10 Cara Paling Mudah Bakar 500 Kalori Tanpa Perlu Berlapar

KURUS DENGAN CEPAT..

Ini memang expectation paling glamor bagi golongan yang mahu kurus.
Kalau anda lihat iklan 'Turun 5kg dalam masa 1 minggu', adakah ia benar-benar berlaku? Atau ia sekadar mahu melariskan servis atau produk yang dijual?

Sebenarnya KURUS CEPAT tiada dalam kamus diet cara sihat. Ini kerana penjagaan berat badan ideal sebenarnya merangkumi banyak lagi aspek berkaitan seperti ;
  • Makan secara kerap tapi dalam kuantiti yang kecil
  • Pemilihan jenis makanan yang sihat (rendah lemak & kurang gula) setiap kali kita makan
  • Pengambilan serat yang tinggi
Salah satu cara asas dan paling berkesan untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengawal kalori yang masuk ke dalam tubuh kita. Tetapi berapa banyakkah kalori yang kita perlu bakar untuk mendapatkan hasil yang memuaskan?

Jadi jika anda boleh mengurangkan jumlah hidangan disamping senaman yang sesuai, tak mustahil kita boleh bakar 500kalori setiap hari. Dan advantage kepada para ibu menyusu, anda memang telah berjaya membakar lebihkurang 500kalori setiap hari dengan aktiviti penyusuan bayi anda. So kalau boleh, susukan lah anak anda selama yang mungkin :)

Jadi, jom kita cuba tips berikut!

10 Cara Paling Mudah Bakar 500 Kalori Tanpa Perlu Berlapar.



1. GERAKKAN KAKI
Cubalah berjalan setiap kali anda menjawab panggilan telefon, turun naik tangga pejabat, parking agak jauh dari destinasi anda (supaya boleh berjalan) dan pelbagai cara lain. Cara ini boleh membantu anda mendapatkan badan yang langsing dalam masa yang singkat.

2. JANGAN MAKAN DEPAN TV
Terdapat kajian mengatakan apabila kita makan sambil menonton, ia akan menambah kepada 288 kalori. Jadi makanlah dimeja makan ye.

3. GUNAKAN PINGGAN YANG LEBIH KECIL
Jika anda menggunakan pinggan yang besar, anda akan terdorong untuk mengambil banyak makanan dan lauk dan memastikan semua makanan ada dalam pinggan anda (lebih-lebih lagi kalau makan stail buffet). Jadi selepas ini, gunakan pinggan yang lebih kecil kerana ia akan membuatkan makan berkurangan sebanyak 20% - 25 %

4. KURANGKAN MINYAK TERSEMBUNYI
Mengukus, merebus atau memanggang akan menjimatkan 124 kalori bagi setiap sudu besar minyak. Jadi kurangkan makanan bergoreng ye

5. BEKAS KECIL UNTUK SNEK
Jangan sesekali makan snek dari bekas atau kotak asal kerana ia akan membuatkan anda makan sehingga habis. Jadi letakkan snek anda didalam bekas kecil, dan nikmati apa yang ada dalam bekas kecil itu sahaja.

6. KURANGKAN HIASAN SALAD
Memang salad baik untuk kesihatan, tapi terlal banyak iasan salad seperti keju, kacang atau buah-buahan kering akan menambahkan kalori salad tersebut.

7. MULAKAN HARI ANDA DENGAN SARAPAN YANG SIHAT
Setiap kali bersarapan, anda akan mengambil 800kalori atau lebih. Untuk menjimatkan 518kalori, cubalah bersarapan dengan oat atau hirisan pisang dengan kopi.

8. TIDUR YANG CUKUP
Kurang tidur boleh menyebabkan kita cepat berasa lapar. Pastikan anda cukup tidur.

9. KURANGKAN MINUMAN MANIS
Jus buah-buahan yang dicampur dengan gula mempunyai 400kalori. Jadi ambillah jus buah tanpa gula tambahan

10. BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG
Jangan makan sehingga perut anda penuh. Dengarlah isyarat badan bukan melicinkan makanan di dalam periuk!!

Simple je kan tips ni, dan insya allah kalau kita mampu berdisiplin mengikut semua tips tertera, tak mustahil berat badan idaman akan kita dapat dalam tempoh masa yang lebih cepat dari biasa.

Jika anda mahukan alternatif sarapan sihat, mahukan pembakar lemak yang selamat dan banyak manfaat tambahan, saya akan kongsikannya kemudian.

Jadi saya ucapkan GOOD LUCK pada anda semua yang sedang mengawal berat badan dan yang sedang berusaha mendapatkan tubuh yang langsing!

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Kota Damansara dan Subang Bestari, Seksyen U5. 


  Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

SMS / WHATSAP : 013 3583424




Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head