Cabaran Penyusuan Susu Ibu di Bulan Ramadhan

Ops, saya tahu..belum lagi masuk bulan Ramadhan. Tapi Ramadhan dah tak jauh, kan. Tahun 2013, Ramadhan bermula pada 10 Julai, Insya Allah. Saya yakin ramai ibu yang dh mula mengganti puasa terutama sekali kaum ibu yang melahirkan anak pada bulan Ramadhan tahun lepas. Jangan tak tahu, ada ibu yang nak kena ganti puasa untuk sebulan penuh.

Bagi ibu yang masih menyusukan bayi, dan terutama sekali ibu yang pertama kali dengan experience ini, mesti tertanya-tanya jugak..macam manalah perjalanan penyusuan waktu berpuasa nanti. So untuk merasai pengalaman penyusuan susu ibu di bulan Ramadhan, adalah lebih baik anda mulakan latihan dari sekarang. So that tak terkejut sangat dengan apa yang bakal kita hadapi waktu Ramadhan nanti.

Antara kebimbangan yang biasa ibu menyusu rasakan ketika berpuasa ialah:

1. Stok EBM dalam peti semakin susut.
2. Anak tiba-tiba demand tinggi (growth spurt)
3. Risau stok yang ada tak dapat tampung keperluan anak.
4. Risau SUSU DROP semasa puasa
5. Risau TAK TAHAN LAPAR sebab mengepam susu
6. Risau KEPENATAN MELAMPAU
7. Risau GASTRIK
8. Risau DEHYDRATE


Jadi, adakah ini mitos atau realiti?


Ini adalah pengakuan salah seorang ibu yang mengadu susunya mula merosot apabila beliau berpuasa. Jadi untuk beberapa kes terpencil, kurang susu pada bulan puasa bukan sekadar mitos.

Faktor penyebab susu berkurang ketika ibu sedang berpuasa:

Dehidrasi  : 
Dalam keadaan tidak berpuasa, biasanya ibu menyusu mampu mencukupkan kandungan air dalam tubuh iaitu minimum 2 liter air sehari. Mereka boleh kerap minum air sepanjang hari, tetapi tidak sewaktu sedang berpuasa. Lebih daripada 10jam mereka tidak dapat minum dan keadaan ini mebuatkan tubuh ibu sedikit terkejut akibat kekurangan air. Diketahui, komponen susu ibu adalah air. Maka inilah faktor utama susu kelihatan kurang.

Tidak mengambil sahur :
Ada golongan ibu yang sudah terbiasa dengan gaya hidup bujang iaitu tak bangun sahur dengan anggapan minum air kosong sahaja pun dah cukup. Jangan ibu lupa, ketika menyusukan anak, tubuh memerlukan lebih daripada sekadar air untuk penghasilan susu. Tubuh masih perlu dibekalkan dengan nutrisi-nutrisi penting yang biasa ibu ambil ketika tidak berpuasa. Jika tiada 'bahan', bagaimana tubuh mahu produce susu. Dan akibat tidak bersahur, tubuh ibu akan terasa begitu letih kerana menahan lapar dan dahaga.

Berdiet sambil menyusu anak:
Ada ibu yang mengambil kesempatan untuk berdiet sewaktu bulan puasa dengan harapan, waktu raya nanti tubuh ibu kembali langsing. Ya, tak dinafikan berdiet sewaktu berpuasa memang sangat membantu ibu kembali kurus. Tapi ingat, akibat berdiet Ramadhan juga berkaitan dengan faktor kedua diatas.

Inilah dia tiga faktor utama yang dapat saya kupas dalam entry ni. Kenalpasti puncanya, dan lepas ni kita akan kupas bagaimana untuk berdepan dengan segala kemungkinan penyusuan di bulan Ramadhan. 

Kedai TripleS turut menyediakan BreastMilk Booster untuk ibu yang sedang berjuang mengumpul stok EBM sempena coming Ramadhan. 

Kenapa Set Triple M Sangat SESUAI untuk ibu menyusukan yang Berpuasa



----------------------------------------------------------------------------------------------
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 
 
 
  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head