UA-56349233-1
Showing posts with label RMWT. Show all posts
Showing posts with label RMWT. Show all posts

Pengalaman #RMWT : Seronoknya Tengok Gunung Kinabalu dari Kundasang

Ini cerita bulan lepas, termasuk dalam kategori #RMWT sebab ianya acara berjalan-jalan makan angin. Seronok kan makan angin. Ini kali kedua saya ke Kota Kinabalu selepas FREE Family 6 Star Trip dengan Shaklee tahun lepas. Kali ni masih atas sebab urusan Shaklee, tapi kami sambil menyambil melawat kakak suami yang dah lama tinggal di Kota Kinabalu.

Tujuan utama nak ke Kota Kinabalu sebenarnya nak attend Majlis Master Celebration rakan Master saya, Master Aya Chalo. Tapi kami decide untuk memanjangkan tempoh berada di KK. So kami pun beli tiket pergi pada hari Jumaat dan pulang kt Subang pada hari Isnin. Sempatlah ambil sedikit masa untuk ziarah keluarga kakak ipar saya di sana.

HARI PERTAMA, TIBA DI KOTA KINABALU.

Kami minta tolong rakan suami menghantar kami ke airport KLIA2 untuk memudahkan urusan dan untuk menjimatkan kos bayaran parking di KLIA2. Kali terakhir kami parking di KLIA2 pada bulan May lalu, kos untuk 4 hari 3 malam hampir mencecah RM200. So kali ni kita buat budget cut sikit, kawan pandu kereta kami, dropkan kami dan beliau bawa pulang kereta ke rumahnya. nanti balik kita caling-calling aje lah kalau dah sampai.

Kami sampai di Airport Terminal 2 KKIA, dah hampir gelap. Jimatkan lagi kos, kakak ipar datang fetch kami di sana dan terus pulang ke rumahnya, Dalam perjalanan pulang, sempat juga singgah di sekolah lama Master Aya (Sekolah Menengah Sains Sabah), tempat kerja kakak ipar sebab kakak ipar nak ambil gitar.

tips jimat parking di KLIA2
Aksi anak syurga di KLIA2

HARI KEDUA KAMI KE KUNDASANG.

Seperti plan asal, pagi pagi kami dah bersiap untuk ke Kundasang. Jauh juga, perjalanan ambil masa 2 jam. Tak tahu nak buat apa selain berborak, ramai-ramai tidur kecuali driver. Hehe. Kesian biras saya.
Jom layan sikit gambar kami dekat tempat-tempat menarik dekat Kundasang tu.

1. Pekan Nabalu.
Singgah ke toilet dan ambil gambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang ditutup awan.

Spot ambil gambar dari Pekan Nabalu
2. Check in di Homestay Sinurambi. Jalan agak sesak, rupanya ada acara Climbathon dan Pesta Kobis sedang berlangsung. Kami tak sempat pun turun dan melihat-lihat di Pesta Kobis tu, terus sahaja cari tempat untuk lunch. Tak sangka boleh pulak terserempak dengan Ainul & keluarga, yang turut bertujuan nak datang Majlis Master Celebration Master Aya.


3. Bagi ikan gigit kaki di Sungai Moroli, Kampung Luanti.
Geli sangat tau bila badan ikan yang licin ni berlaga dengan kaki kita. Ikan ikan ni sangat alert, asal ada je orang masuk ke air, terus dikerumun. Nak mintak makanan lah tu. 







Geli okey! Ikan ikan ni agak rakus mengejar makanan. Menariknya ikan ikan ni tak lari pun ke kawasan lain di sungai ni. Mungkin area ini sdah dipagar oleh pemilik pusat rekreasi ini. Tak boleh berlama-lama sangat pun di dalam kawasan ini, kami diberi peluang hanya dalam 15-20 minit sahaja. 

4. Ladang Sabah Tea.
Singgah sekejap je untuk minum petang. Memandangkan semua orang masih kenyang dengan lunch tadi, kami memilih 1 jug besar air teh sabah pandan.Kemudian terus bergerak balik ke homestay memandangkan hari dah petang dan hampir gelap.

