Diet Selulit : Makan untuk elak selulit

Cuba check, adakah anda juga mempunyai ini? Inilah yang dinamakan selulit. 
Apakah itu selulit? Selulit adalah permukaan kulit tubuh yang merekah dan berketak-ketak seakan permukaan kulit buah oren. Tak berapa cantik dipandang dan selulit adalah salah satu benda yang paling dibenci oleh kaum wanita. Setuju?


Jadi jika anda mempunya masalah selulit, mungkin anda boleh cuba tips-tips ini.

Tips makanan yang boleh membantu anda melawan selulit: -

• Minum sekurang-kurangnya 2liter air (sebaik-baiknya dengan lemon) setiap hari. Lebih baik jika anda boleh minum secawan air panas dengan limau dengan perut kosong pada waktu pagi. Ia adalah penyahtoksik yang hebat.

• Cuba untuk mengelakkan produk tepung; ini termasuk roti, pasta, produk pastri putih dan beras. Jenis-jenis produk yang akan meningkatkan jumlah gula di dalam darah,
yang membawa kepada pembentukan lemak.

• Elakkan gula-gula, soda dan alkohol. Alkohol merupakan faktor yang menghalang hati (kilang detoksifikasi badan) untuk menjalankan tugasnya.

• Elakkan kentang lecek atau kentang goreng, sebaiknya pilih ulam sayur-sayuran atau salad.

• Cuba elakkan makan selepas 6:00 petang dan jika perlu juga, pilihlah buah-buahan sahaja.

• Pilih salah satu waktu makan anda setiap hari, cuba untuk makan hanya buah-buahan sahaja. Mungkin anda boleh pilih waktu makan malam.

• Kurangkan kafein daripada diet anda.

• Pastikan diet anda mengandungi serat, dalam kuantiti yang mencukupi.

• Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Cuba untuk makan sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Bukan sahaja ia mengandungi nutrien yang sihat, ia juga bertindak sebagai agen antioksida.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang biasanya kaya dengan bahan-bahan ini adalah: beri biru dan beri hitam, ceri, mangga, oren, strawberi dan raspberi, kranberi, anggur, epal, bayam, tomato, lada, lobak merah.

• Ambil sarapan yang konsisten, elakkan gula-gula di waktu makan tengah hari dan makan protein yang berkualiti, terutama dari sumber soya, tenusu, ikan dan ayam.

• Cuba minum jus bit merah. Ianya bermanfaat kerana ia membantu hati untuk mengeluarkan lemak yang disimpan di dalam badan.

• Makan salad saderi. Saderi melawan pengekalan air. Mereka yang mengalami masalah selulit mendakwa ia benar-benar membantu untuk melawan selulit.

• Elakkan makan kerepek dan kacang tanah.

----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head