Ini cerita bulan lepas, termasuk dalam kategori #RMWT sebab ianya acara berjalan-jalan makan angin. Seronok kan makan angin. Ini kali kedua saya ke Kota Kinabalu selepas FREE Family 6 Star Trip dengan Shaklee tahun lepas. Kali ni masih atas sebab urusan Shaklee, tapi kami sambil menyambil melawat kakak suami yang dah lama tinggal di Kota Kinabalu.
Tujuan utama nak ke Kota Kinabalu sebenarnya nak attend Majlis Master Celebration rakan Master saya, Master Aya Chalo. Tapi kami decide untuk memanjangkan tempoh berada di KK. So kami pun beli tiket pergi pada hari Jumaat dan pulang kt Subang pada hari Isnin. Sempatlah ambil sedikit masa untuk ziarah keluarga kakak ipar saya di sana.
HARI PERTAMA, TIBA DI KOTA KINABALU.
Kami minta tolong rakan suami menghantar kami ke airport KLIA2 untuk memudahkan urusan dan untuk menjimatkan kos bayaran parking di KLIA2. Kali terakhir kami parking di KLIA2 pada bulan May lalu, kos untuk 4 hari 3 malam hampir mencecah RM200. So kali ni kita buat budget cut sikit, kawan pandu kereta kami, dropkan kami dan beliau bawa pulang kereta ke rumahnya. nanti balik kita caling-calling aje lah kalau dah sampai.
Kami sampai di Airport Terminal 2 KKIA, dah hampir gelap. Jimatkan lagi kos, kakak ipar datang fetch kami di sana dan terus pulang ke rumahnya, Dalam perjalanan pulang, sempat juga singgah di sekolah lama Master Aya (Sekolah Menengah Sains Sabah), tempat kerja kakak ipar sebab kakak ipar nak ambil gitar.
Aksi anak syurga di KLIA2 |
HARI KEDUA KAMI KE KUNDASANG.
Seperti plan asal, pagi pagi kami dah bersiap untuk ke Kundasang. Jauh juga, perjalanan ambil masa 2 jam. Tak tahu nak buat apa selain berborak, ramai-ramai tidur kecuali driver. Hehe. Kesian biras saya.
Jom layan sikit gambar kami dekat tempat-tempat menarik dekat Kundasang tu.
1. Pekan Nabalu.
Singgah ke toilet dan ambil gambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yang ditutup awan.
Spot ambil gambar dari Pekan Nabalu |
3. Bagi ikan gigit kaki di Sungai Moroli, Kampung Luanti.
Geli sangat tau bila badan ikan yang licin ni berlaga dengan kaki kita. Ikan ikan ni sangat alert, asal ada je orang masuk ke air, terus dikerumun. Nak mintak makanan lah tu.
Post by Lydzar Rusman.
Geli okey! Ikan ikan ni agak rakus mengejar makanan. Menariknya ikan ikan ni tak lari pun ke kawasan lain di sungai ni. Mungkin area ini sdah dipagar oleh pemilik pusat rekreasi ini. Tak boleh berlama-lama sangat pun di dalam kawasan ini, kami diberi peluang hanya dalam 15-20 minit sahaja.
4. Ladang Sabah Tea.
Singgah sekejap je untuk minum petang. Memandangkan semua orang masih kenyang dengan lunch tadi, kami memilih 1 jug besar air teh sabah pandan.Kemudian terus bergerak balik ke homestay memandangkan hari dah petang dan hampir gelap.
Awal awal pihak restoran dah sound, jangan sibuk sangat dengan phone okay! |
HARI KETIGA KE MASTER CELEBRATION MASTER AYA DAN SAM.
Kenapa saya suka sangat pergi Majlis MasCel (singkatan bagi Master Celebration) ni?
Sukalah sebab dalam majlis ni akan ada banyak caj-caj positif dan cerita kejayaan yang dikongsi oleh para Master adalah sangat inspiring.
Dan sedikit kasih sayang kami untuk sahabat kami Master Aya Chalo dan suaminya. Kami sangat rapat sejak trip PERCUMA ke US pada bulan Ogos lepas.
Tahniah Master Aya Chalo dan suami! Kami sayang kamu!
HARI KEEMPAT MASA UNTUK PULANG!
Asalnya nak keluar breakfast, tapi terlajak pula sampai ke Pasar Filipina. Tak sempat pun nak belek belek mutiara, apatah lagi nak tengok udang galah dan lobster frozen. Hanya sempat beli ikan bilis dan udang kering untuk mak dan mertua. Jadilah tu. Memang tak berniat nak shopping apa apa di sini.
Insya allah, kami akan kembali lagi ! Kononnya nak takluk gunung di belakang kami tu.
Jom alami percutian menarik dalam dan luar negara di sponsor khas oleh Shaklee bersama kami.
- Percutian Pertama Sempena Anniversary di Langkawi Dengan Duit Bonus Shaklee Mac 2012
- Percutian Bersama Keluarga Dengan Shaklee Free Trip Kota Kinabalu November 2013
- Percutian Keluarga Fully Sponsor By Duit Bonus Shaklee - Jakarta Bandung May 2014
- Percutian HoneyMoon Ke San Francisco ALL FREE dengan Shaklee Ogos 2014
- Percutian Bersama iReach, Bermain Luge Di Sentosa Island, Singapura Jun 2014
Sekian, terima kasih
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Kota Damansara dan Subang Bestari. COD di kawasan tersebut dan penghantaran secara pos keseluruh Malaysia.
Lydzar Rusman, SHAKLEE ID : 859948 Kedai TripleS (K3S) lydzar@gmail.com
Call / SMS/ Whatsapp : 013 3583424
|
Contact me: lydzar humble_head