Awal awal pihak restoran dah sound, jangan sibuk sangat dengan phone okay!
 Tiada sebarang aktiviti malam pun di sini. Tambah lagi di homestay yang kami sewa tak sediakan tv. Alahai agak bosan. Walaupun dalam kebosanan sempat jugalah saya sibuk sibuk buat order Vitamin C. Tiba tiba aje hari tu pihak Shaklee annouce ada promosi Beli 6 Percuma 1 sempena pelancaran Shaklee Hq, di The Pinacles. Walaupun jauh beribu batu, sempat juga saya grab beberapa set promosi ni. Well, nak kata, memang mudahnya bisnes Shaklee ni.

HARI KETIGA KE MASTER CELEBRATION MASTER AYA DAN SAM.

Kenapa saya suka sangat pergi Majlis MasCel (singkatan bagi Master Celebration) ni?
Sukalah sebab dalam majlis ni akan ada banyak caj-caj positif dan cerita kejayaan yang dikongsi oleh para Master adalah sangat inspiring.

Dan sedikit kasih sayang kami untuk sahabat kami Master Aya Chalo dan suaminya.  Kami sangat rapat sejak trip PERCUMA ke US pada bulan Ogos lepas.


Tahniah Master Aya Chalo dan suami! Kami sayang kamu!

HARI KEEMPAT MASA UNTUK PULANG!

Asalnya nak keluar breakfast, tapi terlajak pula sampai ke Pasar Filipina. Tak sempat pun nak belek belek mutiara, apatah lagi nak tengok udang galah dan lobster frozen. Hanya sempat beli ikan bilis dan udang kering untuk mak dan mertua. Jadilah tu. Memang tak berniat nak shopping apa apa di sini.

Insya allah, kami akan kembali lagi ! Kononnya nak takluk gunung di belakang kami tu.


Jom alami percutian menarik dalam dan luar negara di sponsor khas oleh Shaklee bersama kami.


Sekian, terima kasih


Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.





 Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head



#RMWT : Jelajah Dunia Dengan Bonus Shaklee

Alhamdulillah, dapat juga masa sedikit untuk saya memorikan kenangan #RMWT ni didalam blog ni.
Sesuatu yang wajib saya memorikan kerana ia juga hasil daripada kerja keras melalui blog ini. Walaupun blog ini lebih banyak perkongsian tentang vitamin, tips kesihatan dan tips kecantikan, tapi sekali sekala saya akan out of topic sedikit untuk selitkan cerita tentang dunia Shaklee saya.

Syukur, hampir 3 tahun berkecimpung dalam dunia Shaklee, akhirnya salah satu anganan di 'Vision Board' saya terlaksana juga akhirnya.   #RMWT bermaksud RichMommy World Tour :)

Di kala orang lain sudah menjejak, paling tidak pun, Indonesia (Bandung la antara yang paling glamor sebagai spot pelancongan), dan Singapore (kerana paling hampir) dengan Johor, saya pula pada usia 32tahun, masih belum pernah jejakkan kaki ke tempat-tempat ini. Sedangkan suami pula, dah habis satu buku passport beliau dicop oleh pihak imegresen negara-negara luar. Singapore, Indonesia, Vietnam, malah beliau dah pernah pergi US sebanyak dua kali. Rezeki beliau kerana dapat ke merata tempat melalui trip bersama kompeni tempat beliau bekerja.

JELES sangat ok!

Itu adalah perasaan yang saya rasa, setiap kali ditinggalkan pergi buat sementara apabila beliau mengikuti trip-trip yang kompeni sediakan atas dasar kerja. Yelah, sambil berjalan, tentunya mereka akan dibawa ke destinasi pelancongan juga. Sedangkan saya hanya mampu melihat gambar-gambar yang beliau ambil di sana. Jadi, saya ambil ia sebagai satu cabaran untuk saya mengerjakan bisnes Shaklee dengan lebih bersungguh-sungguh. Selain trip daripada Shaklee, saya mahu keluar negara bersama dgn keluarga dan anak-anak tanpa kekangan had umur. 

