana-mana. Urut secara bulatan dan urut menghala ke arah niple sehingga susu terkeluar. Bila breast sudah agak lembut, boleh minta bayi anda menyusu atau gunakan breastpump utk mengeluarkan susu.

Tips K3S : Boleh juga amalkan BComplex, Vitamin C dan Lecithin utk mengelak dari terkena bengkak susu.

Sila berjumpa Doktor jika simptom bengkak masih tidak dapat diatasi. Doktor akan memberikan antibiotik yang sesuai kepada anda.


Untuk mengelakkan clogged duct:

(1) Pastikan breast dikosongkan sepenuhnya setiap kali sesi perahan.
(2) Jika terasa sakit/ keras di sesuatu area breast yang disebabkan oleh clogged duct, cepat kosongkan breast, buat urutan samaada tuam dengan tuala panas ataupun guna "cold method" 

 (3) Jika cara no. 2 masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu.

credit : anakkuwiraku 



http://semuasihatselalu.blogspot.com


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.

 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head

2 comments:

  1. makin cun lah mommy lydzar nih..hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. ingatkan komen pasal artikel ni...apepon terima kasih atas compliment itu hihihiih

    ReplyDelete