Waktu hamil anak pertama, berat naik konsisten je 2-3-4kg setiap bulan. Total kenaikan berat pon memang banyak. At the end of pregnancy, berat paling tinggi pernah saya capai adalan 74kg. Kenaikan sebanyak hampir 23kg.. Punya lah risau! Dan lepas anak sulung lahir, berat saya tak turun banyak sangat dan saya kelihatan agak berisi masa tu. Saya tak exclusively breastfeed anak masa tu. So kalori tak berapa nak terbakar la kot.
Nasib baik jugalah, utk anak kedua dan ketiga, berat naik dalam ranges 13-16kg. Dan utk anak kedua, saya buat tandem nursing. Susukan anak sulung dan kedua serentak. Masa ni pulak, zaman saya kembali kurus macam masa belum kahwin. Mana taknya, susukan anak 'kembar'. Masa ni tangan saya ni cuma ada sikit je daging dan lemak. Mungkin sebab kalori terbakar lebih cepat setiap kali saya lakukan sesi tandem nursing mereka. Memang senang sangat nak bakar kalor dengan penyusuan susu ibu ni.
Utk penyusuan kali ketiga, saya sertakan dengan suplemen Shaklee. Alhamdulillah berat badan terkawal.
Kenapa ibu menyusu nak berdiet? Lumrah wanita lah kan, nak kelihatan cantik dan menarik. Dalam masa yang sama masih menunaikan hak untuk bayi tersayang. Bagi saya tak salah. Cuma masalahnya, kerapkali ibu yang breastfeed anak ni mudah rasa lapar. Sentiasa rasa nak mengunyah. Haaa.kalau diikutkan sgt hati ni, tercapai atau tak impian nak kurus kembali?
So macam mana diet ibu menyusu? Boleh ke? Mesti la boleh..Ada caranya.
1. Jaga Corak Pemakanan
2. Senaman
3. Diet
General kan?
Ibu yang tak breastfeed anak atau golongan yang berdiet pon perlu ikuti rules ini juga. Jadi dari segi pemakanan, perlulah kita ambil makanan yang seimbang. Cukup karbohidrat, protein dan lemaknya. Ikut bahagian yang disarankan. Kalau nk ikuti diet Shaklee pon bagus juga sebab saya akan selalu menasihatkan anda untuk ambil makanan ikut panduan.
Senaman penting agar tubuh kita sentiasa aktif, kadar metabolisme dalam keadaan normal, dan sentiasa berpeluh untuk mengeluarkan toksin dari badan. Senaman ringkas yang paling kerap saya buat hanyalah lompat bintang atau jogging di taman.
Dan diet pulak, ibu menyusu perlu berhati-hati dengan kadar pengurangan kalori yg hendak dilakukan. Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. So kena tahu dan rajinlah mengira kalori harian kita. Jangan terlebih-lebih, nanti tak kurus. Dan jangan kurang, nanti susu berkurang.
Untuk diet bersama produk Shaklee, cadangan vitamin seperti berikut ;
Lecithin atau Omega Guard : Berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Alfalfa : sebagai serat untuk bantu mengeluarkan lemak yang telah dicairkan melalui proses pembuangan.
ESP : minuman protin yang membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama.
Jadi kalau anda berminat nak berdiet dengan suplemen Shaklee, boleh hubungi saya untuk informasi lanjut dan pesanan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5.
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
|
Contact me: lydzar humble_head