Sembelit ni memang agak menyeksakan walaupun secara luarannya kita tak nampak sakit. Sakitnya masa duduk kt dalam toilet aje lah kan. Dan betapa sengsaranya waktu nak membuang tu, kita aje yang tahu. Pengalaman tengok anak yang sembelit pon dh mengajar mama dia ni tau betapa seksanya dia.
Bukan apa, sebab kadang-kadang sembelit boleh menyebabkan lubang dubur kita sampai terluka akibat proses meneran yang terlalu kuat. Lagi lah sakit lepas tu kan.
Sebelum tu, apakah punca sembelit?
-kurang minum air
-kurang sumber serat atau fiber dalam tabiat pemakanan seharian
-kerap mengambil makanan berlemak dan berminyak
-kesan ubat-ubatan
-wanita mengandung juga sering sembelit kerana keadaan janin yang menekan bahagian usus.
So mari saya kongsikan petua untuk elak atau atasi masalah sembelit.
-Makan makanan yang ada banyak serat seperti beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
-Minum air secukupnya diantara 8gelas sehari. Amalan minum jus prune turun membantu melancarkan sistem penghadaman dan sistem pembuangan. Amalan minum segelas air suam sejurus bangun dari tidur juga didapati sangat membantu mereka membuang dipagi hari.
-Lakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal kerana senaman membantu pergerakan usus besar
-Dan petua dengan produk Shaklee, amalkan 4biji Ostematrix setiap hari sebelum tidur. Terbukti berkesan, Ostematrix atasi masalah sembelit.
Amalkan gaya hidup sihat, pasti perkara sebegini tidak datang kepada kita.
------------------------------------------------------------