Shaklee Reward : 6 Star National Trip ke Kota Kinabalu

Seronoknya tak terhingga bila dh tiba waktunya untuk kami terbang ke Kota Kinabalu pada hari Sabtu lepas. Saya entitle untuk mendapat 4 tiket, jadi dapatlah bawa suami dan dua orang anak saya bersama ke sana.

Shaklee National Trip







Seawal jam 5.45pagi kami bergerak dari rumah. Singgah sebentar untuk solat Subuh di R&R Dengkil dan sampai KLIA pada jam 7am. Terus mendaftar dan dapatkan tiket juga check in di sana.

Alhamdulillah cuaca baik dan perjalanan lancar sehinggalah kami mendarat di Airport Kota Kinabalu. Disana kami di sambut dengan meriah oleh staf Shaklee dan kru majlis, siap dikalungkan dengan kalungan manik yang tertulis perkataan Shaklee.






Kami terus dibawa ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Bermula lah episod makan seafood kami disana. Selesai lunch kami dibawa ke Muzium Sabah sementara menunggu bilik hotel ready untuk kami check in.


Tempat penginapan kami disana adalah di The Pacific Sutera Hotel. Lihat sahaja view dari bilik kami ni.



What a nice view. Terbentang luas pemandangan lautan dan gunung ciptaan hebat Allah utk dinikmati..Juga pemandangan dijeti penuh bot mewah. Alhamdulillah..dpt connecting room dekat sini. Adalah privacy utk ai & suami..hahaha..Tak sia sia usaha keras kumpul point trip ni cycle lepas.

Petang hari pertama santai untuk aktiviti bebas bersama keluarga atau kawan-kawan. Saya sempat bawa anak-anak ke swimming pool sebab memang itulah antara tempat wajib pergi kanak-kanak ini. :)


En Victor Lim selaku GM Shaklee Malaysia sedang menyampaikan welcome speech kepada semua leader Shaklee yang telah berkerja keras sepanjan cycle lepas untuk menaikkan sales Shaklee dan membimbing semua downline didalam organisasi masing-masing. Seriously, mendidik dan menduplicate anak-anak Shaklee memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi dari setiap leader. 

Bersama business leader dari group Lady&Boss
Dan taraaaa.. ini dia hidangan sepanjang malam tersebut.


Siput tarik adalah hidangan terakhir yang dihidangkan kepada kami. Waktu tu, perut sudah tak mampu lagi nak terima makanan. Kekenyangan!

Next activity adalah aktiviti di Pulau Manukan. Entah berapa bot yang digunakan oleh pihak Shaklee untuk membawa kami kesana. Untuk pengetahun, seramai 190 orang 'qualifier' berada di sana tempoh hari. Sangat ramai, kan?


Gambar di atas, saya bersama dengan Presidential Master Shareeza (Cery Mamafaiz) yang merupakan pengasas kepada group Jutawan. Sepanjang berada disana banyak juga kesempatan saya dapat untuk berborak-borak dengan beliau. Semoga aura Presidential Master terus mengelilingi saya agar saya juga dapat jadi seorang leader yang hebat seperti beliau tak lama lagi.


Gambar bersama dengan suami tak tak henti-henti menyokong dan membantu saya dalam bisnes Shaklee ini. Tanpa beliau, mungkin saya belum dapat pergi jauh seperti hari ini.

Di Pulau Manukan, antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka mengikut kumpulan, acara sea game seperti banana boat, flying fish dan snorkeling. Selebihnya aktiviti bebas.
Sempat juga la dapat sunburn dek cuaca yang panas di sana. 

Kami bergerak pulang ke hotel semula pada pukul 3petang. Berehat dan bersedia untuk 70's Flashback Diner pula. 



Tak sangka sangat GM Shaklee pandai menari hihih.. Tengok aje lah gambar beliau berbaju putih ala Elvis ni. :) 

Dan plg best dalam ucapan dr President Shaklee Mr Bradford ketika diner malam itu, beliau ada mention nama PM Cery sebagai acknowledgement akan kejayaan team Jutawan dalam meningkatkan jualan Shaklee Malaysia. Bravoooo!

Acara terakhir sebelum balik adalah shopping di Pasar Filipin. Cuma masa yang diperuntukkan terlalu sekejap. Jadi tak sempatlah saya nak membelek mutiara yang cantik-cantik yang dijual disana. Hanya sempat beli udang dan ikan kering saja.

Overall, pengalaman berjalan kali ini sangat menarik. Pertama sekali tentunya kerana ianya adalah 6 Star Trip, layanan tip top dan tempat penginapan memang terbaik. Keduanya, ia dihadiri oleh business leader yang mempunyai aura masing-masing yang kuat. Untuk berjaya kita perlu selalu bergaul dengan orang yang berjaya. jadi di majlis seperti inilah kami berpeluang beramah mesra dan bertukar-tukar insight tentang bisnes Shaklee. 

Baru pulang sehari, sudah rindu sama KK. Insya allah, saya merancang untuk datang lagi bersama keluarga pula. Next trip, saya akan pastikan saya akan bersama anak didik RichFamily untuk pergi trip anjuran Shaklee ini.