Master Celebration : Master Lyna Noh & Master Zainul.

Almost beberapa minggu dah event ni berlangsung. Maaf sangat sebab tak sempat nak update dalam blog Semua.Sihat.Selalu ni.

Alhamdulillah hari ni saya luangkan juga masa untuk type entry pasal ni. First thing, anda semua dijemput untuk menyaksikan vlog disepanjang event ni berlangsung. Special thanks pada Master Hadha dan suaminya yang telah berjaya menghasilkan vlog yang kami nanti-nantikan ni.


Master Lyna Noh dan suaminya adalah upline saya sendiri. Saya kenal beliau melalui blog sejak tahun 2009 lagi. Bermula dengan penulisan beliau tentang penjagaan anak-anak dan penyusuan menjadikan saya tertarik untuk mengikuti blog beliau Mysuperkids.net. Setiap entry blog beliau pasti akan saya baca dan tinggalkan komen disana.

Mula berhubung dengan beliau sewaktu saya teringin nak cuba dan beli set penyusuan Shaklee. Dan bermula tahun 2011, menyerah diri untuk jadi anak didik beliau dalam bisnes Shaklee. Alhamdulillah, ternyata inilah jodoh yang Allah telah aturkan untuk kami.

Sepanjang menjadi mentor, beliau memang sangat berdedikasi dan komited terhadap tanggungjawabnya kepada anak-anak didiknya. Dan beliau adalah salah satu ikon peniaga part time yang berjaya sambil bekerja. Walaupun menjadikan Shaklee sebagai business part-time beliau, beliau melakukannya dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya mencapai rank tertinggi dalam bisnes Shaklee iaitu Master Coordinator. Dan semenjak menjalankan beliau dicide untuk menjalankan bisnes Shaklee secara fulltime, lebih banyak aktiviti dan medium coaching yang beliau sediakan walaupun beliau sedang mengembara. Saya tak tau lah mentor orang lain buat macam mana, tapi yang pasti mentor saya memang sangat berusaha untuk bawa anak didiknya berjaya bersama-sama. Online coaching 24/7, Webinar, Mega se

minar, kelas-kelas dalam group Facebook dan Whatsapp..dan sebagainya lagi. Walaupun jarang bersua muka, tetapi semangat dan aura beliau sangat dirasai. Yang pasti, kami anak-didik beliau memang sangat bertuah berada dibawah bimbingan mereka berdua.

TIADA ALASAN, sinonim dengan beliau. Dan kerana TIADA ALASAN inilah yang membawa Master Lyna Noh berada dipuncak kejayaan sekarang. Alhamdulillah. Syukur. Dan semoga satu hari nanti, saya juga akan jadi seperti beliau. Insya Allah