HB Rendah Ketika Hamil Bawa Maut

Baru je saya bersembang-sembang dengan rakan-rakan Shaklee tentang kehamilan. Salah seorang dari mereka beritahu, sahabatnya baru sahaja pergi mengadap Ilahi kerana komplikasi HB rendah selepas seminggu melahirkan anaknya. Berlaku tumpah darah yang mengakibatkan maut kepada arwah. Innalillahi wainnallillahi roji'un. DaripadaNya kita datang, dan kepadNya lah kita kembali.

HB rendah atau juga dikenali sebagai anemia berkaitrapat dengan paras zat besi yang rendah. Anemia bermaksud kekurangan sel darah merah dan merupakan keadaan yang amat kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil. Sebab utama anemia ialah kekurangan zat besi.


Low HB during pregnancy


Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi.

“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan.

“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,” katanya.

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi.

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari.

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja.

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu.
Artikel : Berita Harian

GEJALA HB RENDAH PADA IBU HAMIL

~Pucat
~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
~Sentiasa rasa pening
~Rasa pitam bila bangun
~Kebas kaki dan tangan
~Degupan jantung cepat

Jadi para ibu hamil perlu ambiltahu jika anda mengalami simptom ini. Jangan anggap ianya hanya keletihan biasa akibat perubahan hormon. Berjumpa dan berbincanglah dengan Doktor anda.

Ini kerana masalah HB rendah atau anemia bakal merisikokan anda dan bayi anda sendiri.

RISIKO HB RENDAH KETIKA HAMIL
  • Keguguran
  • Masa untuk melahirkan lebih lama
  • Perdarahan selepas melahirkan
  • Kelahiran pra-matang
  • Bayi lahir dengan berat rendah
  • Risiko kecacatan bayi
Justeru itu, ibu hamil yang mengalami masalah HB rendah atau anemia perlu mengambil langkah pengawalan dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai untuk masalah anemia. Dan Doktor biasanya akan mengesyorkan pengambilan suplemen pil zat besi tambahan bagi merawat anemia.

Cuba elakkan makanan yang boleh menghalang penyerapan zat besi tetapi perbanyakkanlah makanan yang membantu menaikkan jumlah darah merah dalam tubuh. Terdapat pelbagai jenis makanan sebagai cara untuk menaikkan bacaan HB yang rendah.

Makanan merencat penyerapan zat besi dalam darah

* Teh, kopi, koko, wain merah
* Bayam
* Lemak
* Bijirin. produk soya
* Susu, produk tenusu, kalsium
* Ubatan berunsur keasidan, phytates, phenols
* Magnesium, tetracyclines, thyroxine
 
Makanan membantu penyerapan zat besi dalam darah

* Daging merah, telur kuning, ikan
* Sayuran kecuali bayam
* Salad, buah, jus buah mengandungi vitamin C
* Gula
* Cuka
TIPS BERGUNA:

  • -Ambil vitamin C bersama-sama makanan yang tinggi zat besi. 
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dengan lebih baik. Contohnya, cuba makan ayam panggang, brokoli kukus , dan beras perang. Brokoli kaya dengan Vitamin C dan zat besi anda akan perolehi dari ayam. Atau sarapan dengan roti yang diperkayakan dengan zat besi (iron fortified)  bersama jus oren.
  • Elakkan makanan yang tinggi kalsium apabila memakan makanan yang kaya dengan zat besi.
Kalsium boleh mengurangkan penyerapan zat besi di dalam badan.Contohnya, jangan minum susu selepas makan contoh makanan diatas tadi.
  • Elakkan pengambilan kafein.

High iron food

Bagi ibu hamil yang mahu mencuba produk Shaklee bagi mengatasi masalah HB rendah, saya sarankan pengambilan Vitalea Iron Formula bersama-sama dengan Vitamin C. Sama ada Sustained Release Vitamin C atau Chewable Vitamin C.

Vitamin ini boleh didapati dari Set Ibu Hamil di K3S. Jemput baca tentang Set Ibu Hamil disini. 


So ibu-ibu sekalian, jagalah dan perhatikan tubuh badan anda ketika anda berada didalam fasa hamil ini ye.


---------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5



  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head