Tips Penyusuan Sukses : Rooming in

Baru siapkan poster ni sebenarnya. Excited! So nak share jugak la kt blog K3S ni. Jom tengok apa dia sebenarnya rooming in.

ROOMING IN:
Rooming in selepas kelahiran bermaksud bayi anda terus tinggal bersama anda dalam bilik yang sama tanpa perlu ditinggalkan di nursery hospital seperti kebiasaannya.

Alhamdulillah, Hospital Kerajaan memang mengamalkan praktis ini.

Dan detik-detik awal penyusuan semasa rooming in adalah detik paling manis saya sebagai ibu kepada ketiga-tiga anak saya :)

Ia memang sangat membantu proses penyusuan awal kami. Walaupun badan terasa letih selepas proses kelahiran, dek kerana excited dengan baby baru, saya biasanya takkan dapat tidur. Asyik nak membelek baby je. And asyik nak suruh dia nenen je. Makumla nak test skill breastfeeding pun ye.  


Set Berpantang


Rooming in ada banyak manfaatnya, termasuklah:

* Bayi kurang menangis dan lebih mudah dipujuk
*Si ibu lebih mudah untuk mengenalpasti 'feeding cues' dari bayinya
*Membantu proses penyusuan berjalan lancar dan membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat.
*Mempastikan penjagaan bayi adalah mengikut kemahuan anda, contohnya tiada pemberian pacifier, botol susu dan sebagainya
* Tiada risiko bayi TERTUKAR!


Ye betul, part mengenalpasti feeding cues tu sangat tepat. Asal baby bergerak dan mulut dia tersua-sua carik breast tu, memang cepat je kita boleh terus susukan dia. Kalau kt nursery, mungkin dia dh menangis dulu baru dapat breastfeed/menyusu.


Sebab ni lah yang akan buat baby jadi fussy. Kehendak dia tidak di attend segera. Bila balik rumah, kita dok ingat dia asyik lapar pulak. Padahal sebenarnya dia dh terbiasa, kena mengamuk dulu baru dapat susu. Kesian baby, kan?


So pada semua ibu yang tunggu waktu kelahiran, make sure anda dh bagitahu pada nurse yang anda mahukan 'rooming in'. Seriously ia sangat membantu. Kalau rasa takut letih tak dapat nak layan kehendak bayi, anda boleh terus mulakan pengambilan set berpantang untuk membuatkan tubuh ibu rasa sihat dan bertenaga

Kongsikan jika anda suka artikel ini. Mungkin ia membantu ibu baru yang lain memahami kehendak asas bayi mereka

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
FanPage : Kedai TripleS
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head