Trip Shaklee memang best, tapi masih bersyarat iaitu tidak boleh membawa kanak-kanak berumur 4tahun kebawah. Sedangkan anak bongsu saya berumur 3tahun. So kalau berjalan dengan duit sendiri, maksudnya dengan duit bonus Shaklee bagi, tentunya lebih bebas untuk saya bawa sesiapa sahaja yang mampu saya tanggung.

TRIP #RMWT PERTAMA : JAKARTA - BANDUNG
 

Saya mulakan dekat destinasi terdekat iaitu jiran kita Indonesia pada bulan May lepas. Tak sangka perjalanan ke sana lebih dekat berbanding perjalanan ke Kota Kinabalu. 

Dengan budget lebih kurang 10.3juta rupiah, barulah dapat betul-betul jadi jutawan kan? Hehe.
Ianya merangkumi perbelanjaan membayar kereta sewa, pak supir, parking, tol, sewaan hotel dan makan-makan sepanjang berada di dua bandar ini. Tapi tak termasuk tambang flight lah.

Sebenarnya tujuan kami kali ini lebih kepada tujuan libur dan bershopping. Jadi tidak banyak spot pelancongan yang dapat kami jejaki lagi. Insya Allah, mungkin kami akan kembali di lain masa nanti. 
Walaupun sangat singkat, saya masih dapat belajar pelbagai perkara dari mereka.

Sewaktu di Pasar Tekstil Tanah Abang, kelihatan ramai penjual donut dan penjual air yang akan membawa jualan mereka terus kepada orang ramai.  

 'Ibu haus ibu, mari beli air untuk anaknya..'

Marketing approach sebegini membolehkan mereka terus bersemuka dengan bakal pelanggan sambil memberikan tawaran terhadap jualan mereka. Untungnya jika pada masa itu pelanggan berasa haus, mereka akan terus membeli tanpa banyak soal. Penjual air dan donut ini tahu siapa golongan sasaran mereka. Mana-mana yang kelihatan bersandar seketika dekat palang atau dinding, pasti akan dihampiri oleh penjual air dan donut ini. Dan ketika ibu bapa sedang tawar menawar dengan penjual di kedai, mereka hampiri anak-anak dan memujuk supaya membeli air.

Dan saya juga dapat, rakyat Indonesia memang sangat serasi dengan kerja berniaga. Walaupun sedang berada dijalanraya ketika baru sahaja sampai di Bandung, saya dapati sangat ramai orang yang membawa jualan mereka (kuih, keropok, rokok) sambil mengetuk tingkap kereta yang sedang menunggu giliran untuk jalan.  Mungkin ada pemandu yang rimas dengan keadaan begini, tapi inilah antara cara mereka mendapatkan rezeki.


Tak lupa makanan mereka. Walaupun memang ada banyak restoran ayam penyet di Malaysia, ianya tetap tak sama dengan apa yang ada di tempat asal mereka.

Secara asasnya, set nasi seperti ini akan mengandungi nasi, ayam (samada goreng atau panggang), sambal, tauhu dan tempe goreng serta ulam-ulaman. 3 hari kami berada di sana, beginilah hidangan yang kami makan. Memang mengenyangkan dan berat badan pun boleh bertambah-tambah kalau sajian macam ni setiap hari.


Dan untuk acara shopping, tak payah tunjuk lah ye :P
Cuma yang menariknya, Tanah Abang memang syurga tekstil, dan Bandung adalah syurga factory outlet. Memang sakit kaki berjalan dekat semua shopping spot, tapi yang peliknya tak rasa penat. :P

INSYA ALLAH, sesi #RMWT ini akan diteruskan lagi di masa akan datang dengan destinasi lain pula.
Inilah dia trip tajaan sendiri bersama bonus Shaklee. Yang pasti saya dapat bawak suami dan semua anak-anak saya tanpa perlu ditinggalkan


 Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948
Kedai TripleS (K3S)

lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
Facebook Twitter
Contact me: Google Talk lydzar Y! Messenger humble_head