Alhamdulillah, dapat juga masa sedikit untuk saya memorikan kenangan #RMWT ni didalam blog ni.
Sesuatu yang wajib saya memorikan kerana ia juga hasil daripada kerja keras melalui blog ini. Walaupun blog ini lebih banyak perkongsian tentang vitamin, tips kesihatan dan tips kecantikan, tapi sekali sekala saya akan out of topic sedikit untuk selitkan cerita tentang dunia Shaklee saya.
Syukur, hampir 3 tahun berkecimpung dalam dunia Shaklee, akhirnya salah satu anganan di 'Vision Board' saya terlaksana juga akhirnya.
#RMWT bermaksud RichMommy World Tour :)
Di kala orang lain sudah menjejak, paling tidak pun, Indonesia (Bandung la antara yang paling glamor sebagai spot pelancongan), dan Singapore (kerana paling hampir) dengan Johor, saya pula pada usia 32tahun, masih belum pernah jejakkan kaki ke tempat-tempat ini. Sedangkan suami pula, dah habis satu buku passport beliau dicop oleh pihak imegresen negara-negara luar. Singapore, Indonesia, Vietnam, malah beliau dah pernah pergi US sebanyak dua kali. Rezeki beliau kerana dapat ke merata tempat melalui trip bersama kompeni tempat beliau bekerja.
JELES sangat ok!
Itu adalah perasaan yang saya rasa, setiap kali ditinggalkan pergi buat sementara apabila beliau mengikuti trip-trip yang kompeni sediakan atas dasar kerja. Yelah, sambil berjalan, tentunya mereka akan dibawa ke destinasi pelancongan juga. Sedangkan saya hanya mampu melihat gambar-gambar yang beliau ambil di sana. Jadi, saya ambil ia sebagai satu cabaran untuk saya mengerjakan bisnes Shaklee dengan lebih bersungguh-sungguh. Selain trip daripada Shaklee, saya mahu keluar negara bersama dgn keluarga dan anak-anak tanpa kekangan had umur.
Trip Shaklee memang best, tapi masih bersyarat iaitu tidak boleh membawa kanak-kanak berumur 4tahun kebawah. Sedangkan anak bongsu saya berumur 3tahun. So kalau berjalan dengan duit sendiri, maksudnya dengan duit bonus Shaklee bagi, tentunya lebih bebas untuk saya bawa sesiapa sahaja yang mampu saya tanggung.
TRIP #RMWT PERTAMA : JAKARTA - BANDUNG
Saya mulakan dekat destinasi terdekat iaitu jiran kita Indonesia pada bulan May lepas. Tak sangka perjalanan ke sana lebih dekat berbanding perjalanan ke Kota Kinabalu.
Dengan budget lebih kurang 10.3juta rupiah, barulah dapat betul-betul jadi jutawan kan? Hehe.
Ianya merangkumi perbelanjaan membayar kereta sewa, pak supir, parking, tol, sewaan hotel dan makan-makan sepanjang berada di dua bandar ini. Tapi tak termasuk tambang flight lah.
Sebenarnya tujuan kami kali ini lebih kepada tujuan libur dan bershopping. Jadi tidak banyak spot pelancongan yang dapat kami jejaki lagi. Insya Allah, mungkin kami akan kembali di lain masa nanti.
Walaupun sangat singkat, saya masih dapat belajar pelbagai perkara dari mereka.
Sewaktu di Pasar Tekstil Tanah Abang, kelihatan ramai penjual donut dan penjual air yang akan membawa jualan mereka terus kepada orang ramai.
'Ibu haus ibu, mari beli air untuk anaknya..'
Marketing approach sebegini membolehkan mereka terus bersemuka dengan bakal pelanggan sambil memberikan tawaran terhadap jualan mereka. Untungnya jika pada masa itu pelanggan berasa haus, mereka akan terus membeli tanpa banyak soal. Penjual air dan donut ini tahu siapa golongan sasaran mereka. Mana-mana yang kelihatan bersandar seketika dekat palang atau dinding, pasti akan dihampiri oleh penjual air dan donut ini. Dan ketika ibu bapa sedang tawar menawar dengan penjual di kedai, mereka hampiri anak-anak dan memujuk supaya membeli air.
Dan saya juga dapat, rakyat Indonesia memang sangat serasi dengan kerja berniaga. Walaupun sedang berada dijalanraya ketika baru sahaja sampai di Bandung, saya dapati sangat ramai orang yang membawa jualan mereka (kuih, keropok, rokok) sambil mengetuk tingkap kereta yang sedang menunggu giliran untuk jalan. Mungkin ada pemandu yang rimas dengan keadaan begini, tapi inilah antara cara mereka mendapatkan rezeki.
Tak lupa makanan mereka. Walaupun memang ada banyak restoran ayam penyet di Malaysia, ianya tetap tak sama dengan apa yang ada di tempat asal mereka.
Secara asasnya, set nasi seperti ini akan mengandungi nasi, ayam (samada goreng atau panggang), sambal, tauhu dan tempe goreng serta ulam-ulaman. 3 hari kami berada di sana, beginilah hidangan yang kami makan. Memang mengenyangkan dan berat badan pun boleh bertambah-tambah kalau sajian macam ni setiap hari.
Dan untuk acara shopping, tak payah tunjuk lah ye :P
Cuma yang menariknya, Tanah Abang memang syurga tekstil, dan Bandung adalah syurga factory outlet. Memang sakit kaki berjalan dekat semua shopping spot, tapi yang peliknya tak rasa penat. :P
INSYA ALLAH, sesi #RMWT ini akan diteruskan lagi di masa akan datang dengan destinasi lain pula.
Inilah dia trip tajaan sendiri bersama bonus Shaklee. Yang pasti saya dapat bawak suami dan semua anak-anak saya tanpa perlu ditinggalkan