Vitamin buat bayi dalam kandungan besar?

Biasa dengar tak, kakak-kakak kita yang hamil dulu cakap;

"Tak nak lah makan vitamin doktor bagi ni, nanti baby saya besar. Susah nak beranak!"

Dulu saya tak faham pun. Mungkinla sebab tak tau macamman asal kejadian dan apa didalam kandungan tu kan. Dan waktu saya memasuki fasa kehamilan, tahun 2007 dulu, memang saya mula buat info searching tentang vitamin dan kehamilan. Apa yang saya jumpa waktu tu adalah, vitamin membantu pembentukan janin dengan lebih baik dan sempurna. Tak ada pulak saya jumpa fakta bayi akan besar bila makan vitamin.

Dan waktu anak pertama dulu, doktor berikan saya pil kalsium sebesar peluru, itu pun sanggup saya telan demi kebaikannya untuk anak saya. Yang kecik-kecik dari klinik kerajaan tu, seteguk air je saya telan semua sekaligus.



Faktor yang mempengaruhi 'bayi besar'

Menurut thread perbincangan kebidanan, antara faktor utama yang menyebabkan saiz bayi menjadi besar adalah keturunan. Sama ada ibu atau ayahnya mempunyai saiz yang besar, berkemungkinan, anaknya juga bersaiz besar.

Gestational Diabetes atau diabetes ketika hamil juga merupakan salah satu faktor utama bayi besar.

Dan kenaikan badan ibu ketika mengandung juga boleh mempengaruhi saiz badan bayi

Kenapa sebenarnya makan suplemen ketika mengandung?

Fungsi vitamin secara asasnya dapat menampung ruang kekosongan dan lompong vitamin yang tak dapat tubuh kita serap daripada makanan sebenar. Penjagaan makanan dan pengambilan suplemen perlu dititikberatkan kerana kita dikatakan 'berkongsi' segalanya dengan bayi kita di dalam kandungan.

Kalau bayi dah ambil nutrisi untuk ibu, apa pula yang tinggal untuk dirinya?

Bila dh tak cukup 'zat', ibu akan dapati tubuh badannya mula keletihan, lesu dan tak bermaya, sakit-sakit pinggang, tidak ceria dan pelbagai lagi masalah lain.
Sebab itu lah doktor sendiri pun menyarankan kita ambil suplemen ketika mengandung.
Jangan risau, ia bukan punca utama bayi anda besar.

So jangan lah takut untuk ambil vitamin atau suplemen ye. Jangan risau, ia bukan punca utama bayi anda besar. Ini adalah demi kebaikan, bukannya nak memudaratkan.

Saya akan advise kawan-kawan atau saudara mara ambil Set Hamil Shaklee. Set yang lengkap untuk keperluan ibu dan bayi sepanjang proses kehamilan. Hasilnya, mereka dapat merasa pengalaman indah hamil dengan sihat.

Set Lengkap Ibu Hamil

Jom kita berikan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga anak dalam kandungan.
Jangan terpedaya dengan mitos dan sangkaan tidak berasas tentang keperluan vitamin ketika hamil.
 
 
----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5

  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head