Kenangan manis di Shaklee National Conference 2013

Alhamdulillah, selesai dah event yg saya dan SID lain nanti-nantikan. Hari dimana pencapaian kami semua sebagai distributor Shaklee diiktiraf dan diraikan dalam satu majlis.

Bertempat di Grand Ballroom, Sunway Resort Hotel and Spa. Besar sungguh dewan ni dan ianya mampu memuatkan 2500 orang pada satu satu majlis. Alhamdulillah, kami bergerak dari rumah selepas sarapan, dan tiba disana pada pukul 9.30pagi. Terus mendaftar dan dapatkan goodie bag istimewa yang Shaklee sediakan.

Sambil menunggu pintu dewan dibuka, sempatlah saya pegi buat order produk baru Shaklee iaitu CoQHealth. Promosi beli 6 percuma 1 hanya pada hari pelancarannya. Insya allah sedikit masa lagi stok CoQHealth sampai dan anda boleh mula menikmatinya.

Kelihatan sangat ramai tetamu yang hadir. Dan hampir memenuhi dewan adalah golongan wanita Melayu dari group Jutawan. Bangga sangat melihat semangat semua yang mahu meraikan kejayaan masing-masing. Begitu juga dengan saya.

Majlis dimulakan dengan inspiring speech dari orang-orang besar Shaklee iaitu Mr Victor Lim dan Mr Bradford. Diikukit dengan majlis penyampaian hadiah ikut kategori. Dan bersambung pula dengan pelancaran vitamin CoQHealth.

Lunch break pada jam 1. Terima kasih pada semua para Masters geng Jutawan sebab sudi belanja kami makan lunch di Atrium Cafe & Lounge. Pada awalnya memang terpikir-pikir kt mana nak lunch nanti, tiba-tiba waktu bersalam dengan Master Farihah, Master Norita yang berdiri disebelahnya hulurkan saya 2 voucher lunch dan cenderahati.. seronok sangat!


Sesi petang kami dihidangkan dengan perkongsian dari Presidential Master Cery dan Master Law. Sangat-sangat menusuk ke hati dan sangat berbangga melihat kejayaan yang mereka cipta. Insya allah saya akan cuba sehabis baik untuk mencipta sejarah saya juga.

psstt : jom tengok sharing mereka melalui link youtube ini. Dirakam oleh salah seorang member Jutawan :)

Master Cery ->http://goo.gl/6cYCM

Master Law -> http://goo.gl/GPbha

Yang paling menarik dalam majlis gilang gemilang hari tu adalah, dewan dipenuhi dengan keluarga. Anak anak kecil juga memeriahkan suasana dewan, bukan itu sahaja malah mereka pon berpeluang naik pentas bersama ibu bapa. Jarang kita nampak majlis MLM macamni, kan? Yeah, anak-anak adalah inspirasi kami. Mereka lah tunjang dan punca ramai ibu menceburi bidang Shaklee untuk mencari pendapatan sampingan. Maka sebab itu, mereka juga layak naik ke pentas bersama-sama.


Saya selitkan sedikit gambar kenang-kenangan sepanjang majlis berlangsung.

Team Semua.Sihat.Selalu & Richladies, suami dan anak-anak pendokong bisnes Shaklee







Dengan 'anak-cucu; RichLadies & Mr Victor Lim.
Regional General Manager Shaklee South East Asia

Team Starladies
Nadiah
Dengan anak cucu RichLadies & Mr Victor, GM Shaklee
Dengan Mr Bradford, President Shaklee International

My adorable mommy Shaklee, Master Lyna Noh


Beautiful Master Azrin
Nak naik pentas amek kunci besar :)

Atas pentas pulak dengan mommy Shaklee saya :)
Car Bonus Achiever & Senior Coordinator
Alhamdulillah, total of 6 award untuk NC 2013.
Dan Insya allah saya akan usaha sehabis baik untuk letakkan gambar saya dan suami di Hall of Fame ini di National Conference tahun depan.


Sekian kenangan manis buat tahun ini. Kita cipta memori indah untuk tahun depan pulak.

Berminat nak tahu rahsia kejayaan saya bersama Shaklee, boleh hubungi saya untuk more stories dan info ye.


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Mobile/ WhatsApp :013-3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head








2 comments: