Produk Shaklee Dijamin HALAL

Wah menjadi-jadi fenomena di Facebook semenjak-dua menjak ni. Banyak juga viral berhubung produk lain yang dikatakan tidak halal, dan Shaklee pula ditarik untuk terjebak sama dikatakan tidak halal.
Jangan cepat melatah yer wahai rakyat Malaysia sekalian.

Sebagai pengguna tegar merangkap salah seorang Shaklee Distributor, saya terpanggil untuk sama-sama tampil memberikan penjelasan terhadap isu HALAL yang sedang menjadi viral ketika ini.


Sebelum kita ulas lebih lanjut, perlu diketahui dan perlu maklum, bahawa produk Shaklee yang masuk ke Malaysia dibuat / dikilangkan di US. Sebab itulah, apabila ramai yang tertanya-tanya, kenapa tiada LOGO HALAL JAKIM pada botol-botol produk Shaklee. Dan jawapannya JELAS, kerana produk Shaklee dikilangkan di luar Malaysia iaitu di US. Jadi kalau nak cek sijil halal JAKIM pada produk Shaklee, memanglah tiada. Kerana hanya produk yang dikilangkan di Malaysia sahaja yang boleh menampal logo halal Shaklee pada packaging mereka.

Ini adalah kenyataan dari FB pihak JAKIM.

Shaklee halal

Produk Shaklee yang dibawa masuk ke Malaysia telah pon mendapat pensijilan HALAL daripada ISA. ISA (Islamic Service of America) adalah badan bertauliah yang diiktiraf oleh pelbagai negara dalam proses pensijilan halal produk keluaran negara tersebut.

Ini adalah contoh bagi sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak ISA.
Ketika entry ini ditulis, sijil halal terbaru untuk tahun 2014 masih belum dikeluarkan lagi.


Sijil HALAL Shaklee

Pihak Jakim memang mengiktiraf pelbagai badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara. Tujuannya untuk membantu mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Berikut merupakan senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara.

Anda semua boleh merujuk ke link ini untuk melihat dan kalau boleh print lagi bagus, supaya lebih mudah untuk mengenalpasti dan menggunakannya untuk rujukan jika pergi kemana-mana negara lain nanti

Senarai Badan Islam Yang Diiktiraf Oleh JAKIM

Dan ini pula screenshot bagi pihak ISA yang tersenarai dalam senarai tersebut. Anda boleh jump ke mukasurat 18.

ISA adalah badan yang diiktiraf oleh JAKIM

Berikut adalah panduan yang dikongsikan oleh salah seorang sahabat kami jika anda masih belum berpuas hati dengan penerangan kami tentang HALAL produk Shaklee.

Anda boleh lah mengambil langkah-langkah proaktif yang berikut.

1) Sila email islamicservices@isahalal.org untuk bertanyakan status halal produk Shaklee..Senaraikan mana-mana atau kesemua produk yang dipasarkan di Malysia dan yang anda nak tahu status halalnya.

2) Boleh pastikan juga jika ISA adalah badan yang diiktiraf oleh Jakim. Anda boleh merujuk kepada link ini
Senarai Badan Islam Yang Diiktiraf Oleh JAKIM . Atau anda juga boleh check kat website JAKIM.

3) Boleh buat kesimpulan, sama ada Shaklee ni halal atau tidak.

Jadi, anda tak perlu ragu-ragu tentang produk Shaklee lagi ok.
Makan lah dengan yakin dan berdoa agar vitamin yang dimakan menjadi asbab kesihatan diri dan keluarga dengan izin ALLAH. 

Mencari halal itu fardu
Mencari semulajadi itu Shaklee :)

Saya adalah pengedar sah Shaklee untuk kawasan Subang Bestari dan Kota Damansara


 Lydzar RusmanSHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head