Kepentaingan minum AIR

Hari ni nak share, bukan tentang produk Shaklee. Tapi nak share tentang AIR yang tersangat penting dalam kehidupan harian kita. Mana yang lebih penting, AIR atau Makanan??  Bayangkan adakah anda boleh survive tanpa air?

AIR :

Air tidak mengandungi karbohidrate, protin atau pun lemak. Ia juga tidak mengandungi kalori. Tetapi air adalah satu komponen yang terpenting dalam nutrisi harian kita.

Air boleh didapati juga didalam makanan, contoh buah-buahan dan sayur-sayuran selain diminum secara terus. Air jus yang tinggi kandungan gula akan melambatkan penyerapan air dalam badan. Oleh itu, kawal lah pengambilan air bergula anda.

 AIR DAN KEPENTINGANNYA :

  •  Air membantu menstabilkan suhu badan.
  • Air membantu menbawa nutrien keseluruh organ badan
  • Air menyingkirkan toksin
  • Air adalah sebahagian daripada darah dan juga cairan dalam badan yang lain
  • Air sangat penting sebagai 'joint-lubrication'
 

KEPERLUAN HARIAN :

Manusia memerlukan 2 - 2.5liter air sehari. Dalam suhu atau cuaca yang lebih panas, kita perlukan lebih air untuk mengelak daripada dehidrasi.

BAGAIMANA AIR HILANG DARI BADAN?

  • Dalam urin
  • Melalui peluh
  • Melalui najis
  • Melalui paru-paru

AIR YANG MEMBUAT ANDA TERHIDRAT.
  • Air berkafein
  • Air berkarbonat
  • Energy Drinks tertentu
  • Alkohol
Saya suka sangat berpesan pada semua pelanggan saya untuk mengambil air secukupnya setiap hari, terutama sekali bila makan suplemen. Kerana ia sedikit sebanyak akan membuatkan darah dan liquid dalam badan kita menjadi lebih pekat. Jadi untuk menstabilkan keadaan, kita perlu minum air secukupnya.

Tips minum air : SIP IT, DONT DRINK IT!!

Maknanya minum air sedikit-sedikit tetapi kerap, bukan sekali minum 500ml sekali teguk. Pasti akan akan berulang ke toilet banyak kali kalau amalkan cara kedua :)


----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head