Kenapa BERNIAGA? Kenapa SHAKLEE?

Haaa..tajuk OOT dari tajuk kesihatan. Tapi hari ni nak rambling pasal bisnes sket.

Alhamdulillah, saya kini bukan lagi pekerja orang. Syukur, tercapai hajat bergelar W.A.H.M. Dan memang semua kerja adalah tanggungjawab saya. Alah dulu, masa bekerja sambil berpart-time, lagi banyak kerja saya kena buat. Sekarang sudah banyak legaaaaaa..

Berniaga. Kenapa? Saya suka nk share balik isi story-mori saya dengan kawan saya tadi. Dia pun dalam cabang bisnes. Tapi tak sama dengan saya. Dia baru je pergi course DAO. Tau DAO ni apa? Doktor Azizan Osman. 

Katanya, kata DAO, kalau kita nak stay dalam comfort zone, gaji certain-certain ribu, dapat setiap date tertentu. Lepas gaji bahagi sana sini, bayar hutang..adalah balance sikit untuk dibelanja. Next month cycle yang sama. Tapi biasanya kita akan kerap mengeluh, ditengah bulan terpaksa ikat perut, berbelanja dgn sekatan. And yang paling utama, setiap hari perlu keluar dari rumah seawal pagi dan pulang selewat senja atau pun malam. Inilah comfort zone yang kebanyakan kita rasa.

Tapi saya tak sukakan comfort zone seperti ini. Tak 'selesa' sangat pun. Lagi-lagi bila komitmen bertambah, duit gaji yang hanya certain ribu tu tak mampu dah nak menampung perbelanjaan saya. Saya ni pon bukan lah jenis suka bershopping sakan. Itu pun gaji saya dh tak boleh nk cover. Sebab tu lah saya mula mencari jalan untuk berniaga. Lalu bertemulah saya suatu yang begitu dekat dihati saya iaitu SHAKLEE.

Berniaga. 9 daripada 10 punca rezeki adalah melalui perniagaan. So saya bulatkan tekad untuk berniaga.

Dan kenapa pula saya pilih Shaklee?
Tadi saya dh bagi satu point, sebab ia dekat dihati. Maksud saya, saya memang pengguna dan makan vitamin Shaklee. Saya dh mula berkenalan dan merasai pengalaman dari vitamin Shaklee ni. Alhamdulillah, rezeki allah bagi, susu badan saya banyak selepas saya mula consume vitamin Shaklee untuk penyusuan.

Dan sebab lain. Saya takperlu berhempas pulas memikirkan produk sendiri utk dijual. Kawan saya dan kawan-kawan lain pernah suarakan nak cuba perniagaan baju. Tapi tak mau jual baju ready made sebab mereka ada taste tersendiri. Nak buat ikut design sendiri.
Tapi mereka ada masalah nak carik kain, nak carik tailor, dan sebagainya.

Dengan Shaklee, produknya dh lengkap dengan kajian klinikal, research and development, testing dan pengujian dari pihak ketiga. Dan Shaklee pon dh usahakan utk dapatkan sijil HALAL bagi semua produk yang masuk ke pasaran Malaysia. Dan tugas saya hanya berkongsi kebaikan dan memasarkannya kepada orang ramai di Malaysia ni. Saya boleh fokus pada satu perkara saja. Takperlu nk pikirkan cara nak naikkan nama produk saya sendiri, cara nak handle staf dan sebagainya.

It is very SIMPLE. Sebab tu lah saya pilih SHAKLEE.

Ok tu je nak share. :)