1. Ibu hamil perlu makan untuk dua orang.
Tahukah anda, amalan ini sebenarnya hanya akan menyumbang kepada kenaikan mendadak pada tubuh si ibu.
Ibu hamil sepatutnya mengenalpasti dan menitikberatkan pemakanan yang seimbang agar tubuh si ibu dan janinnya mendapat kesemua zat dan vitamin daripada makanan tersebut, bukannya menggandakan amaun makanan yang diambil.
2. Bahaya ibu hamil tidur mengiring.
Ada yang berpendapat jika ibu hamil tidur mengiring, akan mengakibatkan janin terlilit tali pusat dan dibimbangi janin akan tercekik.
Sebenarnya keadaan ini tiada kaitan dengan cara si ibu tidur. Sesungguhnya Allah telah menciptakan cairan amnion (air ketuban) di dalam rahim ibu untuk melindungi janin. Ciptaan agung cairan amnion ini dijamin dalam keadaan kukuh, selamat dan aman untuk bayi.
3. Ibu melihat pemandangan buruk akan memberi kesan kepada rupa janin yang dikandung.
"Jangan tengok cerita hantu / cerita seram"
"Jangan tengok wajah orang yang buruk"
"Jangan tengok binatang yang buruk"
Ini antara pesan orang-orang tua masyarakat kita, ditakuti pemandangan buruk ini akan mempengaruhi wajah bayi atau lebih senang di panggil 'terkenan'.
Senang cerita, ini adalah khurafat yang tidak jelas asalnya.
4. 'Scan' bayi terlalu kerap boleh membahayakan bayi.
Jangan risau ye ibu, kerana fungsi peralatan 'scan' adalah untuk memastikan dan mengesan keadaan kehamilan yang betul dan kaedah pengawasan (monitoring) terhadap kesihatan ibu dan bayi sahaja.
5. Hubungan suami isteri membahayakan janin yang dikandung.
Sesungguhnya hubungan intim tiada peringatan untuk dihindari ketika si isteri sedang hamil dan ianya tidak bahaya jika dilakukan dengan profesional.
6. Menyusukan ketika hamil membahayakan bayi didalam perut.
Memang ramai ibu yang sedang menyusukan anak terdahulu mula mengambil keputusan untuk menghentikan penyusuan serta merta apabila mereka mendapat tahu mereka hamil lagi. Sesungguhnya si ibu wajar meneruskan penyusuan anaknya sekalipun sedang hamil kecuali setelah mendapat pengesahan dari Doktor.
Jika anda sedang mencari vitamin untuk tempoh kehamilan, ini adalah antara yang saya cadangkan.
Lydzar Rusman
Shaklee ID : 859948
Call / SMS / Whatsapp : 013 3583424
Contact me: lydzar humble_head